Thursday, January 08, 2015

Pengalaman IELTS

Assalam dear friend,

Phewww, sebelum ni blog saya tak boleh view. Saya risau kena hacked, tp Alhamdulillah, bukan kena hacked, tapi ada some widget yg saya gunakan sudah di hacked. So, saya keluarkan semua widget yg ada, blog kembali normal. So, alang-alang buka blog, saya updated rupa blog, nak try guna design yg lain.

Okay, sebenarnya saya nak share pengalaman saya mengambil exam IELTS di British Council dan IDP, Subang Jaya.

Banyak betul pengalamannya sehingga hampir putus asa.

Ini mungkin boleh jadi ikhtibar untuk bakal-bakal pelajar postgraduate di luar negara. Kalau nak buat PhD, please prepare awal untuk exam IELTS. Tapi ada some university boleh waive english requirement, mostly guna exam SPM 1119 or gceo tu. So, to be honest, saya tak amik port pasal exam tu so, kenalah berhempas pulas study IELTS.

boleh la saya letak caption ni..hahaha

Pulak tu, saya ni bukanlah dari keluarga yang ala-ala british, cakap kat rumah either bahasa melayu ori or banjar. So, to be honest, english saya memang perlu diposlish. Kalau setakat nak cakap, bolehlah lagi plus boleh la tulis. Sebelum ni saya menulis thesis menggunakan english checker, so memang tak pernah risau akan semua grammar etc.

Tapi, part nak kena sit down tekun dalam 3 1/2 jam amik exam bertulis, memang saya lemah. Hahaha.

First time saya amik (dengan yakinnya) pada 20hb sept 2014. Speaking test berjalan lancar, 5 hari sebelum test listening, reading and writing. Masa exam, saya yakin amat sebab yelah, dah pernah tulis journal, thesis etc. (ayat riak ni). Sekali masa listening, saya rasa saya dapat jawab dengan baik tapi bila part section 4: saya kecundang sebab memang tak dapat tangkap apa yang sedang diperkatakan. Part reading saya tak berapa takut sebab common sense, baca petikan betul2 sure boleh jawab cuma masa je sangat constrain!. Sampai part writing, terus gabra sebab tak study part gambar sebelum dan selepas (sebuah ship port sebelum dan selepas). Sepanjang saya buat latihan, saya banyak sentuh bab graph je, so time exam betul keluar picture, tak ke gabra. So, bermulalah sessi hentam kromo.

Habis je exam, saya memang risau yang amat. Nak amik sekali lagi, kena tunggu at least lagi sebulan sebab kalau nak register last minutes, sit sure full. So, saya biarkan je. Dapat je results, aduhaiii...tak achieve apa yang university nak.

So, kali kedua nekad nak study lebih hard. Kali kedua saya amik exam pada 8hb November 2014. Siap amik kelas intensif lagi. Tapi, masa exam entah kenapa saya blur, time listening saya langsung tak clear. Faktor saya duduk bahagian belakang sekali (dlm dewan yang besar), ada distortion pada sound cassette tu membuatkan saya sangat bengang. Pada saya, this is not my fault, this is British Council fault!. Lepas je habis exam, saya terus ke British Council untuk memberitahu masalah yg telah menimpa saya sambil menyerahlah untuk ambil lagi sekali. 

Dah la harga RM630/test. Habis duit my hubby. Sabar jelah.

So, pihak British Council suruh saya buat complaint email hantar pada diaorang. Setelah berfikir, saya pada mulanya malas nak buat complaint tapi bila fikir, maybe ianya bagus untuk masa depan candidate2 yang lain, saya teruskanlah juga. Tapi, email saya tu tak berbaur complaint pun, saya just bagi suggestion and penambahbaikan. Saya cadangkan speaker di letak disetiap kiri dan kanan dewan serta bahagian belakang. So, adil untuk semua candidate. Saya highlight juga yang saya dah masuk kali ketiga amik IELTS, untuk kali pertama dan kedua, saya diletakkan di bahagian belakang sekali. So, maybe itu salah satu faktor listening saya tak okay.

So, kali ketiga ambil IELTS, pada 6hb Disember 2014, terkejut okay, saya diletakkan dibahagian paling depan sekali. Hahaha, dalam hati saya (macam perli je diaorang ni...lol). Kali ni saya confident tp biasalah, macam ada tak kena bila saya ingat balik apa yang saya tulis dalam writing dan listening. So, saya bagitau suami, rasa tak berapa yakin. So, husband kata register jelah lagi.

