Friday, August 29, 2014

IELTS Examination...

Assalam all,

I felt asleep lately due to Atkins Diet that i followed since last week. I just concentrated on protein food rather than carbohydrate. In fact, we just need around 20grms of total carbo food a day!!. Pheww, i need a bundle of patient -  a lot of glorious food in front of my eyes - just blind it!!

Now, i have to concentrate on IELTS Examination on 20th Sept 2014 while speaking on 15th Sept 2014. I have to look back the english tutorial back to secondary school and try to do some exercise from my friend notes and internet. It's totally different from ADFELPS Examination that i had sit to further study in Australia. 

I really need 7.0 band and above.

InshaAllah...

As a review, there is 4 components that i have to sit:

1. Speaking.
2. Reading.
3. Writing.
4. Listening.

Please pray for me - quite nervous lately!!

Regards, Dr to be - Intan

Sunday, August 24, 2014

My PhD...one step closer!!!

Assalam all,

Alhamdulillah, syukur pada Allah yang Maha Memberi dan mempermudahkan segala urusan.

Setelah berhempas pulas menyiapkan research proposal (lbh kurang 3 bulan), akhirnya siap dan bila check plagiarism, hanya 7% dan saya dengan yakinnya terus email pada bakal supervisor di UK. Sebelum ni saya buat research proposal tentang topic lain, kali ni saja dah tukar 3 kali. Yang pertama untuk Meiji University, kedua utk University of South Australia and last untuk mana2 university di UK.

Tapi, kali ni saya hanya hantar email pada 4 orang supervisor, mengikut University:

1. University of Salford.
2. University of Durham.
3. University of Huddersfield.
4. University of Hull.

Bear in mind, setiap university ada kelebihan masing-masing. Sebagai contoh, University of Hull ada collaboration dengan Global IBFR, USA, so senanglah nak dapat grant untuk buat research. Alhamdulillah, tak sampai sehari, University of Huddersfield reply dan ingin menjadi supervisor. 2 hari lepas tu, University of Hull pula reply dan sangat impress dgn topic PhD saya. Bagaikan orang yang sedang tidur disorongkan bantal, besar tapak tangan nyiru saya tadahkan. Setelah berbincang, beliau dengan sukarelanya ingin mendapatkan co-supervisor utk saya (salah seorang colleagues). Memang sangat helpful dan kind.

So, saya dah malas nak apply mana-mana dah sebab dah dpt tempat, cuma tgh tunggu offer letter je. PhD di UK ni kebanyakkannya structured (kena masuk ikut entry dateline) dan kebanyakkannya kemasukan adalah bulan sept/oct. Jarang ada yang open Jan, still ada tapi kena pandai explore. Sebenarnya saya dah half way apply untuk University of Edinburgh, tapi disebabkan dah dapat University of Hull, better saya ke sini saja.

So, untuk saya dapat unconditional offer letter, semua documents kena submit such as (apply online):

1. Research Proposal.
2. Master Degree certificate.
3. Personal statement.
4. CV.
5. IELTS.

Semua documents dah settle cuma IELTS je sebab saya akan sit for exam on 20th sept 2014, results pulak keluar 2 weeks after that. So, supervisor saya kata better tunggu semua documents in hands then baru apply online. Takde masalah sebab dia akan buat application saya fast track - alhamdulillah.

So, maybe now saya boleh announce (tak berapa rasmi) yang saya akan bakal menjadi student di University of Hull (Department: Hull University of Business School - HUBS). 
Logo UoH
UoH
HUBS
time winter - wowowow...
nak lepak sini..hehe
Now, time to rest (not fully rest sbb nak amik IELTS ni) sebab penat mengadap journal utk siapkan research proposal. 

Nak fikir pasal documents to MARA yang perlu disettlekan segera, BTN, VISA, ticket flights etc. Kena betul2 adjust ikut timing ke UK nanti, bukan apa takut semua benda last minutes, kalut nanti.

Alhamdulillah, my PhD is one step closer...

P/S: 1st Oct nak ke Nihon with Dian.

Regards, Dr to be - Intan

Friday, July 18, 2014

Dian turns 7 and MH17 tragedy...

