Thursday, January 08, 2015

Pengalaman IELTS

Assalam dear friend,

Phewww, sebelum ni blog saya tak boleh view. Saya risau kena hacked, tp Alhamdulillah, bukan kena hacked, tapi ada some widget yg saya gunakan sudah di hacked. So, saya keluarkan semua widget yg ada, blog kembali normal. So, alang-alang buka blog, saya updated rupa blog, nak try guna design yg lain.

Okay, sebenarnya saya nak share pengalaman saya mengambil exam IELTS di British Council dan IDP, Subang Jaya.

Banyak betul pengalamannya sehingga hampir putus asa.

Ini mungkin boleh jadi ikhtibar untuk bakal-bakal pelajar postgraduate di luar negara. Kalau nak buat PhD, please prepare awal untuk exam IELTS. Tapi ada some university boleh waive english requirement, mostly guna exam SPM 1119 or gceo tu. So, to be honest, saya tak amik port pasal exam tu so, kenalah berhempas pulas study IELTS.

boleh la saya letak caption ni..hahaha

Pulak tu, saya ni bukanlah dari keluarga yang ala-ala british, cakap kat rumah either bahasa melayu ori or banjar. So, to be honest, english saya memang perlu diposlish. Kalau setakat nak cakap, bolehlah lagi plus boleh la tulis. Sebelum ni saya menulis thesis menggunakan english checker, so memang tak pernah risau akan semua grammar etc.

Tapi, part nak kena sit down tekun dalam 3 1/2 jam amik exam bertulis, memang saya lemah. Hahaha.

First time saya amik (dengan yakinnya) pada 20hb sept 2014. Speaking test berjalan lancar, 5 hari sebelum test listening, reading and writing. Masa exam, saya yakin amat sebab yelah, dah pernah tulis journal, thesis etc. (ayat riak ni). Sekali masa listening, saya rasa saya dapat jawab dengan baik tapi bila part section 4: saya kecundang sebab memang tak dapat tangkap apa yang sedang diperkatakan. Part reading saya tak berapa takut sebab common sense, baca petikan betul2 sure boleh jawab cuma masa je sangat constrain!. Sampai part writing, terus gabra sebab tak study part gambar sebelum dan selepas (sebuah ship port sebelum dan selepas). Sepanjang saya buat latihan, saya banyak sentuh bab graph je, so time exam betul keluar picture, tak ke gabra. So, bermulalah sessi hentam kromo.

Habis je exam, saya memang risau yang amat. Nak amik sekali lagi, kena tunggu at least lagi sebulan sebab kalau nak register last minutes, sit sure full. So, saya biarkan je. Dapat je results, aduhaiii...tak achieve apa yang university nak.

So, kali kedua nekad nak study lebih hard. Kali kedua saya amik exam pada 8hb November 2014. Siap amik kelas intensif lagi. Tapi, masa exam entah kenapa saya blur, time listening saya langsung tak clear. Faktor saya duduk bahagian belakang sekali (dlm dewan yang besar), ada distortion pada sound cassette tu membuatkan saya sangat bengang. Pada saya, this is not my fault, this is British Council fault!. Lepas je habis exam, saya terus ke British Council untuk memberitahu masalah yg telah menimpa saya sambil menyerahlah untuk ambil lagi sekali. 

Dah la harga RM630/test. Habis duit my hubby. Sabar jelah.

So, pihak British Council suruh saya buat complaint email hantar pada diaorang. Setelah berfikir, saya pada mulanya malas nak buat complaint tapi bila fikir, maybe ianya bagus untuk masa depan candidate2 yang lain, saya teruskanlah juga. Tapi, email saya tu tak berbaur complaint pun, saya just bagi suggestion and penambahbaikan. Saya cadangkan speaker di letak disetiap kiri dan kanan dewan serta bahagian belakang. So, adil untuk semua candidate. Saya highlight juga yang saya dah masuk kali ketiga amik IELTS, untuk kali pertama dan kedua, saya diletakkan di bahagian belakang sekali. So, maybe itu salah satu faktor listening saya tak okay.

