Assalam all,
Apa kabar orang Malaysia?
Saya disini sihat, Alhamdulillah. Masih meneruskan hidup seperti biasa cuma bezanya saya sendirian di sini tanpa anak dan suami disisi. Masa mula2 rasa tak biasa tapi setelah seminggu berlalu, In Sha Allah, bolehla saya biasakan diri di sini.
Hamazushi..tempat sushi yg sedap dan murah.. |
Flight saya ke Tokyo pada 11 May yang lalu sangat lancar - touch down sedikit awal dari estimate time, so saya kan ada visa re-entrt so, tkyh la beratur panjang nak keluar dari pemeriksaan immigration. Saya kena move cepat sebab train di Jepun setakat jam 12 malam saja. Saya keluar dari airport around jam 1115 malam. Kawan saya dah tunggu di pintu depan Haneda, kami bergegas la kejar train. Malan tu pulak hujan, dahla suhu tgh sejuk (around 16 degree) tambah dgn hujan - fuh, sejuk sangat nasib saya bawa sweater. Tapi bayangkan, saya tolak beg yang berat tu (luggage 40kg, 31 +10kg okies), memang penat. Haha..
satu bowl penuh tu just 200yen (tp kat cafe University la..hehe), kat luar mahal.. |
Sampai tempat je station tempat kediaman saya tu kena mendaki bukit sikit (kalau berjalan kosong ok, ini cuba bayangkan saya nak tolak beg 31kg tu), haha, sakit pinggang saya ni. Kuatkan jugaklah semangat. So, Alhamdulillah, sampai juga di bilik aroung jam 0130 pagi. SANGAT PENAT OK!!
Sebenarnya, beg saya tu berat dengan makanan je, bkn baju pun - saya tak bawa banyak baju pun.
Itu lauk telur ikan..sangat sedap..hehe |
Alhamdulillah, Allah permudahkan segala urusan. Saya selamat disini dan kemudahan di Universiti pun sudah memadai bagi saya. barang2 disini agak murah (jgn convert), tp ada juga yang mahal. Biasalah, dah duduk di negara orang, kenalah kuatkan semangat apatah lagi bergelar seorang student.
Minggu lepas, Meiji University ada buat offer kat saya untuk further PhD disini. Itu dalam penilaian saya sebab saya nak buat di UK. Tapi, if scholarship ok disini, boleh dipertimbangkan. In Sha Allah, kalau suami izinkan, apa salahnya kan?. Sekarang tengah pening nak settlekan semua - resident card, insurance, telephone etc. Dah sampai jepun ni banyak kena buat sebab kita nak tinggal lama kan?
Saya tengah tunggu kalau2 ada kawan2 yang nak datang sini - bestnya..!!
Next week saya jadi volunteer untuk satu career fair di Tokyo. Okla untuk tambah pengalaman baru disini. Haritu juga saya ada ke rumah pelajar Malaysia, berkenalan dengan student2 Malaysia yang further study di jepun. Seronok rupanya belajar di oversea, macam2 ada..hehe
Ni la lauk saya..ikan tu beli instant kat supermarket.. |
BTW, feel free to contact me kalau2 ada yang nak ke Tokyo, bolehla saya bantu mana2 yang mampu. Kat sini barang yang murah2 banyak - jam swatch, seiko, casio, Meiko, camera etc. Saya compare harga di Malaysia memang jauh beza.
Till now, see u again in next entry.
Love and cheers!
Regards,
Dr to be - Intan
No comments:
Post a Comment