Assalam all,
Apa khabar semua?
Saya?Alhamdulillah sihat dalam lindungan Allah SWT.
Saya ni penggemar setia Radio Ikim.FM. Radio yang memang menjadi most favourite radio sejak tahun 2011 lagi. Saya suka sebab banyak sumber ilmu boleh diperolehi disana. Pelbagai Ustaz dan Ustazah akan sentiasa memberi motivasi, nasihat dan didikan dalam apa jua keadaan. Banyak segment yang best dan boleh mengajak kita berfikir - "Ya Allah, banyaknya masa lampau aku habiskan dengan benda yang sia-sia!"
Sejak selalu mendengar radio Ikim.FM ni so saya selalu mendengar lagu-lagu nasyid yang sangat lembut alunan zikir, memuji Allah dan mengingati Rasulullah SAW. Memang sayup hati bila dengar lagu-lagu yang sentiasa 'memberi' impak iman!
Rasulullah dalam sirahmu
Ku temu tulusnya cinta
Demi umatMu berkorban jiwa
Sehingga hujung nyawa
Kau di utus atas nama Kebenaran
Dengan fasih lidah beri penjelasan
Sabar dalam apa jua keadaan
Tak goyah dengan ranjau tekanan
Walau diri bisa menakluki tahta
Tetap rendah hati penuh sederhana
Segalanya demi Lillahi Taala
Azimat yang berharga
Rasulullah dengan hikmahmu
Terpancar syiar agama
Mengubah gelap menjadi terang
Menghapus jahiliyah
Rasulullah Engkau tinggalkan
Semangat juang tertinggi
Membina satu aqidah
Membangun Iman dan dilapangan mujahadah
Dari hadith dan Al-Quran
Menjadi sumber cahaya pedoman
Hanya itu yang Kau wariskan
Akan selamat di dunia akhirat
Rasulullah terlalu rindu
Padamu junjungan jiwa
Didalam senda yang utama
Menyambungkan kasih denganmu
Rasulullah dalam sirahmu
Ku temu tulusnya cinta
Demi umatmu berkorban jiwa
Sehingga hujung nyawa
Rasulullah dengan hikmahmu
Terpancar syiar agama
Mengubah gelap menjadi terang
Menghapus jahiliyah
Ya Rasulullah Ya HabibAllah
Pabila terkenangMu mengalir air mataku
Banyak juga lagu2 yang saya minat tapi ini salah satu lagu yang sangat saya minati. Lagu adalah dinyanyikan oleh Hafidz Hamidun bertajuk Kasih Padamu. Lagu ini mengingatkan akan perjuangan Rasulullah SAW terhadap agama Allah yang Maha Suci ini. Pengorbanan dan perjuangan Baginda sangat tidak terhitung dengan wang ringgit. Sehingga baginda hendak menghembuskan nafasnya yang terakhir pun baginda masih memikirkan akan umatnya - betapa penyayangnya baginda. Saya mengalirkan airmata bila mendengar lagu ni. Bait-bait liriknya sangat puitis, syahdu dan pilu.
Kalaulah saya diberi peluang berjumpa Rasulullah...Ya Allah..Selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad SAW, kaum kerabat dan sahabat2 baginda.
Istiqomah saya: sedaya upaya untuk mengamalkan sunnah baginda seboleh-bolehnya.
Regards,
Dr to be - Intan
No comments:
Post a Comment