Friday, May 03, 2013

Hak untuk mengundi..berfikir secara rasional...

Assalam all,

Apa khabar?

Saya - Alhamdulillah, sihat je. 

Alhamdulillah, saya dah pun tunaikan kewajiban saya pada negara, saya mengundi di DUN Pangkor dan Parlimen Lumut. Disebabkan suami saya seorang penjawat awam dan saya pasangannya, saya kenalah undi awal. 

Saya gerak ke Lumut pun dah lewat sebab saya ingat saya mengundi pada 5 mei tetapi rupanya 30 apr. Sampai di Lumut lebih kurang jam 4ptg. Saya singgah di rumah kawan di Manjung dan terus ke Sek Keb Pangkalan TLDM dalam jam 530ptg. Dan, akhirnya, pertama kali saya mengundi dengan secara telus - Alhamdulillah.

Dulu masa pilihanraya, saya tak amik port sebab memang tiada choice untuk pilihan pemimpin. 

Dan saya maybe tiada 'ruang' untuk berfikir secara logik. Dengar dan 'patuh' pada arahan. Tetapi, sekarang, saya nilaikan sendiri dengan mata iman, akal dan pemikiran. Saya tak bias pada mana2 parti, saya nilai kesemuanya sebelum membuang undi. Saya juga taknak nilai mana2 manifesto atau akujanji mana2 parti - pada saya sama je kalau dah janji harus dikotakan, bukan hanya pandai janji sana janji sini.

Saya juga bukanlah seorang peminjam PTPTN sebab saya belajar semua atas tiket biasiswa - Alhamdulillah. Dari sekolah menengah, saya memang menerima biasiswa sehinggalah ke peringkat Master ni. Cuma, kalau boleh, saya berdoa agar anak, cucu saya di kemudian hari tidak dibebani dengan hutang selepas belajar. Betul, ada kata orang kampung saya kata, kalau nak dapat biasiswa, belajarlah sungguh2 supaya dapat biasiswa, other wise, kenalah meminjam. Anak saudara saya yang belajar di peringkat Diploma (disebuah kolej swasta) juga peminjam PTPTN. Kos dia belajar Hampir mencecah RM40k. Saya tanya dia, mampu ke bayar balik lps hbs belajar?. Dahlah amik Diploma je - keluar bekerja, gaji berapa sangat utk lepasan Diploma?. Tetapi, sehingga ke akhir sem (final sem), dia memang score first class Diploma - In Sha Allah, pinjaman itu akan menjadi biasiswa. Itulah yang tertera dalam akujanji PTPTN - Alhamdulillah. 

Harga barang memang tinggi. Untuk mereka yang berkemampuan memang kata itu untuk ekonomi Malaysia (walaupun Inflasi semakin naik - sebab inflasi bergantung pada harga barang), tetapi apa kata nasib orang yang miskin dan tidak berkemampuan?. Di kampung saya, masih ada lagi orang yang bergelar 'orang susah' sebab mereka tak mampu nak membeli sebab harga barang mahal.

Saya bagi satu contoh, di Jepun (inflasi mereka sangat rendah), dengan 1000yen (please jgn convert, compare apple to apple), boleh beli ayam, ikan salmon, sayuran (anggap 1000yen tu=RM10), tetapi di Malaysia RM10, apa yg kita boleh beli?. Ayam tua okla, lain?. Gaji mereka hanya 200,000yen sebulan=RM2000 (compare apple to apple). Bukan kata saya tak bersyukur tetapi bila kita melihat langit, please tengok juga rumput dibumi. 

Satu lagi yang pada hemah saya semua orang keliru - KERAJAAN means = Barisan yang memimpin sesebuah negara. KERAJAAN akan mentadbir urus semua keperluan negara termasuk dalam struktur ekonomi, pentadbiran, kewangan, pendidikan etc. Mereka mengendalikan semua yang berkaitan dengan rakyat. Juga mentadbir urus segala kewangan negara hasil dari pembayaran cukai oleh rakyat etc. So, kalau kata duit dari KERAJAAN, yes, betul tu tetapi duit tu dari siapa?, dari siapa?. itu bukan duit dari orang yang memegang tampuk KERAJAAN. Saya kata begini sebab ada sebilangan generasi baby-boomers (kat kg saya) kata "kami nak makan apa lepas ni kalau BN kalah" - sampai macam tu sekali. Makcik, rezeki tu dari Allah bukan dari mana2 parti. Bila kita mengharap selain dari Allah, macam tu la jadinya. Pendek kata, KERAJAAN adalah 'amanah rakyat' untuk mentadbir urus negara.

Saya pun bukan suka nak tuduh sana tuduh sini. Tetapi, saya lihat dengan mata hati saya. Saya tidak pernah terlibat dengan mana2 parti politik pun, tak pernah hadir walau sekali pun ceramah2 politik. Dan saya juga tidak suka kalau mana2 parti memburuk, memfitnah mana2 pemimpin dari mana2 parti sebab pada saya, saya tak nampak dengan mata kepala saya - so, jangan harap saya nak percaya. Tiada kuasa lain selain Allah yang Maha Mengetahui segala-galanya.

Saya suka kepimpinan Tun Mahathir dan DSAI. Mereka mempunyai kredibiliti yang sangat hebat. 

Apapun, semoga Allah merahmati perjuangan anda wahai pemimpin2 negara semua. 

Menang atau kalah - itu adat bertanding. Tetapi, kalah bukan bermakna lemah dan menang bukan bermakna kuat!

Semoa Allah memelihara tanahair ku bumi yang bertuah - MALAYSIA.

Saya sayang MALAYSIA...

Malaysia Tanah Airku

Malaysia oh tanah air ku
Tanah tempat tumpah darah ku
Negeri elok amat ku cinta
Yang ku puja sepanjang masa

Sawah mu terbentang meluas
Tumbuh-tumbuhan hijau merendang
Bukit mu lurusnya terbentang
Tak jemu mata ku memandang

Sungguh indah di Malaysia
Negeri yang kaya raya
Tempat pusat berniaga
Terkenal di seluruh dunia

Malaysia negeri ku Malaysia
Pusaka tinggalan moyang ku
Tetap sentosa hidup merdeka
Malaysia tanah air ku


Penerbit Album: Pak Ngah
Penggubah Muzik: YBhg Dato' Ahmad Nawab Pak Ngah Wah Idris
Pemuzik: Swakarya
Penyanyi Latar: Swara

Regards, Dr to be - Intan

1 comment:

  1. nampaknya Dr to be kurang membaca or cedok sikit2 je psl politik ni.. hmmm...

    ReplyDelete

Pengalaman menjadi Tutor di UK

Assalam semua readers, Alhamdulillah, praised to Allah Al-Mighty, saya diberi peluang untuk menimba ilmu dan pengalaman menjadi Tutor unt...