Thursday, April 25, 2013

Planning dua minggu..Sebelum fly ke Jepun..

Assalam all,

Rata2 air dijepun bernilai yen100-yen180..agak murah

Harapnya semua sihat - Alhamdulillah syukur pada Allah yang Maha Esa kerana masih sudi menghadiahkan hembusan pernafasan di dunia yang fana ini.

Saya sekarang tengah betul2 peak dengan aktivity yang sangat pack. Yelah, saya nak kena settle kan everything (Thesis UTM-writing, data collection, meets SV etc.). Fuh, berpeluh bila list down semua aktiviti. Ada baki lagi 2 minggu untuk saya settle kan. 

Barang2 yang di pack lagi. 

Saya ada masa 2minggu lagi sebelum bertolak ke Jepun. Minggu ni saya akan ke KL untuk urusan membeli beg, keperluan2 semasa di Jepun dan jumpa kawan2 di KL (mana yang sempat la). Lepas tu nak pulun siapkan thesis dan assignment (PMA) Supply Chain yang belum siap2 lagi - tulis blog ada pulak masa ye??LoL..

Ini dalam train namanya Shinkansen - sgt laju tp tiketnya sgt mahal..smpai nagoya 1 1/2 jam

Berpeluh saya - tapi takpe, demi ilmu didunia dan akhirat, saya gagahi juga. Bukan senang nak dapat peluang yang best macam ni. Tak semua orang boleh dapat. Kata orang, kalau tak dipecahkan ruyung, mana nak dapat sagunya. kalau nak sesuatu tu, kenalah usaha dan seterusnya tawakal. Allah suruh kita usaha dulu barulah selebihnya diserahkan pada takdir. Ingat, takdir boleh diubah sekiranya kita berusaha untuk berubah (berubah macam mana-tentulah jadi lebih baik dan sentiasa mengingati Allah dan Rasul).

Lepas minggu ni, saya akan ke Lumut pula untuk membuang undi disana. Saya tak balik Johor sebab baru saja balik minggu lepas. Dapatlah jumpa mak, MIL and FIL dan beberapa adik-beradik yang ada. In Sha Allah, Mak saya akan turut menghantar saya di airport.

OK supermarket, di area rumah yg bakal saya sewa (mcm econsave la..)

Saya tak berharap orang hantar saya di airport,cukuplah ada suami dan anak yang menemani. Yang lain tu, kalau ada yang sudi, saya lagi suka. Ada juga kawan2 yang kata nak turut serta hantar saya di airport. Terima kasih pada yang sudi. Saya pergi Jepun je, tak jauh, flight 7 jam dah sampai. Tiket pulak tak mahal berbanding tiket nak ke UK. Lainlah kalau saya ke UK kan??hehe..itu plan next..In Sha Allah. Saya berpegang pada prinsip dimana ada usaha, disitulah ada jalannya.

Berfikiran positif atas apa yang menimpa!

Kereta idaman..dalam RM120k mcm tu..murah..kat Malaysia harganya more than RM250k..

Saya tak salahkan takdir atas apa yang berlaku ke atas saya tapi saya salahkan diri sendiri. Tapi, saya masih berfikiran positif dalam apa jua perkara. Ada hikmah disebalik semua kejadian.

Semoga Allah merahmati pemastautinan saya di Jepun. Semoga kelana ini membawa 1001 rahmah untuk diri saya dan keluarga. Semoga Allah memelihara saya walau dimana saja saya berada. Aminn.

*kepada sesiapa yang nak bertanya mengenai sambung belajar di jepun ke,nak bercuti di jepun ke, bolehla tanya saya. In Sha Allah kalau saya boleh jawab, saya jawab la.

Tiket disneyland tokyo kna book awal (kalau nak murah)

Regards, Dr to be - Intan

Tuesday, April 23, 2013

Barang yang perlu saya bawa ke Jepun...Preparation

Assalam all,

Apa khabar semua?Saya sihat saja masih dalam pernafasan yang Allah kurniakan.

Bahang PRU-13 semakin terasa. Macam2 cerita kita boleh tengok, lihat, baca dan fahami dari semua calon2 yang bertanding. Apa yang penting, lihatlah dari mata iman bukan emosi. Jangan taksub dengan menilai menggunakan sudut pandang emosi. Sebab selalunya emosi ni bahaya - banyak nafsu kat situ!. Ini adalah nasihat untuk diri saya sebenarnya. Sebab itu saya tengok dan perhatikan semua parti politik dan tidak memihak mana2 parti. Pada saya, yang memperjuangkan Islam yang perlu kita lihat dan cuba teliti. Zaman Rasulullah dulu, kota Mekah dan Madinah dijadikan tempat penyebaran Islam terbesar. Macam mana dengan Malaysia?contohnya di KL?

