Assalam all,
Apa khabar semua?Saya sihat saja masih dalam pernafasan yang Allah kurniakan.
Bahang PRU-13 semakin terasa. Macam2 cerita kita boleh tengok, lihat, baca dan fahami dari semua calon2 yang bertanding. Apa yang penting, lihatlah dari mata iman bukan emosi. Jangan taksub dengan menilai menggunakan sudut pandang emosi. Sebab selalunya emosi ni bahaya - banyak nafsu kat situ!. Ini adalah nasihat untuk diri saya sebenarnya. Sebab itu saya tengok dan perhatikan semua parti politik dan tidak memihak mana2 parti. Pada saya, yang memperjuangkan Islam yang perlu kita lihat dan cuba teliti. Zaman Rasulullah dulu, kota Mekah dan Madinah dijadikan tempat penyebaran Islam terbesar. Macam mana dengan Malaysia?contohnya di KL?
BTW, saya bukan nak cerita pasal politik. Ni nak cerita tentang barang2 yang perlu saya bawa ke jepun. Al-maklumlah, di Jepun semua barang makanan halal payah nakk dapat. Kalau ada pun, harganya sangat mahal. So, masa saya ke Jepun tahun lepas, ada lah saya senaraikan barang2 yang perlu saya siapkan untuk dibawa ke Jepun.
Ini juga boleh dijadikan rujukan untuk sesiapa yang nak ke Jepun.
1. Makanan
- Ikan bilis (saya bawa 1kg).
- Cili Kering (kat sana ada tapi cili yang kecil mcm cili padi - mahal!).
- Beras (untuk 3 bln pertama saya bawa 5kg dari Malaysia - kat sana ada jual tp beras jepun yang buat sushi tu, mcm pulut sikit).
- Kuali kecil.
- Periuk kecil.
- Garam/Gula sikit (standby).
- Rempah kari, kurma, sup, kunyit serbuk.
- belacan siap bakar (haha..)
- Maggie segera (sikit je..buat taik gigi..)
- Santan serbuk.
- Kiub ayam/ikan bilis
- Perencah tomyam (kalau nak)
- Asam keping (senang sebab ringan berbanding asam yang kena bancuh tu).
- Ikan masin (kalau nak)
- Perencah nasi goreng (pelbagai perisa)
Beras Jepun - mereka buat sushi.. |
haha..mcm ni la saya buat dengan nasi jepun tu..masuk dlm mircowave, letak telur..haha |
2. Ubat-ubatan (saya nak ingatkan ubat sangat mahal dijepun)
- Panadol untuk demam, selsema dan batuk (sekotak).
- Cream untuk bengkak kaki, kegatalam etc.
- Vaporub (haritu saya beli kat jepun RM42 sebotol 50g tu..huhu).
- Minyak2 urut (gamat, wak dakam etc.)
- Lip balm.
- Cream vaselin (utk masa winter)
- Pad wanita (mahal okies)
Ini sanitary pad yg saya beli (dalam 800yen), mahal okies |
Ini cream utk lenguh kaki (kawan saya dari romania yg beri)..bagus cream ni.. |
3. Pakaian
- Baju kurung (utk sambut raya okies..hehe)
- Seluar yang senang (tak perlu byk sebab di jepun agak murah)
- Baju utk keselesaan sendiri
- Sweater (penting..sebab saya sampai di Jepun waktu masih sejuk, tp tklh sejuk sgt)
- Kasut yang selesa untuk berjalan (bawa sekali selipar jambam)
4. Misc
- Hanger (Mahal okies)
- Tuala
- Kain lap kaki
- Penyidai panties (ada je kat kedai 100yen, tp saya nak bawak jugak..haha)
* Boleh je beli di kedai 100yen, tapi masa mula2 sampai dan ke nak ke kedai 100yen trus??Bawalah seadanya..
