Wednesday, October 18, 2017

Pengalaman menjadi Tutor di UK

Assalam semua readers,

Alhamdulillah, praised to Allah Al-Mighty, saya diberi peluang untuk menimba ilmu dan pengalaman menjadi Tutor untuk semester baru 2017/2018. Saya melalui fasa interview kemudian barulah mereka menilai dan memilih untuk menjadi Tutor. Pada mulanya rasa tak berapa confident, hantar resume dan CV hanya untuk 'mencuba nasib', tapi Alhamdulillah, rezeki menyebelahi saya. Itulah, Allah nak beri memang tepat pada masanya. Rezeki memang takkan pernah berganjak walau seinci kalau dah memang rezeki milik kita, kalau dah bukan rezeki, even dah ada dalam genggaman pun boleh terlepas. Seperti Firman Allah SWT: 

أَمَّنْ هَٰذَا الَّذِي يَرْزُقُكُمْ إِنْ أَمْسَكَ رِزْقَهُ ۚ
“Siapakah yang dapat memberi kamu rezeki jika Allah menahan rezeki” (Surah Al-Mulk, ayat 21).

First kelas memang agak berdebar sebab kita ni English bukan bahasa pertama, tapi yakinkan juga diri untuk berdiri berhadapan dengan students dari pelbagai negara. Saya mengajar kelas students first year, so boleh bayangkanlah students semua masih 'fresh and clean', tak tahu apa2 so memang kena betul2 mengajar agar mereka faham apa yang kita nak sampaikan. 

Hull Old Town
Tidak ada masalah mengajar dalam english tapi bila mengajar pelajar yang bahasa utamanya adalah english, kita akan rasa 'debaran' semacam. Tapi, biasalah disini, disiplin students tak sama macam kat Malaysia. Di Malaysia, students lebih berdisiplin, itu pada pandangan saya lah. Disini, terpulanglah pada students tu, kalau dia nak terima lecture kita, dia boleh dengar tapi kalau dia taknak, dia boleh tinggalkan kelas ikut suka mereka. Itulah bezanya, kita tak boleh paksa mereka.

Itu sajalah perkongsian saya.

Alhamdulillah.

Regards, Dr to be - Intan

Monday, October 02, 2017

Peringatan kalau bercuti ke UK

Assalam semua,

Lamanya tak menulis, blog bersawang sama macam hati tuannya, penuh bersawang jugak!.

Memang cabaran betul jadi student PhD ni, masa sangat mencemburui kita. Masa macam tak cukup je 24jam tu. Saya dah menghampiri penghujung tahun ke-3 pengajian PhD. Ada balance setahun lg untuk saya siapkan Theses. InshaAllah, usaha kena dilipatgandakan lagi. Doakan saya ya kawan-kawan. Lagilah sem ni saya diberi rezeki untuk menjadi Tutor di University saya. Alhamdulillah, adalah rezeki sikit untuk menambah pengalaman. Seram dan berdebar juga nak mengajar 'orang putih' ni..hehe

Dian's school

Harini tergerak juga nak menulis pasal pengalaman (sort of la) bila ada tetamu datang ke rumah saya di UK ni. Memang kedatangan tetamu ni kita kena layan dengan baik (at least 3 hari). So, tetamu pun kena faham, kalau datang menumpang di rumah orang lain, lebih dari 3 hari tu kenalah faham-faham. Saya ni jenis tak kisah dan jenis tak berkira (siapa kenal saya fahamlah). Saya akan layan even orang tu bukan rapat dengan saya sebagai tetamu kehormat.

Tapi.....

Kalau kita datang rumah orang, buat rumah orang tu macam hotel ke, rumah tumpangan ke, pada saya itu tak adil buat tuan rumah. Sebab, kita menumpang dirumah orang tu, tuan rumah tidak mengenakan sebarang bayaran pun. So, kita kenalah 'jaga adab dan tingkahlaku'. Jangan jadikan rumah orang yang kita tumpang sebagai tempat kita boleh buat sesuka hati. Sepahkan bilik, ruang tamu, lepas makan tinggalkan pinggan mangkuk, cawan tak berbasuh. Bilik dibiarkan kotor tak bersihkan, biarkan anak main sesuka hati dan menyepahkan (tanpa pengawasan dan dibersihkan). Saya tahu, orang Malaysia yang datang ke UK untuk bercuti tapi kena faham juga tuan rumah yang kat UK ni ada juga privacy. Kena appreciate sebab kalau tuan rumah ni student, mereka dah korbankan masa mereka untuk melayan tetamu yg datang.

Ada juga tetamu yang minta dibelikan dahulu tiket train ke, bus ke, flight ke (menggunakan duit kita) tapi tidak dibayar balik kemudian. Buat bodoh je bila datang jumpa kita, seolah kita ni menyediakan untuk dia dari A-Z. Kalau melibatkan keluarga takpelah juga, ini hanyalah kenalan biasa. Kenalah faham, kami ni student hanya mengharapkan elaun semata untuk kelangsungan hidup di sini, janganlah 'menggunakan' mereka, lainlah kalau 'kerja' mereka dibayar. Seperti di bandar-bandar besar (London, Edinburgh etc.) kebanyakkan student buat part-time jadi tourist guide, sewakan bilik etc. So, beringatkan kalau nak bercuti ke developed country macam ni, kalau nak beli next time saya tidak akan belikan 'in-advanced', sila beli sendiri even janjilah macam-macam, saya SERIK!

