Assalam kawan2,
Saya sedang final review thesis master saya. Tak habis2, dah 3x review by my SV tp tak siap2 jugak. Jangka hantar pada 10th June ni (siap hardcover) tapi masih in review. Fuh..takut jugak ni. Will pray for that, hope success until the end.
My beauty Dian... |
Sejak 2-3 hari ni saya tak lalu makan. Sehari, sekali je makan itupun biskut kering n air teh/cocoa/coffee. Entahla, saya takla berdiet sangat tapi memang takde mood nak makan. Perut pun tak rasa lapar, entahlah, susah nak describe. Sekarang dah summer kat Japan, agak panas jugak, suhu dah berada 30 celcius. Kurang sikit je panasnya dari Malaysia - tapi still panas la. Makanan pun dah tak berapa tahan, lepas masak kena masukkan dalam fridge sebab takut rosak. Yelah, sayang kan kalau rosak, dahlah paste dari Malaysia, susah nak dapat.
My beloved husband..I Love u soo much.. |
Saya tak lalu nak makan maybe sebab selalu teringat kat hubby and my dotter tu. Saya kesian kat my hubby sebab dia tak pandai masak. Selalu dia bg gambar di whatsapp, gambar dia masak yang entah apa2 je. Saya sedih, kadang2 dia masak maggie je, itupun kuah punya la banyak. Dulu, saya memang masakkan untuk my family. Maggie pun saya yang masakkan, saya tak bagi hubby yang masak sebab dia memang tak pandai masak. Sekarang, dia terpaksa masak sebab katanya boring asyik makan kat luar je.
Kalau ikutkan memang dia lama pernah jadi bujang, sampai umur dia 28thn kot. Tapi sebab masa dia bujang, ada 'tukang masak' yang akan masakkan untuk dia, so, memang dia takde experience masak sendiri. Saya faham sangat sikap hubby saya tu. Kalau dia kata dia tak suka, memang dia takkan buat.
Sebab itu, bila saya masak kat sini, saya rasa sedih sebab hubby selalu kata 'dah lama tak makan sayang masak..'. Saya selalu nangis dan sedih bila hubby cakap macam tu. Mana taknya, tanggungjawab saya untuk masak untuk dia tak dapat saya penuhi.
Tapi saya janji dengan diri saya, ini untuk setahun je. Lepas saya grad, saya sure akan balik.
Maybe ini masa untuk saya muhasabah diri. Setahun berjauhan dari hubby n anak, membuatkan saya banyak berfikir dan menilai sejauh mana keikhlasan saya dan hubby. Banyak dugaan dan cabaran yg kami tempuhi bersama, mana mungkin saya tak ikhlas sayangkan husband saya. Itu tidak mungkin kerana Allah dah beri perasaan sayang saya ini sejak pertama kali saya jumpa husband. Dah itu takdir dan jodoh saya, mana bisa menolak Qodo' dan Qadar dari Allah.
Tapi, seriusly, memang saya tak lalu nak makan. Macam mana saya nak makan kalau setiap kali nak makan, asyik teringat family kat Malaysia??
Apapun, semoga Allah merahmati 'perantauan' ini. Ini semua dari Allah SWT. Dari Dia kita datang dan kepada Dia juga kita akan balik. Semoga Allah memaafkan segala keterlanjuran dosa diri ini, suami, keluarga dan sahabat2 saya. Semoga hidayah Allah berkekalan dalam jiwa dan sanubari ini. Amin..
Mood: Tak dapat digambarkan dengan kata2 perasaan saya nak masuk bulan ramadhan ni - sedih, gembira, riang???. Selalunya saya happy sebab banyak menu best2 saya nak buat untuk hubby n anak tapi???
Regards,
Dr to be - Intan
No comments:
Post a Comment