Assalam all,
Lawakla tajuk post saya kan?
Yup, saya baru selesai habiskan 35 episode Drama Sehangat Asmara. Sebelum ni, saya layan habiskan telemovie 7 episode cerita Jauh. Dan, sekarang saya nak buat komen!!..sibuk2 pun sempat layan..sabor jela..kalau my SV tau, habisla saya..hehe
so sweet diaorang!! |
Macam la bagus sangat komen saya kan? Tapi saya nak jugak bagi komen tentang cerita Sehangat Asmara. Sebab apa saya terfikir nak layan cerita Sehangat Asmara??Semua sebab Adi Putra okies..hehe..Takdelah sampai falling in love with him tapi saya suka lakonan Adi Putra.
Cerita Sehangat Asmara ni rasanya best jugak berbanding cerita2 lain selain Teduhan Kasih la. Dalam cerita ni, Adi Putra yang membawa watak seorang pelajar pintar, seorang Lawyer yang berjaya dan seorang suami dan ayah yang sangat penyayang. Cewah..macam sama je cara dia berdialogue dalam drama Teduhan Kasih. Tapi, cerita Sehangat Asmara lagi romantis berbanding Teduhan Asmara. Tapi tak boleh kalahkan keromantisan Adi dengan Nora Danish dalam filem Aku Terima Nikahnya la..Saya agak menyampah juga adegan romantik dalam filem ATNN tu. Sangat poyo dengan adegan yang pada saya sangat melampau!!. Tapi, dalam Sehangat Asmara, just nice la adegan diaorang. Romantik yang seperti tidak dibuat2 (macam ada chemistry antara Adi dan Rita). Patutnya ada gossip sebelum ni..syhhhttt..
Sehangat Asmara selepas slot Adam dan hawa. Saya tak layan cerita ni sebab dah 'penat' tengok Adam dan Hawa (80 episode tu..). Tapi, selepas tengok Teduhan Kasih (macam yang saya cakap sebelum ni), saya try google semua drama2 dan filem2 Adi Putra. Tapi, sejujurnya, saya tak tengoklah filem2 dia yang ganas, yang romantik je..ouchh..hehe
Dalam Sehangat Asmara, yang paling best Episode 30 dimana, Adi ada berdialogue dengan Rita pasal keromantisan diaorang (so sweet). Kalau tengok, memang tangkap leleh la. Saya rasa Adi memang seorang yang romantik dan pendiam.
Apa2pun, saya dah mula suka lakonan Adi Putra. Tidak dinafikan lagi. Tapi, saya tetap setia dengan suami saya. Suka tu sebab saya suka lakonan Adi, tak lebih dari itu. Tak salah kan kalau kita minat lakonan seseorang??
Tapi kan, rasanya Adi Putra berlakon asyik jadi suami, papa..then, nikah, bersanding tak sudah2. Berapa banyak wanita daaa...hehe..
Anyway, jom kita tengok gambar2 Adi Putra:
Handsome gambar ni... |
hehe..macam SRK kan?? |
Adi and his wife.. |
Ni masa Adi berkahwin..6 tahun lalu. |
Mood: nak beli novel Teduhan Kasih dan Sehangat Asmara!!
Regards,
Dr to be - Intan
No comments:
Post a Comment