So, kali ketiga ambil IELTS, pada 6hb Disember 2014, terkejut okay, saya diletakkan dibahagian paling depan sekali. Hahaha, dalam hati saya (macam perli je diaorang ni...lol). Kali ni saya confident tp biasalah, macam ada tak kena bila saya ingat balik apa yang saya tulis dalam writing dan listening. So, saya bagitau suami, rasa tak berapa yakin. So, husband kata register jelah lagi.

Hahaha...lawak kan?

Ujian yang ketiga ni adalah masa speaking test. Examiner tu Masya Allah, garangnya Ya Allah. Saya tak habis cakap lagi, dia dah potong and ada satu part tu dia tak setuju dengan pendapat saya dan tinggikan suara kata saya tak menajwab soalan. Yelah, saya senyum je tapi of course la, hilang dah apa2 idea yang ada dalam kepala masa tu. Saya dah blank dan jawapan yang saya bagi semua merapu je. So, saya memang target dapat band yg rendah untuk speaking kali ni. Itu yang menyebabkan saya tergerak nak register lagi.

Menangis tu jangan cakaplah. Saya balik dari speaking, menangis tak berhenti sebab saya fikir, ni dah 3 kali saya amik, kenapa macam ni sekali dugaannya?. Masa tu saya dah fikir, memang saya takde harapan nak sambung PhD di UK. Rasa macam dah putus semangat dan harapan. Tapi, suami saya ni sentiasa sokong saya. Dia kata jangan putus asa, Allah tak suka. So, dengan rela hati dia keluarkan lagi duit untuk register kali ke-4. Tapi, kali ni saya register di IDP Subang Jaya, dengan harapan mungkin saya kena tukar angin tempat lain, baru boleh dapat good results. So, tarikh examnya 10hb January 2015 (minggu ni).

Selepas 2 minggu, saya tengok results online, itupun dah malam baru saya check (resultsnya available 13 days dari tarikh exam, jam 9am dah boleh check). Nak kata terkejut pun ada, saya achieve target yang pihak university tetapkan dan speaking test saya sangat tinggi. Masa tu, Allah je yang tahu perasaan saya. Airmata mengalir lagi, kali ni mengalir kegembiraan. Perasaannya sama masa saya dapat keputusan Pascasiswazah MARA haritu. Tak tergambar dengan kata-kata. Alhamdulillah, terima kasih Allah.

Nak tak nak, saya kena jugak amik IELTS kat IDP ni even saya dah dapat resuts yang diperlukan. Sebab dah bayar dan register, kalau nak tarik diri, duit akan burn. Suami kata amik saja, buat as pengalaman. Kesian husband, banyak duit dia habis untuk isteri dia ni nak sambung belajar kat UK.

Jangan putus asa!!

So, some tips pada yang nak amik IELTS:

1. Study la sebanyak yang boleh - banyak online now. Boleh download kat sini 
2. Kalau rasa-rasa masa buat latihan tu markah cukup2 makan je, silalah join mana2 kelas ya. Cadangan saya join samada di IDP or British Council sendiri.
3. Masa speaking, jangan hafal, sila practice cakap kat depan cermin.
4. Writing - silalah buat latihan dengan di check oleh orang yang terror bab grammar etc.
5. Kalau amik di British Council, examnya di dewan Park Royal Hotel, dewannya besar dan candidatenya ramai. Kalau di IDP pula, ada dua tempat, satu di IDP Subang Jaya sendiri, dan satu lagi di Wisma MCA, KL. So, kita tak boleh decide nak amik kat mana, IDP yang akan decided kan.
6. Practice makes perfect!!

So, Kalau gagal jangan sedih. Ada ramai je orang yang amik berkali-kali, ada yang sampai 10 kali amik. So, banyakkan berdoa mohon Allah permudahkan segala urusan kita. InsyaAllah.

Good luck to all.

