Assalam all,
Rata2 air dijepun bernilai yen100-yen180..agak murah |
Harapnya semua sihat - Alhamdulillah syukur pada Allah yang Maha Esa kerana masih sudi menghadiahkan hembusan pernafasan di dunia yang fana ini.
Saya sekarang tengah betul2 peak dengan aktivity yang sangat pack. Yelah, saya nak kena settle kan everything (Thesis UTM-writing, data collection, meets SV etc.). Fuh, berpeluh bila list down semua aktiviti. Ada baki lagi 2 minggu untuk saya settle kan.
Barang2 yang di pack lagi.
Saya ada masa 2minggu lagi sebelum bertolak ke Jepun. Minggu ni saya akan ke KL untuk urusan membeli beg, keperluan2 semasa di Jepun dan jumpa kawan2 di KL (mana yang sempat la). Lepas tu nak pulun siapkan thesis dan assignment (PMA) Supply Chain yang belum siap2 lagi - tulis blog ada pulak masa ye??LoL..
Ini dalam train namanya Shinkansen - sgt laju tp tiketnya sgt mahal..smpai nagoya 1 1/2 jam |
Berpeluh saya - tapi takpe, demi ilmu didunia dan akhirat, saya gagahi juga. Bukan senang nak dapat peluang yang best macam ni. Tak semua orang boleh dapat. Kata orang, kalau tak dipecahkan ruyung, mana nak dapat sagunya. kalau nak sesuatu tu, kenalah usaha dan seterusnya tawakal. Allah suruh kita usaha dulu barulah selebihnya diserahkan pada takdir. Ingat, takdir boleh diubah sekiranya kita berusaha untuk berubah (berubah macam mana-tentulah jadi lebih baik dan sentiasa mengingati Allah dan Rasul).
Lepas minggu ni, saya akan ke Lumut pula untuk membuang undi disana. Saya tak balik Johor sebab baru saja balik minggu lepas. Dapatlah jumpa mak, MIL and FIL dan beberapa adik-beradik yang ada. In Sha Allah, Mak saya akan turut menghantar saya di airport.
OK supermarket, di area rumah yg bakal saya sewa (mcm econsave la..) |
Saya tak berharap orang hantar saya di airport,cukuplah ada suami dan anak yang menemani. Yang lain tu, kalau ada yang sudi, saya lagi suka. Ada juga kawan2 yang kata nak turut serta hantar saya di airport. Terima kasih pada yang sudi. Saya pergi Jepun je, tak jauh, flight 7 jam dah sampai. Tiket pulak tak mahal berbanding tiket nak ke UK. Lainlah kalau saya ke UK kan??hehe..itu plan next..In Sha Allah. Saya berpegang pada prinsip dimana ada usaha, disitulah ada jalannya.
Berfikiran positif atas apa yang menimpa!
Kereta idaman..dalam RM120k mcm tu..murah..kat Malaysia harganya more than RM250k.. |
Saya tak salahkan takdir atas apa yang berlaku ke atas saya tapi saya salahkan diri sendiri. Tapi, saya masih berfikiran positif dalam apa jua perkara. Ada hikmah disebalik semua kejadian.
Semoga Allah merahmati pemastautinan saya di Jepun. Semoga kelana ini membawa 1001 rahmah untuk diri saya dan keluarga. Semoga Allah memelihara saya walau dimana saja saya berada. Aminn.
*kepada sesiapa yang nak bertanya mengenai sambung belajar di jepun ke,nak bercuti di jepun ke, bolehla tanya saya. In Sha Allah kalau saya boleh jawab, saya jawab la.
Tiket disneyland tokyo kna book awal (kalau nak murah) |
Regards,
Dr to be - Intan
No comments:
Post a Comment