Ok, yang makanan tu banyak saya pos guna poslaju je (guna kapal..murah sikit). Yang ada dalam beg saya hanya sikit2 je, cukup untuk makan saya selama 2 minggu sementara menunggu ketibaan parcel saya dari Malaysia.
Itu bab barang yang perlu bawa. Ok, kalau dah sampai Jepun, semua student kena register untuk buat Alien card (macam kad IC) untuk menyatakan kita tinggal di Jepun melebihi setahun (tak sure), register for medical insurance (sebulan dalam 1000yen), buat buku bank Jepun dan daftar alat komunikasi (di Jepun ada Docomo, Softbank - mcm kat Malaysia, Maxis, Celcom etc.)
Saya tinggal sorang - jadi bujang sementara, hehe.
Semoga Allah mempermudahkan segala urusan baik dalam dan luar. Allah yang Maha Memberi 'nikmat'. Nikmat apa lagi yang perlu didustakan?
Syukur atas apa jua kurniaan dariNya yang Maha Agong. Semoga dengan pemberian ini, saya akan lebih dan lebih mentaati perintah Allah dan Rasul. Saya memang suka belajar sebab saya nak deliver pada adik2, anak2, generasi akan datang.
Jangan pandang apa keburukan yg telah dilakukan sebaliknya pandanglah kebaikan yang dilakukan demi ummah dan masa depan Agama Allah ini.
Sesungguhnya, jika seseorang itu buat salah dan kemudian dia bertaubat lebih baik dari seorang yang tidak melakukan dosa (perasaan dia) sebaliknya tidak pernah memohon petunjuk Allah untuk memberinya hidayah yang berkekalan. Wallahualam.
Semoga hidayah Allah ini kekal sehingga kehembusan nafas yang terakhir. Amin..
Regards,
Dr to be - Intan
salam,
ReplyDeletesaya bakal ke jepun tak lama lagi untuk berkursus selama 2 minggu sahaja. saya nak tanya, kat Jepun, pemeriksaan makanan yang dibawa strict tak? cthnya, dia benarkan tak bawa makanan berdaging seperti serunding. tq.
warda
Wasalam Warda,
DeleteSorry for late reply.
Di Jepun yg strict nya depend pada masa pemeriksaan di laluan pintu keluar (immigration). Mereka kadang2 suruh kita buka beg dan kadang2 lepas terus (depend) dan saya rasa diaorang buat secara random checking.
BTW, serunding okey saja tapi ada satu kes kawan saya bawa serunding daging tak lepas sebab dikatakan menyerupai cacing. Tapi, saya nasihatkan makanan semua letak dlm luggage bahagian bawah or selit2kan dengan baju. Sebab diaorang takkan check sampai bawah sgt kecuali dlm mesin scanner ada benda mencurigakan.
That's all...thanks for your comment!
Salam..
ReplyDeleteNak tanya...klu bw sambal ikan bilis kering2 lepas tak ngan roti gardiner
Tq for sharing..
ReplyDeleteKite pun nak ke Jepun lg seminggu..
First time ni...
assalamualaikum kak intan..
ReplyDeletenak tanya, saya juga rancang akan ambil double master di Meiji.. tapi senior saya just kesana selama 2 minggu saja. boleh ke saya just stay sana lepas tu? hehe.. berminat bekerja dan stay di jepun sebenarnya..
:)
Waalaikummussalam,
DeleteMemang sepatutnya program double master ni hanja stay 2mggu di Japan. Tap sebab akak nak ambil experience, akak request untuk stay for 1 year. Kena but visa dik, then akak mohon scholarship under exchange student di Meiji Uni.
assalamualaikum,
ReplyDeleteSy akan ke jepun selama 3month..boleh share harga barang2 kt sane x seperti beras,telur,ikan n lain2..
Tq,
ruslin
assalam, klu bawa makanan berunsurkan daging atau ayam dalam tin boleh tak sis?
ReplyDelete