Monday, January 05, 2015

Medical Check Up di Columbia Asia Hospital

Assalam all,

Harini saya ke Columbia Asia Hospital utk medical check up yg ditetapkan oleh pihak MARA. Kena buat medical either di Hospital kerajaan or hospital swasta (probably not a clinic).

So, i chose this hospital due to it's not too far from my home. So, it's easy for me to reach as early as i can. 

Saya datang awal, jam 8:15 dah ada di hospital memandangkan hospital ni agak famous di area sini. Ramai patient especially chinese using this service. Alhamdulillah, dtg awal so cepatlah prosesnya.

        Dian at Columbia Asia Hospital

             Their awesome canteen!

Last week saya dh datang tp terlalu ramai org so diaorg suggest saya dtg harini (Isnin, 5 Jan). 

Saya memang x pernah gunakan perkhidmatan hospital swasta kecuali masa pregnant kan Dian, memang check selalu di either clinic or hospital swasta (maternity). So, i can say it's my pleasure 1st time ever.

What i can say is:

1. Service - terbaik sebab mereka guide you from the starting point until the end. Takdelah kita tergapai-gapai keseorangan n selalu je kena sound bila tersalah masuk bilik ke (as my experience before). Doctor and nurse are very helpful and nice. For my thinking-patutnya org2 kat Malaysia ni prefer amik insurance then guna khidmat hospital swasta, ehmm.
2. Bayaran - utk saya ni, kena charge RM203.85, it's very affordable and realiable, tak terlalu mahal. Sebab ia termasuk harga x-ray, lab test (blood and urine). Kalau buat di hospital kerajaan, lepas x-ray kena dapatkan surat drpd klinik swasta and it's will cost you around RM40 (My own experience during My undergraduate study). 
3. Faster results - Yup, it's only takes around 1 day to get your results. Some hospital will give around 3-4 hours (depend). Kalau di hospital kerajaan, you need at least 1-2 weeks to get it. Kalau ada masa lebih, bolehlah buat di hospital kerajaan (as it's will reduce your cost) tp kena tggu lama sikit.
4. Canteen - it's funny to put it here but bear in mind, it's one of the influence factor for some people chose their hospital. I can say, this hospital had a great menu at their awesome canteen (like a hotel thought!).

It's all about medical check up today. Tomorrow i will pick up my results at 10:30am.

Still waiting for another letter in order for me completed the documents to MARA.

May Allah ease everything for me.

Best Regards, 
Dr to be - Intan

Thursday, January 01, 2015

New journey for 2015

Assalam dear friend,

Harap semua sihat. Teruskan berdoa untuk kesejahteraan Malaysia, dilindungi dari musibah yang lebih teruk. Allah Maha Mengetahui, setiap yang berlaku dan terjadi semuanya atas kehendakNya. 

Harini merupakan hari pertama dalam bulan yang pertama untuk tahun 2015.

Phewww, dah masuk tahun 2015 rupanya. Usia juga akan menginjak ke satu lagi anak tangga. 

Azam?.

Aduhai, banyaknya nak tulis tentang azam. Rasanya tak tertulis satu persatu. Biarlah, saya dah malas nak fikir pasal azam. Apa yang saya inginkan sekarang, memulakan perjanalan PhD dan mengahkirinya kemudian. 

Sekarang di UK sedang cuti Winter dan New Year, mereka raikan secara besar-besaran. Pejabat semua tutup, so semua email saya ke pihak university belum lagi berjawab. Berdebar pun ada, tapi niat dalam hati nak selesaikan semua document as soon as possible supaya saya tak kelam kabut dihujungnya. Saya ada masa berbaki 1 1/2 bulan lagi nak settlekan everything.

Inilah harapan saya untuk 2015 (bukan lagi azam, terus letak harapan)..:)

1. Ke UK daftar as PhD student.
2. Join mana-mana conference (yg terhampir di Prague).
3. Kurus. Ye, kurus itu memang harapan yg tinggal harapn sebelum ni.
4. UK.
5. Sentiasa updated blog.

