Assalam all,
Harini hari sabtu. Kalau dikira dengan jari, ada tggl 6 hari lagi saya berkelana di bumi Malaysia. Bumi tanah tumpah darahku, Malaysia. Saya bangga menjadi anak jati Malaysia.
Saya akan bermastautin di bumi matahari terbit, jauh dari keluarga. Saya tinggalkan suami dan anak kesayangan saya tu demi menuntut ilmu. Setahun je pun, In Sha Allah, penghijrahan saya ini akan memberi impak yg luar biasa kepada keluarga saya.
Saya perlu tabah dan kuat semangat. Yelah, sudah terbiasa dengan keadaan family yg sentiasa disisi. Kami bertiga akan ke mana saja tempat yg kami rasa best untuk shopping, sight seeing dan sbgnya. Saya berdoa pada Allah semoga suami saya kuat untuk menjaga anak kami. Yelah, dia kan lelaki, kerja lagi, mana nak urus anak - kesian kat husbn saya, tapi saya berdoa agar husbn saya sentiasa dalam lindungan Allah SWT dan terpelihara iman dan taqwanya. Aminn
Esok adalah penentu masa depan negara. Semua parti sedang giat berkempen untuk hari2 terakhir. Bagi yg tak amik port memanglah kata - buang masa, tetapi bagi mereka yg sayangkan negara, mesti berasa berdebar2 dengan pengumuman pada malan hari ahad tu. Saya berdoa semoga Allah memelihara kedaulatan bumi Malaysia yg sangat ku cintai. Lindungi mereka yang ingin memegang tampuk pemerintahan negara demi kerana Islam.
Allahuakbar!!!
*Tolong jangan sebar fitnah sebab dosa fitnah ni sama seperti membunuh.
Regards,
Dr to be - Intan
No comments:
Post a Comment