Hahaha...lawak kan?

Ujian yang ketiga ni adalah masa speaking test. Examiner tu Masya Allah, garangnya Ya Allah. Saya tak habis cakap lagi, dia dah potong and ada satu part tu dia tak setuju dengan pendapat saya dan tinggikan suara kata saya tak menajwab soalan. Yelah, saya senyum je tapi of course la, hilang dah apa2 idea yang ada dalam kepala masa tu. Saya dah blank dan jawapan yang saya bagi semua merapu je. So, saya memang target dapat band yg rendah untuk speaking kali ni. Itu yang menyebabkan saya tergerak nak register lagi.

Menangis tu jangan cakaplah. Saya balik dari speaking, menangis tak berhenti sebab saya fikir, ni dah 3 kali saya amik, kenapa macam ni sekali dugaannya?. Masa tu saya dah fikir, memang saya takde harapan nak sambung PhD di UK. Rasa macam dah putus semangat dan harapan. Tapi, suami saya ni sentiasa sokong saya. Dia kata jangan putus asa, Allah tak suka. So, dengan rela hati dia keluarkan lagi duit untuk register kali ke-4. Tapi, kali ni saya register di IDP Subang Jaya, dengan harapan mungkin saya kena tukar angin tempat lain, baru boleh dapat good results. So, tarikh examnya 10hb January 2015 (minggu ni).

Selepas 2 minggu, saya tengok results online, itupun dah malam baru saya check (resultsnya available 13 days dari tarikh exam, jam 9am dah boleh check). Nak kata terkejut pun ada, saya achieve target yang pihak university tetapkan dan speaking test saya sangat tinggi. Masa tu, Allah je yang tahu perasaan saya. Airmata mengalir lagi, kali ni mengalir kegembiraan. Perasaannya sama masa saya dapat keputusan Pascasiswazah MARA haritu. Tak tergambar dengan kata-kata. Alhamdulillah, terima kasih Allah.

Nak tak nak, saya kena jugak amik IELTS kat IDP ni even saya dah dapat resuts yang diperlukan. Sebab dah bayar dan register, kalau nak tarik diri, duit akan burn. Suami kata amik saja, buat as pengalaman. Kesian husband, banyak duit dia habis untuk isteri dia ni nak sambung belajar kat UK.

Jangan putus asa!!

So, some tips pada yang nak amik IELTS:

1. Study la sebanyak yang boleh - banyak online now. Boleh download kat sini 
2. Kalau rasa-rasa masa buat latihan tu markah cukup2 makan je, silalah join mana2 kelas ya. Cadangan saya join samada di IDP or British Council sendiri.
3. Masa speaking, jangan hafal, sila practice cakap kat depan cermin.
4. Writing - silalah buat latihan dengan di check oleh orang yang terror bab grammar etc.
5. Kalau amik di British Council, examnya di dewan Park Royal Hotel, dewannya besar dan candidatenya ramai. Kalau di IDP pula, ada dua tempat, satu di IDP Subang Jaya sendiri, dan satu lagi di Wisma MCA, KL. So, kita tak boleh decide nak amik kat mana, IDP yang akan decided kan.
6. Practice makes perfect!!

So, Kalau gagal jangan sedih. Ada ramai je orang yang amik berkali-kali, ada yang sampai 10 kali amik. So, banyakkan berdoa mohon Allah permudahkan segala urusan kita. InsyaAllah.

Good luck to all.

8 comments:

  1. thank you for support...
    1st time dpt band 6 je..
    nk try for 2nd time plak....

    ReplyDelete
  2. Kalau gagal xapa akak... tapi masalahnye bayaran rm700 skrg mana laa nak carik duit akak... sekali buat memang kena target good result... huhu

    ReplyDelete
  3. Saya akan amek ielts hari ini. Paling risau listening test, harap harap semua ok. Semalam buat latihan dpt band 6 je

    ReplyDelete

Pengalaman menjadi Tutor di UK

Assalam semua readers, Alhamdulillah, praised to Allah Al-Mighty, saya diberi peluang untuk menimba ilmu dan pengalaman menjadi Tutor unt...