Assalam reader,
Sudah 2 tahun 2 bulan saya di bumi UK. Alhamdulillah, banyak dugaan pahit dan manis yang saya tempuhi sepanjang menjalani rutin kehidupan sebagai pelajar PhD. Adakalanya sangat pahit dan tak kurang juga manis semanis gula tebu.
Train di Switzerland |
Dian and her friends |
Dalam saya berkawan disini, betullah apa yang sering diperkatakan oleh kebanyakkan orang kita yang telah menjejakkan kaki di UK ni, kita akan lebih mengenali sikap dan perangai kawan kita ketika berada di luar negara. Yelah, di sini tiada keluarga mahupun saudara mara, so hanya kitalah tempat beramah mesra dan dari situlah kita akan mengenali sikap dan perangai mereka.
Macam-macam perangai ada di sini. Ada yang memang tank bergaul dengan orang Malaysia atas alasan kalau bergaul dengan orang Malaysia, English takkan improve. So, mereka mula menjauhkan diri dari bergaul, bercampur dan menghadiri majlis yang diadakan oleh orang Malaysia. Lagi satu, ada pula yang berkata kalau sering berjumpa orang Malaysia, banyak 'ketupat' yang mereka akan anyam. Kadang nak tergelak juga dengan sikap mereka, yelah, di Malaysia, jawatan mereka semua tinggi-tinggi belaka, tapi tak pernah berpijak di bumi yang nyata. Pangkat dan jawatan yang tingig terkadang membuatkan mereka 'sombong' dengan 'dunia' mereka. Seolah-olah, kalau bergaul dengan orang 'sembarangan' akan membuatkan mereka 'jatuh standard'. Di bumi inilah saya jumpa species orang yang macam ni.
Walau ke mana kaki melangkah, jangan pernah lupa pada agama, bangsa dan negara. Kita bangsa yang mempunyai adat ketimuran yang sangat tinggi. Disebabkan inilah kita dipandang tinggi oleh negara-negara lain. Tapi, bila kita sesama bangsa pun bermasam muka, menikam dari belakang, macam manalah bangsa kita nak maju. Tapi, bukanlah saya 'general'kan semua pada statement saya ni, ada segelintir saja.
Perjalanan PhD ini sancta panjang, pada siapa yang pernah melaluinya. Cuma, bezanya, saya dapat merasai perjalanan PhD di luar negara, even kadang nampak sentiasa gembira, tapi hakikatnya terkadang saya tewas dengan dugaan. Macam-macam dugaan silih berganti datang menerpa. Kadang saya kuat, kadang saya lemah.
Bulan yang lalu, saya mengalami keguguran (30/03/2017), bayi syurga saya hanya hidup setakat umur 5 minggu saja, sedangkan kalau diikutkan kandungan saya pada masa itu telah mencecah usia 9minggu. Itulah kata orang, kalau rezeki bukan milik kita, even ianya sudah berada didalam genggaman, ianya akan terlepas juga. Saya redha dengan ketentuan Allah. Semoga kita berjumpa di Syurga Allah wahai anakku sayang.
Sekian dulu coretan saya.
Next entry nak story pasal kedai-kedai murah di UK ~ stay tune!
Regards,
Dr to be - Intan
takziah.moga berjumpa di syurga..
ReplyDelete