BTW, saya bukan nak cerita pasal politik. Ni nak cerita tentang barang2 yang perlu saya bawa ke jepun. Al-maklumlah, di Jepun semua barang makanan halal payah nakk dapat. Kalau ada pun, harganya sangat mahal.  So, masa saya ke Jepun tahun lepas, ada lah saya senaraikan barang2 yang perlu saya siapkan untuk dibawa ke Jepun.

Ini juga boleh dijadikan rujukan untuk sesiapa yang nak ke Jepun.

1. Makanan


- Ikan bilis (saya bawa 1kg).

- Cili Kering (kat sana ada tapi cili yang kecil mcm cili padi - mahal!).
- Beras (untuk 3 bln pertama saya bawa 5kg dari Malaysia - kat sana ada jual tp beras jepun yang buat sushi tu, mcm pulut sikit).
- Kuali kecil.
- Periuk kecil.
- Garam/Gula sikit (standby).
- Rempah kari, kurma, sup, kunyit serbuk.
- belacan siap bakar (haha..)
- Maggie segera (sikit je..buat taik gigi..)
- Santan serbuk.
- Kiub ayam/ikan bilis
- Perencah tomyam (kalau nak)
- Asam keping (senang sebab ringan berbanding asam yang kena bancuh tu).
- Ikan masin (kalau nak)
- Perencah nasi goreng (pelbagai perisa)

Beras Jepun - mereka buat sushi..
haha..mcm ni la saya buat dengan nasi jepun tu..masuk dlm mircowave, letak telur..haha

2. Ubat-ubatan (saya nak ingatkan ubat sangat mahal dijepun)

- Panadol untuk demam, selsema dan batuk (sekotak).
- Cream untuk bengkak kaki, kegatalam etc.
- Vaporub (haritu saya beli kat jepun RM42 sebotol 50g tu..huhu).
- Minyak2 urut (gamat, wak dakam etc.)
- Lip balm.
- Cream vaselin (utk masa winter)
- Pad wanita (mahal okies)

Ini sanitary pad yg saya beli (dalam 800yen), mahal okies
Ini cream utk lenguh kaki (kawan saya dari romania yg beri)..bagus cream ni..

3. Pakaian

- Baju kurung (utk sambut raya okies..hehe)
- Seluar yang senang (tak perlu byk sebab di jepun agak murah)
- Baju utk keselesaan sendiri
- Sweater (penting..sebab saya sampai di Jepun waktu masih sejuk, tp tklh sejuk sgt)
- Kasut yang selesa untuk berjalan (bawa sekali selipar jambam)

4. Misc

- Hanger (Mahal okies)
- Tuala
- Kain lap kaki
- Penyidai panties (ada je kat kedai 100yen, tp saya nak bawak jugak..haha)
* Boleh je beli di kedai 100yen, tapi masa mula2 sampai dan ke nak ke kedai 100yen trus??Bawalah seadanya..

Ok, yang makanan tu banyak saya pos guna poslaju je (guna kapal..murah sikit). Yang ada dalam beg saya hanya sikit2 je, cukup untuk makan saya selama 2 minggu sementara menunggu ketibaan parcel saya dari Malaysia.

Itu bab barang yang perlu bawa. Ok, kalau dah sampai Jepun, semua student kena register untuk buat Alien card (macam kad IC) untuk menyatakan kita tinggal di Jepun melebihi setahun (tak sure), register for medical  insurance (sebulan dalam 1000yen), buat buku bank Jepun dan daftar alat komunikasi (di Jepun ada Docomo, Softbank - mcm kat Malaysia, Maxis, Celcom etc.)

Saya tinggal sorang - jadi bujang sementara, hehe.

Semoga Allah mempermudahkan segala urusan baik dalam dan luar. Allah yang Maha Memberi 'nikmat'. Nikmat apa lagi yang perlu didustakan?

Syukur atas apa jua kurniaan dariNya yang Maha Agong. Semoga dengan pemberian ini, saya akan lebih dan lebih mentaati perintah Allah dan Rasul. Saya memang suka belajar sebab saya nak deliver pada adik2, anak2, generasi akan datang.