Assalam all.

Really sad, sadness deeply in my heart. One by one tragedy occurs in my gold land, Malaysia lately. Its not about people but now about humanity and life!.

I don't want to describe what happen in Malaysia now, there's a lot of blogger out there just reveal about that. But deeply in my heart, i bet, you will know the hide and true story behind the scene of MH17 and of course MH307. I will keep praying on this matter and also our heartbreak about Gaza land and Palestinian, may Allah give us powerful strength to against the laknatullah Israel.














Today is Dian's birthday. She's now turns 7. How time flies away and i still remembered the day when i deliver the baby on 18th July 2007 in Manjung, Perak around 13:05, Malaysia time through Cesarean with 11 doctors around me because i do have a complication on pregnancy. Only me and my husband on that day, no relatives and friends come during the hard time deliver my baby (because its on working time, wednesday). I'm really pity of my husband, he doing hard to fulfill the requirement doctors and nurses somehow this is our first time facing the deliver day.

Dian born with full greatest and love heart with me and my husband. 

I really love her, every single minutes i want to kiss her chic and body. You know, baby smell is like a baby lotion on it. Everyday i captured the moment, she's smile, she's do this and that without failed.

Now, my wish is only one: I do hope Dian will become a good servant for Allah, be a good muslimat and be a good daughter for me and my husband. 

I really love her, so much!

From your mother,  
Regards, Dr to be - Intan

Tuesday, July 08, 2014

Jika suami ingin berkahwin lagi...

Assalam all,

Salam 10 Ramadhan 1435H.

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan oleh Allah untuk terus berada di dalam bulan yang teramat mulia ini. Marilah sama-sama kita penuhi bulan yang mulia ini dengan memperbanyakkan aktiviti keagamaan yang lebih mendekatkan diri kita pada Allah SWT. InshaAllah.

Okey, tajuk entry kali ni nampak scary kan?

no idea at all...
ehmmm....
Tapi itulah hakikatnya. Kalau dah tertulis di luh mahfuz yang kita akan dimadukan, ianya kun fayakun dari Allah SWT, maka kenalah kita redha dan terima segala takdir dan ketentuanNya. Siapalah kita untuk menolak takdir dari Allah yang Maha Esa.

Tajuk nampak scary bagi golongan wanita tapi bagi golongan lelaki, inilah tajuk yang paling diaorang suka.

Secara jujurnya, saya tak reti nak komen tapi kalau dah kena batang hidung sendiri, maybe apa yang boleh saya katakan - saya relakan!

Ya, saya relakan jika suami ingin berkahwin lain tapi dengan syarat:
1. Saya kenal wanita tersebut.
2. Janda/anak dara tua (andartu).
3. Ada kerjaya.
4. Mualaf.

Secara ilmiahnya, kriteria diatas dipersetujui oleh suami saya. Dia pun kata kalau mahu berkahwin lagi, dia akan cari yang berumur lebih 30 tahun. Katanya, umur 30-an lebih serius dan matang. whatever...

Sepanjang saya musafir di UK kelak, suami akan keseorangan di Malaysia. So, saya ada cadangkan untuk dia berkahwin lagi jika diri dirasakan keseorangan. At least, ada yang menemani dia sepanjang saya di UK nanti. Suami tersenyum dengan cadangan saya tu, dan dia berkata tengoklah macam mana nanti. Lelaki kan, kalau kita dah offer, besar tapak tangan nyiru dia tadahkan. Kalau dia dapat ajak orang bukan islam masuk islam dan mengahwininya lagi besar pahalanya. Itu sekadar cadangan saya saja, selebihnya terpulanglah pada dirinya sendiri.

Saya tak pernah menghalang suami untuk membuat keputusannya. Saya sekadar memberi cadangan, keputusan terletak ditangannya. Apa yang penting, biarlah berlaku adil dalam apa jua keadaan. Janganlah bila sudah ada isteri baru, isteri lama jadi seperti 'gantugn tidak bertali'.

Takpelah, daripada dia bercinta diluar pengetahuan saya, lebih baik saya 'membuka mulut' merestui hubungan mereka, itu saya kira lebih adil untuk 'hati dan perasaan' saya sendiri. At least, saya tahu dengan siapa dia keluar dating dan bercinta - takdelah memendam rasa!

