Assalam all,
Hari ini ~~ 18 Julai 2013 adalah hari kelahiran anakku Dian Zharifah Soraya yang ke-enam tahun!
Alhamdulillah, dia semakin membesar menjadi seorang gadis yang comel dan cantik serta bijak!.
My hubby and Dian |
My beautiful girl Dian Zharifah Soraya |
mama and Dian |
Bila difikir dan direnung, sudah enam tahun saya tidak mengandung dan tiba-tiba terasa nak mengandung dan melahirkan. Saya dan hubby pun ada terfikir, kesian pula kat Dian sebab dia keseorangan, kalau ada adik, ada juga peneman. Selalu juga saya tanya dia, dia nak adik boy or girl..dia dengan sepantas kilat bagitau, nak baby girl. My hubby pula nak baby boy, sudahnya, gaduh la papa and Dian!.
Tapi, satu je...rezeki Allah tu ada dimana-mana. Kalau Allah kata dapat anak cepat, cepatlah, kalau lambat, lambatlah. Yang kita boleh buat hanya berusaha, berdoa dan bertawakal!
Apapun, saya berada jauh dari pandangan Dian - so, memang tak dapat nak celebrate birthday dia!. Sedih juga, sebab setiap tahun, kami akan celebrate birthday sama-sama, samada makan diluar, potong kek mahupun buat majlis harijadi utk dia. Tahun ni pula, birthday dia jatuh dalam bulan ramadhan, so memang takde planning la. Tapi, maybe harini papanya bawa keluar iftar di luar sambil beli sepotong kek (cukupla).
Sempena hari kelahiran Dian yang ke-enam ni, mama nak mengucapkan selamat harijadi, semoga sentiasa dilindungi oleh Allah SWT, mendapat kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat dan menjadi anak solehah untuk mendoakan mama&papa kelak!.
Sesungguhnya, Allah telah berpesan dalam Surah Ali-Imran (ayat 139) yang bermaksud:
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang yang beriman"
Saya quote kata-kata Allah dalam Surah Ali-Imran ini kerana ianya ada berkaitan dengan buku yang pernah saya baca "La Tahzan" (iaitu jangan bersedih). Dimana, tidak ada gunanya kita bersedih dengan apa jua yang menimpa diri kita, cubalah bertenang dan bertaubat kepada Allah dengan jalan sabar dan mengerjakan solat serta amal makruf, nahi mungkar.
Pendekatannya sama seperti "orang yang berbuat jahat/salah justeru bertaubat, (ingatlah, Allah Maha Penerima Taubat) jauh lebih baik dari orang yang tidak pernah (perasaan dia) berbuat salah tetapi tidak pernah mohon pengampunan dari Allah, dan sering menunding jari mengata/mengumpat orang yang jahat/salah"
Sebenarnya, itu "La Tahzan" tu adalah buku pendekatan ilmiah untuk saya untuk berubah ke arah yang lebih baik. Kerana sebelum ini, saya terlalu bersedih dan kecewa dengan apa yang pernah saya alami. Tapi, alhamdulillah, kasih sayang Allah itu sangat besar!.
Sebab itu saya cuba untuk menghuraikan isi maksud kata-kata Allah ini dengan anak saya, walaupun dia tak berapa faham, tapi satu hari nanti dia akan juga faham!. Itu DOA saya!
P/S; Sempena bulan Ramdhan ini, saya bermohon pada Allah SWT agar Dia mengampunkan semua dosa dan kesalahan saya yang telah lalu. Terimalah segala amalan dan taubat dari hambMu yang hina ini, ya Allah, Tuhan Semesta Alam.
Regards, Dr to be - Intan
No comments:
Post a Comment