Jangan pandang apa keburukan yg telah dilakukan sebaliknya pandanglah kebaikan yang dilakukan demi ummah dan masa depan Agama Allah ini.

Sesungguhnya, jika seseorang itu buat salah dan kemudian dia bertaubat lebih baik dari seorang yang tidak melakukan dosa (perasaan dia) sebaliknya tidak pernah memohon petunjuk Allah untuk memberinya hidayah yang berkekalan. Wallahualam.

Semoga hidayah Allah ini kekal sehingga kehembusan nafas yang terakhir. Amin..

Regards, Dr to be - Intan

Monday, April 22, 2013

Akhirnya...saya akan terbang..

Assalam all,
Saya di kawasan Gyotoku...

Saya dalam Kelas di University saya (Meiji University)..

Alhamdulillah. Syukran Jazillan Ya Allah.

Masa yang ditunggu2 akan tiba. Lagi tiga minggu saya akan terbang meninggalkan Malaysia. Yang pastinya, saya request untuk terbang selepas pilihanraya Malaysia (PRU-13). Saya akan ke Lumut untuk mengundi di DUN Pangkor dan Parlimen Lumut. Saya excited Parlimen Lumut sebab x-boss saya bertanding. Tn Hj Imran adalah bekas Pegawai Memerintah saya semasa di KD PELANDOK sekitar tahun 2006-2007. Beliau sangat saya kagumi baik dari segi pentadbiran mahupun keperibadian. Sepatutnya saya kena terbang ke Tokyo pada minggu hadapan tetapi saya yang memohon untuk dilewatkan seminggu selepas selesai saya membuang undi. Nasiblah pihak university very understanding me!!..Alhadulillah..

Telor di Jepun - mahal ni..4 biji Yen190..huhu

Pilihlah calon dari kalangan orang yang layak dan boleh memimpin ke arah yang lebih baik. Kata orang era Khilafah Islam perlu dititik beratkan di Malaysia walaupun negara kita adalah negara yang berbilang bangsa, agama mahupun nasab keturunan.

Pelbagai sudut pandang boleh kita selidik bukan menggunakan emosi tetapi gunakanlah akal dan iman.

Yang penting, undi saya adalah rahsia..hehe..

Saya akan berada di Tokyo selama setahun dan mungkin lebih demi tuntutan ilmu yang perlu dihabiskan. Sebak rasa hati masa nak book ticket dan rasa sedih juga semasa dalam perjalanan ke Kedutaan Japan di Jalan Stonor, KL. Saya sedih sebab nak meninggalkan anak kesayangan saya tu. Saya doakan semoga dia sentiasa dilindungi oleh Allah. Start harini memang saya sangat2 sebak - tak tergambar dengan kata2. Bulan November baru saya dapat jumpa dia - planning nak main snow dengan Dian!

Ini cafe di University..

Kawan2 yang nak datang Tokyo, bagitaulah saya, email pun okies. Saya boleh bantu mana yang patut. Duit yen sekarang tengah rendah - sangat rendah! Bolehlah saya simpan sikit untuk jalan2 di Jepun.

Apapun, terima kasih Allah SWT yang Maha Memberi dan Memelihara. Tanpa Allah, mana mungkin saya menerima 'nikmat' yang sedemikian.

Regards, Dr to be - Intan

Tuesday, April 16, 2013

Lagu Kekasih Allah by Hafidz Hamidun -- Kasih Padamu..Ya Rasulullah..

Assalam all,

Apa khabar semua?

Saya?Alhamdulillah sihat dalam lindungan Allah SWT.

Saya ni penggemar setia Radio Ikim.FM. Radio yang memang menjadi most favourite radio sejak tahun 2011 lagi. Saya suka sebab banyak sumber ilmu boleh diperolehi disana. Pelbagai Ustaz dan Ustazah akan sentiasa memberi motivasi, nasihat dan didikan dalam apa jua keadaan. Banyak segment yang best dan boleh mengajak kita berfikir - "Ya Allah, banyaknya masa lampau aku habiskan dengan benda yang sia-sia!"

Sejak selalu mendengar radio Ikim.FM ni so saya selalu mendengar lagu-lagu nasyid yang sangat lembut alunan zikir, memuji Allah dan mengingati Rasulullah SAW. Memang sayup hati bila dengar lagu-lagu yang sentiasa 'memberi' impak iman!