Saya nak ke sini - HUBS

Yes, all about UK. Dah lama letak harapan nak jejakkan kaki ke UK. Harapnya semua berjalan lancar dan smooth.

Saya juga perlukan doa dari kawan-kawan semua.

Salam tahun baru 2015.

Regards, Dr to be - Intan

Wednesday, December 24, 2014

Semakin hampir..My PhD journey

Assalam all,

Pheww, lamanya tak updated blog. Saya busy study. Ya, saya struggle utk IELTS dan finally, utk kali yg ke-3, saya berjaya mendapat results yg ditetapkan oleh University.

It's a long journey, i guess.

Sampaikan saya hampir berputus asa. Yelah, nak lawan perasaan risau yg sgt tinggi dgn takutnya dgn tarikh penghantaran borang2 lengkap penajaan ke pejabat MARA lagi. Pheww, memang headeache la. MARA ada tetapkan tarikh2 tertentu utk settlekan semua borang mengikut tarikh kemasukan ke university.

              Marilah menuntut ilmu

Tapi, perancangan Allah itu sangat indah. Pertolongan Allah sentiasa datang tepat pada masanya.

Syukur sgt sebab results IELTS sy yg ketiga sgt2 okay. Maybe sbb dh byk sgt buat latihan..lol

Saya rasa malas nak cerita berkenaan ujian IELTS saya. Ada kisah disebalik semua itu. Biarlah ianya menjadi lipatan sejarah saya. Yg saya boleh suggests - practice makes perfect!. 

Supervisor saya dah happy dgn results IELTS saya n finally, saya akan bakal bergelar PhD student di Hull University, Alhamdulillah.

Saya akan mendaftar di Hull University pertghan bulan Februari 2015, InshaAllah. Sekarang, masa utk berdoa utk perjalanan yg smooth utk urusan perjanjian biasiswa, visa, accomodation di sana etc.

Nampak gayanya, bulan January 2015 merupakan bulan super busy utk saya, nak uruskan semuanya seberapa segera yg blh.

Dian tetap bersekolah dulu utk bulan January saja. 

Will updated apa jua urusan sepanjang perjalanan sebelum ke UK ni.

May Allah ease everything for me n whole Family, amin.

Regards,
Dr to be - Intan




Thursday, November 13, 2014

Semoga dipermudahkan urusan - PhD ku di UK...

Assalam semua,

Lamanya tak updated blog. Memang sangat busy 2-3 bulan ni. Bukan busy apa, busy study (IELTS), siapkan proposal bla..bla..bla. 

Itu belum lagi jejak kaki ke university as a PhD student. Lagi stress agaknya kehidupan saya. 

Ya Allah, semoga segalanya success.

Banyak betul dugaan dan cabaran sekarang ni.

Firstly, saya buat application PhD ke University of Hull menggunakan ajen kat KL, tak perlulah saya mention ajen apa. Tapi yang pasti, saya jumpa ajen ni masa datang walk in student place kat KL around bulan May yg lepas. So, GM ajen ni beriya nak represented as my ajen yg akan registerkan application saya dari mula sampai akhir. Masa saya jumpa dia tu, saya nak hantar application ke Australia sebab memang dah dapat supervisor. Cuma masa tu belum dapat results MARA samada dapat ke tidak.

So, saya sebenarnya ada kawan di NAZA Edu Loan tapi dia tak represented university saya. So, saya guna sajalah ajen ni.

Sebenarnya ajen ni okay je tapi staff dia yang kendalikan application saya ni rasanya tak well trained. Semasa saya ke pejabatnya, dia macam tak tahu macam mana nak isi form application tu. Seem saya memang dah check siap2 di website university procedure isi borang dia, so saya fahamlah sikit2 requirementnya.

So, staff yang in charge application saya ni suruh saya isi borang then, dia photocopy everything. Dia kata akan submit borang tapi meanwhile tunggu jugak results IELTS saya. Okey, done.

