Assalam semua,
Okey...harini dah masuk hari ke-3 umat Islam berpuasa. Alhamdulillah, anak saya, Dian masih utuh berpuasa walaupun bersekolah. Saya nasihatkan dia agar jangan banyak main disekolah. Waktu rehat, saya suruh dia duduk diam or else baca buku apa yang patut.
Ramadhan Kareem |
Tahun 2014 ni memang blog saya bersawang sentiasa. Tiada masa nak menulis diblog. Kadang-kadang ada idea tapi selalu terputus ditengah jalanan..haha...
Saya busy sedang membuat persiapan untuk menjadi pelajar PhD di bumi England. Pelajar PascaMara ada group di facebook, so disitulah selalunya kami berkomunikasi. Buat masa sekarang ni, kebanyakkan student Master dah settle semua surat perjanjian bersama MARA, tinggal masa untuk fly ke negara masing-masing. Untuk yang ambil PhD macam saya ni - masih lagi terkial-kial sebab banyak benda kena settlekan. Ini kiranya saya dah pecut sehabis baik ni, memang plannya nak berangkat ke UK akhir tahun ni ataupun tahun depan (yang pastinya tawaran MARA ni sah sehingga April 2015). So, we can decided nak fly this year or next year. Untuk pengajian diperingkat Master, tarikh kemasukkannya selalunya sudah ditetapkan oleh pihak university. Sementara PhD, we decided when we want to enroll (tapi tak semua univ sama, depend..).
Tapi, MARA hanya sponsored saya seorang sahaja - family kena self-funded. Even sebenarnya kalau kita duduk di out skirt London, elaun yang MARA bagi tu dah memadai. Kalau bujang, lagilah siap boleh menyimpan lagi. Tapi disebabkan bawa family, elaun jadi cukup-cukup makan saja. Takpelah, ada elaun tambahan seperi elaun buku, thesis etc. Disamping, elaun nafkah dari suami tercinta (yehaa).
Yang penting, cita-cita untuk mendalami ilmu di UK dapat direalisasikan. InshaAllah.
Dan yang paling penting, kali ni saya ke UK dengan ditemani oleh Dian, anak kesayangan saya tu. hehe...
Okeylah, next entry nanti nak story pasal IELTS. Saya akan menduduki ujian IELTS bulan august ni, so banyak juga persiapannya.
InshaAllah... |
Till now, xoxo..UK, mu tunggu aku mari..:)
Regards,
Dr to be - Intan
No comments:
Post a Comment