Rasulullah dalam sirahmu
Ku temu tulusnya cinta
Demi umatMu berkorban jiwa
Sehingga hujung nyawa

Kau di utus atas nama Kebenaran
Dengan fasih lidah beri penjelasan
Sabar dalam apa jua keadaan
Tak goyah dengan ranjau tekanan

Walau diri bisa menakluki tahta
Tetap rendah hati penuh sederhana
Segalanya demi Lillahi Taala
Azimat yang berharga

Rasulullah dengan hikmahmu
Terpancar syiar agama
Mengubah gelap menjadi terang
Menghapus jahiliyah

Rasulullah Engkau tinggalkan
Semangat juang tertinggi
Membina satu aqidah
Membangun Iman dan dilapangan mujahadah

Dari hadith dan Al-Quran
Menjadi sumber cahaya pedoman
Hanya itu yang Kau wariskan
Akan selamat di dunia akhirat

Rasulullah terlalu rindu
Padamu junjungan jiwa
Didalam senda yang utama
Menyambungkan kasih denganmu

Rasulullah dalam sirahmu
Ku temu tulusnya cinta
Demi umatmu berkorban jiwa
Sehingga hujung nyawa

Rasulullah dengan hikmahmu
Terpancar syiar agama
Mengubah gelap menjadi terang
Menghapus jahiliyah

Ya Rasulullah Ya HabibAllah
Pabila terkenangMu mengalir air mataku



Banyak juga lagu2 yang saya minat tapi ini salah satu lagu yang sangat saya minati. Lagu adalah dinyanyikan oleh Hafidz Hamidun bertajuk Kasih Padamu. Lagu ini mengingatkan akan perjuangan Rasulullah SAW terhadap agama Allah yang Maha Suci ini. Pengorbanan dan perjuangan Baginda sangat tidak terhitung dengan wang ringgit. Sehingga baginda hendak menghembuskan nafasnya yang terakhir pun baginda masih memikirkan akan umatnya - betapa penyayangnya baginda. Saya mengalirkan airmata bila mendengar lagu ni. Bait-bait liriknya sangat puitis, syahdu dan pilu.

Kalaulah saya diberi peluang berjumpa Rasulullah...Ya Allah..Selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad SAW, kaum kerabat dan sahabat2 baginda. 

Istiqomah saya: sedaya upaya untuk mengamalkan sunnah baginda seboleh-bolehnya.

Regards, Dr to be - Intan

Wednesday, April 10, 2013

My Heartmate turns to 35 years today!

Assalam fren,

Happy Birthday my dear Husband!

Alhamdulillah. Harini genap usia my BFF dunia dan akhirat 35 tahun. Lagi 5 tahun untuk dia target berangkat ke Tanah Suci untuk mengerjakan Haji. Saya mendokan impian beliau..aminn

Terima kasih Allah SWT kerana sehingga ke saat ini, kami masih bersatu dan keranaMu jua perhubungan ikhlas ini terus dan terus mekar dan mewangi, seharum wangian kasturi..cewah..hehe

Saya sangat sayangkan kawan baik saya ni demi kerana Allah SWT. Saya cinta dia selepas cinta kepada Allah. Rasa kasih dan sayang ini adalah anugerah dari Allah. Saya sangat bersyukur kerana diberi seorang 'teman tidur' yang sangat baik, penyayang, sangat ambil berat dan saya rasa tidak ada orang lain yang boleh menandingi kebaikan dirinya terhadap saya selama 7 tahun usia perkahwinan kami. 

Semua itu adalah kurniaan dari Allah. Tidak mungkin saya bertemu dengan seorang insan yang sanggup menyayangi diri ini walaupun banyak kekurangan disana sini kalau tidak dengan izin Allah.

Doa saya pada Allah, semoga suami saya dipanjangkan umurnya untuk terus beribadah, dberkati umurnya, diberikan kesihatan yang sempurna, ditetapkan hatinya untuk terus beriman kepadaMu, tabah dan cekalkan hatinya, kuatkan semangatnya untuk terus menjadi suami yang baik pada diriku dan papa yang penyayang pada anak2 kami, tetapkan hatinya untuk terus menyayangi ibubapanya dan yang paling utama hubungan kami suami isteri kekal sehingga jannah hanya keranaMu Ya Allah.