However, saya email lah dia sebulan lepas saya jumpa dia haritu bertanyakan status application saya. Dahlah email tak berjawab lepas tu reply email ckp macam saya ni tak tahu yang PhD ni adalah research bukan though classes. Bengang tak bengang??. Anyway, saya masih sabar dan reply email dia in a good manner. Kesabaran pun ada batasnya kan?. Lepas tu, dia memang tak balas email apa2 yang saya bagi.

University saya ada bagi acknowledgment tentang status application saya - siap dengan nombor untuk track kita punya application tu tapi tarikh lahir saya salah. Siapa yang isi borang tu?, saya tak isi tarikh lahir yang totally menyimpang dari nombor sebenar. Imagine tarikh lahir dlm application tu 01/01/1970 - tak logik kan?. Nampak sangat dia main bubuh je without check!. Ini memang sangat obvious kesalahannya. Sebab nanti CAS number yang university akan keluarkan untuk buat VISA akan salah sebab sah2 tarikh lahir salah. 

Aduhaiii. 

So, saya email balik both university and staff ni. Langsung takde reply apa2. So, dengan bengangnya saya email untuk kali yang ke-3 cc pada GM dia yang sempoi dan sporting. So, esoknya dia reply msg saya tapi still dalam email tu takde correction. 

Macam ni ke layanan pada student??. Come on la, i'm not using your company without nothing. University will pay your service, but don't take for granted from us - treated us like we are not matured enough. Kalau namanya nak sambung PhD, takkan lah tak tahu apa itu research??. Pelik bin ajablah!!

So, takpe, saya sentiasa bersangka baik.

Banyak betul dugaan. Better haritu saya submitted application sendiri tak perlu guna ajen. At last, saya mintak tolong bakal supervisor saya untuk check application saya tu. Hopefully okay saja. Dah lama tunggu ni.

Now, memang tidak dinafikan...jasad di Malaysia tapi hati dan perasaan sudah lama terbang ke UK. 

Doakan saya dipermudahkan segala urusan.

permudahkanlah ya Allah..

Dah lama tak balik jumpa mak kat kampung. 

Regards, Dr to be - Intan

Sunday, October 19, 2014

Cerita Ulu Yam di Liverpool yang super best!!

Assalam to all,

Saya ni memang suka summarize apa yang saya tengok, baca dan dengar. Apa yang selalu saya summarize kat blog adalah benda yang bset2 saja. Kalau tak best or tak berapa nak menarik minat, memang saya takkan cerita kat blog la.

Now dah masuk bulan oktober, debaran semakin hampir untuk saya yang bakal melanjutkan pelajaran ke UK, InshaAllah. Semuanya atas pertolongan dan restu dari Allah SWT. Banyak dugaan dan halangan untuk saya menjejakkan kaki ke bumi UK ni. Yelah, bukan senang nak senang dan bukanlah susah juga nak susah. 

Banyak orang tanya saya, apa yang akan saya buat lepas habis PhD nanti?. Dan banyak jugalah jawapan saya, kadang2 saya rasa nak balik Malaysia, menyumbang bakti sebagai pendidik di university dan adakalanya hati saya melonjak ingin menimba pengalaman bekerja di luar negara, sebagaimana yang dilakukan oleh inspire saya - Abang Nazali Noor.

Suka betul saya baca buku dia.

Ini yang saya baca. Rujukan gambar: www dot ieyra dot com

In fact, buku dia memang banyak beri motivasi untuk saya secara peribadi.

Secara jujurnya, saya memang teringin sangat belajar di UK dan merasai sendiri keseronokan belajar di ruang yang dikelilingi oleh pokok-pokok maple, snow yang memutih dan cuaca dingin yang mencengkam.

Tapi Allah dah beri peluang tu masa saya belajar di Japan tahun lepas. Memang tak pernah terfikir nak jejakkan kaki ke sana, apatah lagi atas tiket pelajar.

Man Jadda Wa Jadda - sesiapa yang berusaha, pasti Allah tunjukkan jalannya.

