Monday, October 02, 2017

Peringatan kalau bercuti ke UK

Assalam semua,

Lamanya tak menulis, blog bersawang sama macam hati tuannya, penuh bersawang jugak!.

Memang cabaran betul jadi student PhD ni, masa sangat mencemburui kita. Masa macam tak cukup je 24jam tu. Saya dah menghampiri penghujung tahun ke-3 pengajian PhD. Ada balance setahun lg untuk saya siapkan Theses. InshaAllah, usaha kena dilipatgandakan lagi. Doakan saya ya kawan-kawan. Lagilah sem ni saya diberi rezeki untuk menjadi Tutor di University saya. Alhamdulillah, adalah rezeki sikit untuk menambah pengalaman. Seram dan berdebar juga nak mengajar 'orang putih' ni..hehe

Dian's school

Harini tergerak juga nak menulis pasal pengalaman (sort of la) bila ada tetamu datang ke rumah saya di UK ni. Memang kedatangan tetamu ni kita kena layan dengan baik (at least 3 hari). So, tetamu pun kena faham, kalau datang menumpang di rumah orang lain, lebih dari 3 hari tu kenalah faham-faham. Saya ni jenis tak kisah dan jenis tak berkira (siapa kenal saya fahamlah). Saya akan layan even orang tu bukan rapat dengan saya sebagai tetamu kehormat.

Tapi.....

Kalau kita datang rumah orang, buat rumah orang tu macam hotel ke, rumah tumpangan ke, pada saya itu tak adil buat tuan rumah. Sebab, kita menumpang dirumah orang tu, tuan rumah tidak mengenakan sebarang bayaran pun. So, kita kenalah 'jaga adab dan tingkahlaku'. Jangan jadikan rumah orang yang kita tumpang sebagai tempat kita boleh buat sesuka hati. Sepahkan bilik, ruang tamu, lepas makan tinggalkan pinggan mangkuk, cawan tak berbasuh. Bilik dibiarkan kotor tak bersihkan, biarkan anak main sesuka hati dan menyepahkan (tanpa pengawasan dan dibersihkan). Saya tahu, orang Malaysia yang datang ke UK untuk bercuti tapi kena faham juga tuan rumah yang kat UK ni ada juga privacy. Kena appreciate sebab kalau tuan rumah ni student, mereka dah korbankan masa mereka untuk melayan tetamu yg datang.

Ada juga tetamu yang minta dibelikan dahulu tiket train ke, bus ke, flight ke (menggunakan duit kita) tapi tidak dibayar balik kemudian. Buat bodoh je bila datang jumpa kita, seolah kita ni menyediakan untuk dia dari A-Z. Kalau melibatkan keluarga takpelah juga, ini hanyalah kenalan biasa. Kenalah faham, kami ni student hanya mengharapkan elaun semata untuk kelangsungan hidup di sini, janganlah 'menggunakan' mereka, lainlah kalau 'kerja' mereka dibayar. Seperti di bandar-bandar besar (London, Edinburgh etc.) kebanyakkan student buat part-time jadi tourist guide, sewakan bilik etc. So, beringatkan kalau nak bercuti ke developed country macam ni, kalau nak beli next time saya tidak akan belikan 'in-advanced', sila beli sendiri even janjilah macam-macam, saya SERIK!

Kalau nak bercuti kat UK, please prepare betul-betul, baik dari segi kewangan (please la check dgn akaun bank masing2, boleh guna ke debit/credit card kita?), bawalah duit cash yang mencukupi (especially kalau ada 'hutang' dengan orang kat sini - bayar dulu baru fikir shopping), kesihatan (ubat-ubatan janganlah lupa - sila bawa mencukupi sebab UK ni weather dia memang unpredictable, time summer pun boleh sejuk macam winter (bagi orang Malaysia yang tak biasa) dan baju2 yang berkaitan (ikut musim).

Sebab itu saya jarang/tidak berapa suka menyusahkan orang kalau berpeluang bercuti. Saya lebih suka tinggal di hotel, so saya tak menganggu kawan/kenalan. Kalau dia bersungguh mengajak, saya terima tapi hanya untuk had masa 3 hari, demi menjaga hati kawan/kenalan kita tu.

So now, saya still boleh terima tetamu tetapi lebih berhati-hati. Saya bukan apa, serik juga jika berlaku lagi perkara yang sama. Dahlah duit kita keluar (tak dibayar), makan minum tu saya tak kisah sebab memang kita disunatkan untuk melayani tetamu. Tapi, please lah, kita kena jaga juga hati tuan rumah, even kita bayar untuk menetap dibilik tetapi kita takde hak untuk menyepahkan.

*Saya teringat dua orang Malaysia yang buat 'taik' kat Japan baru-baru ni. (macam tulah perasaan saya sebagai tuan rumah even saya takde minta sebarang bayaran pun).

Sorrylah kalau post kali ni agak ter-emosi, tetapi inilah yang saya rasa. Even busy, saya nak juga tulis untuk peringatan sesiapa yang nak berkunjung ke sini la especially.

Cerita ni takde kena-mengena dengan yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia.

Regards, Dr to be - Intan

No comments:

Post a Comment

Pengalaman menjadi Tutor di UK

Assalam semua readers, Alhamdulillah, praised to Allah Al-Mighty, saya diberi peluang untuk menimba ilmu dan pengalaman menjadi Tutor unt...