Nota Kaki: Saya sebenarnya nak buat sendiri kek tapi atas alasan yang tidak dapat dielakkan, saya beli je kek tiramisu..hehe..sorry..i am so busy lately!
Me and him..xoxo

Regards, Dr to be - Intan

Musim harga barang murah...(di Malaysia)

Assalam all,

How are you today?

Harini saya nak borak pasal harga barang di pasaran Malaysia.

Tergerak nak cerita sebab saya ni insan yang sangat suka marketing barang2 dapur seminggu sekali dan semua harga barangan basah dan kering memang saya pantau. Setelah agak lama membuat beberapa hipotesis, dapat saya simpulkan disini bahawa:

1. Harga Tomato - musim harga murah adalah pada bulan Mac hingga Jun/Julai. Harga medium pada bulan ogos-sept. Start Oktober, harganya akan naik mendadak sehingga mencecah RM 6/kg. Saya memang akan membeli tomato setiap kali berbelanja barang dapur. Pada saya, Tomato adalah keperluan paling hit di dapur saya. Oh yea, nak beli tomato paling murah pada bulan mei sebab ketika itu negara2 pengeluar tomato sedang rancak meng 'harvest' tomato mereka. So, harganya boleh jatuh sekitar RM0.69/kg.

My most fav..tomato!

2. Harga ikan laut - ikan memang menjadi makanan kegemaran rakyat Malaysia. Ikan memang sesuatu makanan sumber protein yang sangat digemari. So, harga ikan selalunya akan tinggi masa musim tengkujuh. So, saya selalu jarang membeli ikan pada bulan nov-feb. Saya akan tukar menu kepada ayam, daging mahupun ikan sungai. Ikan paling murah dalam bulan apr-jun. So, try la makan ikan banyak2 masa ni.

Ikan laut...

3. Harga ayam - yang ni saya punya hipotesis mengatakan ayam akan mahal masa bulan kenduri kahwin. Biasanya, harga ayam mahal pada bulan mac, mei-jun, ogos dan nov-dec. Masa bulan2 ni, harga ayam boleh mencecah sehingga RM7.50/kg. Hehe,masa2 cuti sekolah a.k.a bulan kenduri kawin, saya tak makan ayam sangat. Kadang2 harga tinggi jugak masa musim perayaan terutama Hari Raya. Tetapi, selalunya time raya, KPDNKK akan pantau harga ayam.

Ayam..bermacam ayam...

4. Harga cili besar - Menurut hipotesis saya, harga cili besar akan mahal pada bulan okt-dec. Start pertengahan jan, harga akan mula turun dan sehingga bulan apr, harga hanya mencecah RM4.99/kg. Harga paling tinggi pernah dicatatkan adalah sekitar bulan Nov iaitu sekitar RM16.90/kg. So, pandai2 la nak makan cili time bila kan?Cili boleh simpan lama dalam peti ais jika tidak terkena air.

Cili Besar...

Ok, itu saja hipotesis saya setakat ni. Bukan senang nak buat hipotesis ni tau. saya rasa, ada lebih kurang 3 tahun untuk saya rumuskan disini. Yang lain, saya sambung entry akan datang.

Thanks.

Regards, Dr to be - Intan

Tuesday, April 09, 2013

Politik dan Pilihanraya...which one?

Assalam all,

Apa khabar harini?

Saya Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang telah memberi nafas untuk terus hidup di atas muka bumiNya ini. Tq Allah.


Lirik Lagu Itu Ini Begitu Begini –Mirwana & Altimet

(INTRO):

Kau membisik, Kau memanggil,
Cuba mengheretku ke ruang fantasi,
Bicaramu menggoda, Semua bagai indah,
Hanya madah sia-sia, Racun berbisa..

(CHORUS):

Itu ini begitu begini, Beza persepsi di sana-sini,
Cara dia dan cara mereka, Masing-masing punya citarasa,
Itu ini begitu begini, Gosip sensasi di sana-sini,
Kisah dia cerita mereka, Tak peduli benar atau dusta..