Okeylah, till now...will updated later.

Love,

Regards, Dr to be - Intan

Tuesday, July 01, 2014

Mari sambung PhD

Assalam semua,

Okey...harini dah masuk hari ke-3 umat Islam berpuasa. Alhamdulillah, anak saya, Dian masih utuh berpuasa walaupun bersekolah. Saya nasihatkan dia agar jangan banyak main disekolah. Waktu rehat, saya suruh dia duduk diam or else baca buku apa yang patut.

Ramadhan Kareem

Tahun 2014 ni memang blog saya bersawang sentiasa. Tiada masa nak menulis diblog. Kadang-kadang ada idea tapi selalu terputus ditengah jalanan..haha...

Saya busy sedang membuat persiapan untuk menjadi pelajar PhD di bumi England. Pelajar PascaMara ada group di facebook, so disitulah selalunya kami berkomunikasi. Buat masa sekarang ni, kebanyakkan student Master dah settle semua surat perjanjian bersama MARA, tinggal masa untuk fly ke negara masing-masing. Untuk yang ambil PhD macam saya ni - masih lagi terkial-kial sebab banyak benda kena settlekan. Ini kiranya saya dah pecut sehabis baik ni, memang plannya nak berangkat ke UK akhir tahun ni ataupun tahun depan (yang pastinya tawaran MARA ni sah sehingga April 2015). So, we can decided nak fly this year or next year. Untuk pengajian diperingkat Master, tarikh kemasukkannya selalunya sudah ditetapkan oleh pihak university. Sementara PhD, we decided when we want to enroll (tapi tak semua univ sama, depend..).

Tapi, MARA hanya sponsored saya seorang sahaja - family kena self-funded. Even sebenarnya kalau kita duduk di out skirt London, elaun yang MARA bagi tu dah memadai. Kalau bujang, lagilah siap boleh menyimpan lagi. Tapi disebabkan bawa family, elaun jadi cukup-cukup makan saja. Takpelah, ada elaun tambahan seperi elaun buku, thesis etc. Disamping, elaun nafkah dari suami tercinta (yehaa).

Yang penting, cita-cita untuk mendalami ilmu di UK dapat direalisasikan. InshaAllah.

Dan yang paling penting, kali ni saya ke UK dengan ditemani oleh Dian, anak kesayangan saya tu. hehe...

Okeylah, next entry nanti nak story pasal IELTS. Saya akan menduduki ujian IELTS bulan august ni, so banyak juga persiapannya.

InshaAllah...

Till now, xoxo..UK, mu tunggu aku mari..:)

Regards, Dr to be - Intan

Thursday, June 19, 2014

Cabaran ke arah pengajian PhD...

Assalam rakan-rakan yang saya sanjungi,

very soon...can't wait!!!

Lagi seminggu kita akan bakal menerima kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak. Tak sabar rasanya nak mula berpuasa bersama keluarga tercinta sementalah saya berpuasa di bumi Nihon tahun lepas. Berpuasa dalam keadaan keseorangan tak sama dengan keadaan dimana kita ditemani keluarga dan saudara-mara. Alhamdulillah, masih diberi nafas oleh Allah untuk terus berada di muka buminya ini, menyaksikan kehadiran bulan yang penuh beerti ini.

Saya agak busy lately - maklumlah, perjalanan PhD saya semakin hampir. Suami pula sibuk dengan beberapa projek besar yang sedang di usahakan, so kami berdua sangat busy sampaikan kadang-kadang bertegur sapa melalui whatsapp je. Itulah hakikatnya, nak sama-sama kejar mencari peluang menambah keberuntungan dalam hidup, kenalah banyak berkorban dan bersabar - tapi yang pastinya sentiasa buat dengan niat yang ikhlas kerana Allah SWT, InshaAllah.