Kalau nak bercuti kat UK, please prepare betul-betul, baik dari segi kewangan (please la check dgn akaun bank masing2, boleh guna ke debit/credit card kita?), bawalah duit cash yang mencukupi (especially kalau ada 'hutang' dengan orang kat sini - bayar dulu baru fikir shopping), kesihatan (ubat-ubatan janganlah lupa - sila bawa mencukupi sebab UK ni weather dia memang unpredictable, time summer pun boleh sejuk macam winter (bagi orang Malaysia yang tak biasa) dan baju2 yang berkaitan (ikut musim).

Sebab itu saya jarang/tidak berapa suka menyusahkan orang kalau berpeluang bercuti. Saya lebih suka tinggal di hotel, so saya tak menganggu kawan/kenalan. Kalau dia bersungguh mengajak, saya terima tapi hanya untuk had masa 3 hari, demi menjaga hati kawan/kenalan kita tu.

So now, saya still boleh terima tetamu tetapi lebih berhati-hati. Saya bukan apa, serik juga jika berlaku lagi perkara yang sama. Dahlah duit kita keluar (tak dibayar), makan minum tu saya tak kisah sebab memang kita disunatkan untuk melayani tetamu. Tapi, please lah, kita kena jaga juga hati tuan rumah, even kita bayar untuk menetap dibilik tetapi kita takde hak untuk menyepahkan.

*Saya teringat dua orang Malaysia yang buat 'taik' kat Japan baru-baru ni. (macam tulah perasaan saya sebagai tuan rumah even saya takde minta sebarang bayaran pun).

Sorrylah kalau post kali ni agak ter-emosi, tetapi inilah yang saya rasa. Even busy, saya nak juga tulis untuk peringatan sesiapa yang nak berkunjung ke sini la especially.

Cerita ni takde kena-mengena dengan yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia.

Regards, Dr to be - Intan

Thursday, April 27, 2017

Dugaan PhD di bumi UK

Assalam reader,

Sudah 2 tahun 2 bulan saya di bumi UK. Alhamdulillah, banyak dugaan pahit dan manis yang saya tempuhi sepanjang menjalani rutin kehidupan sebagai pelajar PhD. Adakalanya sangat pahit dan tak kurang juga manis semanis gula tebu. 

Train di Switzerland

Dian and her friends

Dalam saya berkawan disini, betullah apa yang sering diperkatakan oleh kebanyakkan orang kita yang telah menjejakkan kaki di UK ni, kita akan lebih mengenali sikap dan perangai kawan kita ketika berada di luar negara. Yelah, di sini tiada keluarga mahupun saudara mara, so hanya kitalah tempat beramah mesra dan dari situlah kita akan mengenali sikap dan perangai mereka.

Macam-macam perangai ada di sini. Ada yang memang tank bergaul dengan orang Malaysia atas alasan kalau bergaul dengan orang Malaysia, English takkan improve. So, mereka mula menjauhkan diri dari bergaul, bercampur dan menghadiri majlis yang diadakan oleh orang Malaysia. Lagi satu, ada pula yang berkata kalau sering berjumpa orang Malaysia, banyak 'ketupat' yang mereka akan anyam. Kadang nak tergelak juga dengan sikap mereka, yelah, di Malaysia, jawatan mereka semua tinggi-tinggi belaka, tapi tak pernah berpijak di bumi yang nyata. Pangkat dan jawatan yang tingig terkadang membuatkan mereka 'sombong' dengan 'dunia' mereka. Seolah-olah, kalau bergaul dengan orang 'sembarangan' akan membuatkan mereka 'jatuh standard'. Di bumi inilah saya jumpa species orang yang macam ni. 

Walau ke mana kaki melangkah, jangan pernah lupa pada agama, bangsa dan negara. Kita bangsa yang mempunyai adat ketimuran yang sangat tinggi. Disebabkan inilah kita dipandang tinggi oleh negara-negara lain. Tapi, bila kita sesama bangsa pun bermasam muka, menikam dari belakang, macam manalah bangsa kita nak maju. Tapi, bukanlah saya 'general'kan semua pada statement saya ni, ada segelintir saja. 

Perjalanan PhD ini sancta panjang, pada siapa yang pernah melaluinya. Cuma, bezanya, saya dapat merasai perjalanan PhD di luar negara, even kadang nampak sentiasa gembira, tapi hakikatnya terkadang saya tewas dengan dugaan. Macam-macam dugaan silih berganti datang menerpa. Kadang saya kuat, kadang saya lemah. 

Bulan yang lalu, saya mengalami keguguran (30/03/2017), bayi syurga saya hanya hidup setakat umur 5 minggu saja, sedangkan kalau diikutkan kandungan saya pada masa itu telah mencecah usia 9minggu. Itulah kata orang, kalau rezeki bukan milik kita, even ianya sudah berada didalam genggaman, ianya akan terlepas juga. Saya redha dengan ketentuan Allah. Semoga kita berjumpa di Syurga Allah wahai anakku sayang.

Sekian dulu coretan saya.

Next entry nak story pasal kedai-kedai murah di UK ~ stay tune!

Regards, Dr to be - Intan

Pengalaman menjadi Tutor di UK

Assalam semua readers, Alhamdulillah, praised to Allah Al-Mighty, saya diberi peluang untuk menimba ilmu dan pengalaman menjadi Tutor unt...