(VERSE 1)

Aku merenung ke luar tingkap
Memikirkan masa aku yang kian singkat
Merancang usaha aku yang perlu ditingkat
Terkenang masa lalu yang lebih ringkas.
Pesanan ringkas di alat komunikasi,
Bisik belakang lagi gosip sensasi
Dulu geli hati pernah ku minati
Yang dahulu manis kini aku rasa basi,
Bila diumpankan secebis umpatan,
Yang lebih penting lebih senang dilupakan,
Yang gangsa digilap kita sangka emas,
Kaca dikejar yang berlian lekas terlepas
Nasi yang dikendong senang tercicir
Bila sibuk mengejar madu mengalir dari bibir
Yang dijual murah untuk beli sepah,
Hingga tubuh kebulur, dan rohani resah

(Chorus)

Itu ini begitu begini, Beza persepsi di sana-sini,
Cara dia dan cara mereka, Masing-masing punya citarasa,
Itu ini begitu begini, Gosip sensasi di sana-sini,
Kisah dia cerita mereka, Tak peduli benar atau dusta.

(VERSE 2)

Satu masa dulu kita dua sejoli,
di antara hobi, bercerita di kedai kopi
Hingga pukul 2 3 4 5 pagi,
Malam tua tapi kita masih muda lagi
Gerak pantas mulut manis bila ada gadis,
Macam baju tukar laju biar mereka menangis,
Tak heran ada yang lain lain,
Kita saing bukan sukan hanya main main,
Bukan tempat aku untuk mencemuh mencaci,
Tapi aku bukan, lelaki itu lagi,
Kau ada hidup kau aku punya hal sendiri,
Lihat aku punya masjid indah yang terdiri,
Jauh sekali tempat aku mengadili
Tapi aku harap kau pandai membawa diri,
Kalau jumpa diluar pasti bertegur sapa,
Jemput ke rumah aku kalau ada masa,

(BRIDGE):

Helah dan dusta punca sengketa,
Menghancurkan segala,
Bawa sengsara dan airmata..

(Chrous X2)

Itu ini begitu begini, Beza persepsi di sana-sini,
Cara dia dan cara mereka, Masing-masing punya citarasa,
Itu ini begitu begini, Gosip sensasi di sana-sini,
Kisah dia cerita mereka, Tak peduli benar atau dusta


Lirik Lagu Itu Ini Begitu Begini –Mirwana & Altimet 


Lirik lagu yang pada saya sangat sinonim dengan bahang pilihanraya 2013!

Bahang pilihanraya semakin dekat. Malahan, macam2 kita boleh dengar dari pelbagai parti politik yang bakal bertanding merebut gelaran kerajaan yang bakal memimpin Malaysia untuk empat tahun yang akan datang. Bila tiba pilihanraya, saya selalu teringat pilihanraya di sekolah saya dulu. Dimana, kalau nak buat pemilihan bakal ketuapengawas, ketua asrama, ketua disiplin, setiausaha, bendahari dan sebagainya, kami akan ada pilihanraya. Memang bertanding dengan semangat betul. Saya masa ditingkatan lima pernah bertanding untuk merebut kerusi 'panas' pada ketika itu - penolong ketua disiplin. Hehe, rata-rata junior memang suka saya yang jadi timbalan - saya kan ke sangat berdisiplin..hehe. Junior2 saya buatlah kempen, tampal manifesto saya. Saya ingat satu manifesto saya ialah, 'tiada hukuman bersihkan bilik air jika dorm anda didapati kotor', haha..lawak kan?. Tapi dari situ pelajar akan belajar cara2 menjadi pemimpin.

Lepas habis masa berkempen, tibalah masa membuang undi. Siap ada SPR lagi, tapi itu sekolah la yang buat, terdiri dari cikgu2 sekolah. Semua pelajar akan membuang undi pada hari yang sama dan undi dikira setelah selesai semua mengundi dan pada malamnya, diumumkan pemenang DUN..haha..Saya memang dah agak akan menang berdasarkan 'populariti' saya di sekolah..hehe..

Bila saya renung balik, bagus sebenarnya bila kita jadi negara democrasi sebab kita berhak memilih pemimpin mana yang bakal menerajui Malaysia. Sekarang ni parliment dah dibubarkan. So, secara automatiknya semua parti adalah bukan kerajaan. Mereka harus berkempen sehinggalah tarikh membuang undi (mengundi) diadakan. Samada BN, PAS, Keadilan, DAP, BEBAS dan sbgnya, mereka bukanlah orang kerajaan pada masa ini. Rasionalnya, semasa berkempen mereka harus tidak membiarkan gelaran 'kerajaan' kerana ini boleh mengelirukan rakyat.

