Tuesday, July 08, 2014

Jika suami ingin berkahwin lagi...

Assalam all,

Salam 10 Ramadhan 1435H.

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan oleh Allah untuk terus berada di dalam bulan yang teramat mulia ini. Marilah sama-sama kita penuhi bulan yang mulia ini dengan memperbanyakkan aktiviti keagamaan yang lebih mendekatkan diri kita pada Allah SWT. InshaAllah.

Okey, tajuk entry kali ni nampak scary kan?

no idea at all...
ehmmm....
Tapi itulah hakikatnya. Kalau dah tertulis di luh mahfuz yang kita akan dimadukan, ianya kun fayakun dari Allah SWT, maka kenalah kita redha dan terima segala takdir dan ketentuanNya. Siapalah kita untuk menolak takdir dari Allah yang Maha Esa.

Tajuk nampak scary bagi golongan wanita tapi bagi golongan lelaki, inilah tajuk yang paling diaorang suka.

Secara jujurnya, saya tak reti nak komen tapi kalau dah kena batang hidung sendiri, maybe apa yang boleh saya katakan - saya relakan!

Ya, saya relakan jika suami ingin berkahwin lain tapi dengan syarat:
1. Saya kenal wanita tersebut.
2. Janda/anak dara tua (andartu).
3. Ada kerjaya.
4. Mualaf.

Secara ilmiahnya, kriteria diatas dipersetujui oleh suami saya. Dia pun kata kalau mahu berkahwin lagi, dia akan cari yang berumur lebih 30 tahun. Katanya, umur 30-an lebih serius dan matang. whatever...

Sepanjang saya musafir di UK kelak, suami akan keseorangan di Malaysia. So, saya ada cadangkan untuk dia berkahwin lagi jika diri dirasakan keseorangan. At least, ada yang menemani dia sepanjang saya di UK nanti. Suami tersenyum dengan cadangan saya tu, dan dia berkata tengoklah macam mana nanti. Lelaki kan, kalau kita dah offer, besar tapak tangan nyiru dia tadahkan. Kalau dia dapat ajak orang bukan islam masuk islam dan mengahwininya lagi besar pahalanya. Itu sekadar cadangan saya saja, selebihnya terpulanglah pada dirinya sendiri.

Saya tak pernah menghalang suami untuk membuat keputusannya. Saya sekadar memberi cadangan, keputusan terletak ditangannya. Apa yang penting, biarlah berlaku adil dalam apa jua keadaan. Janganlah bila sudah ada isteri baru, isteri lama jadi seperti 'gantugn tidak bertali'.

Takpelah, daripada dia bercinta diluar pengetahuan saya, lebih baik saya 'membuka mulut' merestui hubungan mereka, itu saya kira lebih adil untuk 'hati dan perasaan' saya sendiri. At least, saya tahu dengan siapa dia keluar dating dan bercinta - takdelah memendam rasa!

Okeylah, till now...will updated later.

Love,

Regards, Dr to be - Intan

1 comment:

  1. Salam puan..tahniah sbb puan berfikran terbuka dtg poligami..Tp percayalah berckp benda yg belun terjadi npk lebih mudah sbnrnnya..sy ada kwn yg situasi lbh kurg mcm tu..dia kesian PD kwnnya yg menjanda.jd dia offer PD suami utk jdkan kwn sbb madu..suami menolak Tp kwn sy tu ckp dr dia plih yg muda2, dia xknl, Baik dia yg tlg cari..sbb kwn sy ni seorg yg sgt sbuk..jd dia xmahu suami snyi Katanya..Tp slps bbrapa tahun kwen,mcm2 emosi terjadi tmbhn kedua2 pregnant..Wanita ni Kita tahun byk main emosi..kdg2 Kita ok, kdg2 cemburu, sedih..Dan akhirnya..perceraian terjadi dgn madu kedua sbb lg byk mslh tmbul..sdgkan suami tu seorg yg agak warak..sprti jgk kwn sy tu..jd sy saran pd puan..Baik puan fokus utk sntasa ada ASA bersama..CTH jika ada cuti, suami dtg bercuti dgn puan Dan sebaliknya..fokus utk gembirakan hati pasgn..mcm org bercinta..sekadar pndpt sy

    ReplyDelete

Pengalaman menjadi Tutor di UK

Assalam semua readers, Alhamdulillah, praised to Allah Al-Mighty, saya diberi peluang untuk menimba ilmu dan pengalaman menjadi Tutor unt...