Okey, nak story pasal cabaran saya ke arah pengajian PhD saya:

1. Sudah mendapat tawaran bersyarat dari MARA - tapi belum siap sepenuhnya sebab masa saya apply online haritu, saya letak negara Australia, tapi disebabkan beberapa faktor, saya beralih ke UK. So, banyaklah sikit benda yang saya kena betulkan. Banyak pilihan University tapi masih lagi dalam usaha memilih yang terbaik.
2. MARA meletakkan beberapa tarikh tertentu untuk kita menghantar segala dokumen untuk dijadikan sebagai tawaran tanpa syarat - so dah boleh dapat Financial Affidavit la masa ni. MARA sponsored semua termasuklah fees, elaun sara hidup, buku etc. (banyak juga). Yang pastinya, tarikh tawaran MARA ni sehingga pengajian April 2015.
3. Saya sedang tukar sedikit research proposal saya sebab tak jadi ke Australia, so kena tukar research ikut SV yang kat UK pula. Itu yang jadi terbeban sedikit. Requirement UK tak sama macam requirement di Australia.
4. Bulan ogos, saya akan ambil IELTS di PJ/KL. Harap saya results boleh achieved 7.0.
5. Bulan Oktober target hantar semua borang pada MARA.
6. If tiada aral, bulan Januari dah boleh ke UK untuk memulakan sessi pembelajaran di sana.
7. Oh yea, dalam bulan nov to dec, saya akan settlekan semua document termasuk visa keluarga (kena buat TB test), translate semua sijil (nikah etc.).
8. One more, pergi kursus BTN (wajib utk semua student MARA).

Phewww...banyaknya check of list??.

Kita hanya merancang, tapi Allah jualah yang menentukan. Sebagai hambaNya, kenalah kita merancang, selebihnya serahlah pada Allah yang Maha Mengetahui. Selalunya perancangan dari Allah adalah yang terbaik.

Okey, entry sambung kemudian, saya nak sambung study pasal research PhD saya.

Till meet again, xoxo!!

UK, tunggu aku datang!!!!

harap dapat menjejakkan kaki disini - InshaAllah

Regards, Dr to be - Intan

Sunday, May 25, 2014

Perjalanan Ph.D (UK or OZ?)

Assalam kawan-kawan yang saya sayangi,

Alhamdulillah, syukur pada Allah yang Maha Memberi. Antara ramai-ramai yang memohon untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara, saya salah seorang yang berjaya. Ini adalah peluang yang sangat berharga untuk saya. Tahun ni persaingan sangat sengit, masa mula-mula memohon online saja sudah 12ribu lebih pemohon. Setelah ditapis, ada lebih kurang 8ribu lebih orang yang layak ditemuduga dan menduduki ujian psikometric. 

Secara jujurnya, saya tak meletakkan harapan yang tinggi untuk memperolehi bisiswa pinjaman pelajaran ini tapi still berharap diberi peluang untuk mendalami ilmu di university terkemuka luar negara.

Banyak yang saya ambil kira untuk melanjutkan pelajaran diluar negara terutama di negara-negara British dan OZ. Tengah pening memikirkan samada nak lanjut ke UK or OZ. Jika diberi pilihan, sebenarnya saya lebih memilih UK walaupun saya dah memperolehi supervisor di OZ.

Malaysia pun okey sebenarnya - takde cacat celanya belajar di Malaysia. Saya adalah penuntut tegar Universty Teknology Malaysia, dari first degree sehinggalah ke peringkat Master, saya melanjutkan pelajaran di UTM. Jauh disudut sanubari saya - UTM memang dihatiku.

Tapi, jika diberi pilihan dan diberi peluang untuk memilih, saya akan memilih untuk belajar di luar negara. 

Belajar di luar negara memang impian dan cita-cita saya sejak dahulu lagi, terutamanya UK. Memang impian dan harapan nak jejakkan kaki ke UK dan menuntut ilmu di sana. 

Ok, sekarang...saya akan meneruskan perjalanan saya ke sana, UK.

This is my first part of 'road to PhD'.

"UK...mu tunggu aku datang..."

United Kingdom

Alhamdulillah, tq Allah again and again.

Regards, Dr to be - Intan

Pengalaman menjadi Tutor di UK

Assalam semua readers, Alhamdulillah, praised to Allah Al-Mighty, saya diberi peluang untuk menimba ilmu dan pengalaman menjadi Tutor unt...