Tapi satu saja yang saya tidak berapa gemar - di Malaysia, pada hemah saya, pihak media samada elektronik mahupun cetak, terlalu bias, mereka sepatutnya natural, tidak berpihak dimana2 parti politik. Inilah baru namanya 'Negara Demokrasi'. Tapi, entahlah, itu apa yang saya pandang dari sudut sebagai seorang rakyat Malaysia. Tapi kalau kita lihat di Negara Indonesia (masa saya melancong ke sana tahun 2009), kebetulan masa itu mereka sedang mengadakan pilihanraya baru. Semua parti bebas membuat iklan di TV, beritanya memaparkan semua berita mengenai parti politik - tidak memihak pada mana2 parti politik. Keputusan adalah di tangan rakyat untuk menilai sejauh mana seseorang individu yang mewakili parti politik itu boleh memimpin negara.

Apapun, saya akan turun mengundi sekiranya saya belum lagi ke Jepun - In sha Allah.

Pendapat masing2..saya?? no comment!
Nota kaki: sebab itu di FB, saya akan like semua parti samada BN, PAS, Keadilan..saya like Dato Najib, DS Anuar, Tun Mahathir sebab kita kena lihat dan kaji kesemua pemimpin bukan berpihak hanya pada satu2 (taksub) saja. Saya nak jadi rakyat yang neutral dari semua segi. Sebab??

Lihat lah dari segenap sudut..In Sha Allah..

Regards, Dr to be - Intan

Tuesday, April 02, 2013

Cooking Class with Dr Dian (to be)...

Assalam all,

Gan ku desu ka? (mean: apa khabar semua?)

Saya - Alhamdulillah. Masih diberi nyawa dan kekuatan untuk terus bernafas di atas muka bumi Allah SWT ini. Sekarang dah masuk bulan Apr, rasanya sekejap saja dah 1/4 tahun untuk thn 2013 ni. Masa sangat pantas berlalu dan harapnya kita semua dapat memanafaatkan setiap gumpalan masa yang Allah anugerahkan ini untuk berilmu, beramal dan berbakti hanya kepada Allah SWT.

In sha Allah dalam bulan ini jika diizinkan oleh Allah SWT, saya akan terbang ke negara matahari terbit. Itu jika diizinkan oleh Allah, jika tidak, saya akan terus di bumi Malaysia la. Rezeki Allah tu ada di mana-mana, Saya masih lagi menunggu keputusan COE (Certificate of Eligibility) dari Jepun. COE ni penting dalam urusan mendapatkan visa student. Once dah dapat, baru kita boleh apply visa di kedutaan Jepun Malaysia. In sha Allah, jika diizinkan saya akan ke Jepun, harapnya bulan Apr ni la.

Start dari bulan Apr ini, tinggal lagi 2 1/2 tahun untuk saya melangkah ke alam pendidikan yang tertinggi. Bak orang kampung kata - Doctor of Philosophy (PhD). Buat masa sekarang, sudah empat University di UK dah pun saya searching (dari segi course dan ranking university). So far, empat yang saya search ni memang terletak dalam top 20 ranking university di UK. Saya tak berminat nak belajar di US maybe because of some of the university are very diversity. More complex on level of entrance. Lagipun, saya memang tak berapa gemar US. UK is such a good in educational level compared to others (US, Germany,Italy etc.). Actually, Japan pun ada dalam my mind tapi nak KIV dulu sebab takut2 saya disana setahun, ditawarkan PhD pulak - who never know? Perancangan Allah kan yang terbaik untuk hambaNya. But, for time being, i listed all the good universities in UK as my passion to pursue my PhD. Its not because of snow okies, its about my passion to do a lot of research from the good of knowledge as from Allah. I just need to realized my self about how good you are, you still a servant of Allah. All the goods is from Allah and we as a human being, must being thanks to Allah Al-Mighty.

Alhamdulillah, i got a chance to do a recent back to Allah. 

Kawan-kawan, please doakan untuk saya. Hanya doa dan titipan usaha yang berterusan bakal memberikan kita segumpal anugerah iaitu -'kesabaran'.

Oh yea, saya nak share my beauty dotter video about how to cooks and the tittle is...Cooking Class with Dr Dian..


Enjoy this two video!!!

Regards, Dr to be - Intan

Pengalaman menjadi Tutor di UK

Assalam semua readers, Alhamdulillah, praised to Allah Al-Mighty, saya diberi peluang untuk menimba ilmu dan pengalaman menjadi Tutor unt...