Sebab itu buku Ulu Yam di Liverpool ni memang menjadi pencetus semangat buat saya. Sementalah, saya ni memang suka membaca pengalaman orang-orang Malaysia yang dah 'established' kat sana. Sebelum ni hanya baca dari blog-blog je tp since abang Nazali dah tulis 'cerita sebenar' dia, tak perlulah buat rujukan di blog lagi.

Cerita yang disampaikan dalam buku sangat telus dan relevan. Dia tulis dengan penuh ikhlas dan penuh inspirasi, takde perkara yang diselindungkan. Baik dari segi perhubungan, persahabatan, pengurusan kewangan sehingga ke we love, we care.

Memang beliau sumber inspirasi saya.

P/S: Now, tengah fikir samada nak teruskan hidup di UK or balik semula ke Malaysia after graduated. Tengah dok buat planning yang relevan. 

Regards, Dr to be - Intan

Saturday, September 20, 2014

Kenapa nak sambung PhD?

Assalam everyone,

Today was my IELTS day and i bet, it's my hectic day. Ambil SPM pun tak pernah rasa darah gemuruh yang macam ni..phewww!!

trust me!!

By the way, usaha sudah, now time to doa and tawakal dengan apa juga keputusan. Saya berharap agar keputusan tidak mengecewakan, jika tidak terpaksa tukar plan.

Okey, tujuan entry ni nak sembang mengenai tujuan asas saya untuk menyambung pengajian di peringkat tertinggi, PhD. Ayat cliche, 'nak bergelar doktor la'..tapi, cop, itu rasanya bukan tujuan utama saya.

Kalau tanya pada saya, kenapa sambung PhD, ini jawapan saya:

1. Alang-alang menyeluk pekasam, biarlah sehingga ke pangkal lengan - alang-alang belajar, biarlah sampai ke peringkat tertinggi dan kalau boleh sampai post-doc!.
2. Memang cita-cita sejak habis first degree. Masa zaman sekolah dulu, tak tahu pun pasal sambung2 belajar ni.
3. Nak jadi pendidik yang competent dalam bidang kajian saya kelak. Pendek cerita, nak jadi pakar industry la, InshaAllah.
4. Saya minat bidang penulisan dan kajian, tapi bukan experiment la, dah puas berexperiment masa zaman ist degree dulu. Now, time to spent on reading a journal.
5. Sebenarnya saya nak sangat jejakkan kaki ke UK, so dengan menyambung PhD, mungkin hasrat ini akan tercapai. Sebab Master dah di Japan (itupun bukannya atas perancangan, just ad hoc planning). Mulanya saya hanya buat master di UTM, then my school (Razak School of Engineering and Advance Technolgy) promote a double master degree, then i cuba nasib. Luckily, i dapat!.
6. Memang dorongan 100% dari my husband yang nak sangat tengok wife dia ni berjaya genggam scroll PhD, probably in UK.
7. Dalam family saya, hanya saya yang berjaya sampai ke peringkat ni, so saya nak jadi pemangking (cewah ayat..) pada yang lain-lain untuk terus menimba ilmu.
8. Nak cabar diri.
9. Nak ada dissertation sendiri - probably jadi rujukan untuk next generation.
10. Okey, last...nak dapat tittle Dr!.

Tipulah kalau cakap taknak gelaran Dr tu!.

So, kalau nak diikutkan...memang banyak cabaran dan rintangan sepanjang perjalanan PhD saya ni terutama 'tragedy' yang pernah menimpa saya suatu masa dahulu. Itu semua adalah asam garam kehidupan, takde yang mudah. Allah beri ujian semua bersebab, kita je yang kena sentiasa bersangka baik dengan Allah - InshaAllah.

???

Last but not least, mohon doakan saya selamat menyelesaikan semua document, offer letter, visa n last flying high to UK.

Demi masa, sesungguhnya manusia kerugian, melainkan yang beriman dan yang beramal soleh.

Regards, Dr to be - Intan

Pengalaman menjadi Tutor di UK

Assalam semua readers, Alhamdulillah, praised to Allah Al-Mighty, saya diberi peluang untuk menimba ilmu dan pengalaman menjadi Tutor unt...