Assalam semua,
Alhamdulillah, sudah masuk hari yang ke-6 umat Islam diseluruh dunia mengerjakan ibadah berpuasa di bulan Ramadhan yang mulia.
|
Dian with her friend, Nurin in Faley |
|
Dian with her friends and teacher for dance club |
Saya sekarang macam malas nak updated blog sebab masa agak sibuk. Kalau dah mengadap blog jawabnya tak sempat la nak tengok journal-journal yang tertangguh untuk dibaca. Ya Allah, macam-macam dugaan 2-3 bulan saya di UK. Haritu saya kena demam, batuk dan selsema yang agak teruk (sebelum puasa), la ni jari kelingking kaki saya pula yang patah dan mengambil masa 6 weeks juga untuk recover sepenuhnya. Tapi minggu ni saya dah boleh pakai kasut dan drive, saya paksakan juga pakai slow2 sebab banyak pekerjaan terbantut la bila duduk saja di rumah.
InshaAllah, kalau ada masa yang free, bolehla saya udated blog. Untuk tahun pertama as a PhD student, memang masa amat busy dengan pengukuhan literature review. Sementalah tahun pertama perlu diperkukuhkan dengan sempurna sebab ada 'defence proposal' or 'upgrade presentation' untuk menentukan research kita layak mendapat degree of philosophy, macam tulah sistem di UK ni.
Banyak benda nak updated kat blog tapi masa mencemburui..hehe
Ok, now nak sembang pasal puasa 19jam di UK.
Pada mulanya saya agak risau dan takut juga sebab rata-rata kawan-kawan di sini bagitahu puasa sangat mencabar. Yelah, puasa dalam musim panas a.k.a summer kan?, can you imagine that?.
Tapi, walaupun sekarang dah masuk musim panas tapi weather mcm autumn season. Suhu still 18-20 degree but feels like 10-12 degree, still sejuk sampai ke tulang.
So, nak cerita buka puasa, apa yang saya buat sebab anak saya Dian yang usianya 8tahun tu turut berpuasa, so saya memang gagahla bangun sahur, masak yang sedap2 time iftar, nak bagi dia rasa happy berpuasa.
Apa yang saya buat:
1. Saya akan sediakan juadah iftar dalam jam 7-9 malam, bergantung pada tahap kesusahan penyediaan la.
2. Lepas iftar, dalam jam 10:30 malam, kami akan solat maghrib berjemaah. Then, saya akan suruh dian tidur sebab esoknya dia akan ke sekolah.
3. Saya akan solat isyak dan terawikh sendirian smpai pukul 12malam. Tapi, selalunya hari jumaat saya akan iftar di masjid university, sebab hari jumaat adalah masa penyediaan iftar untuk warga Malaysia.
4. Jam 2am saya akan bangun dan kejutkan dian untuk sahur. Biasanya dian akan makan 3-5 biji kurma plus left over masa iftar td. So, lepas sahur, dalam jam 3am kami akan solat subuh berjemaah then saya akan suruh dian tidur kembali. Then, saya akan kejut dia dalam jam 7:30am untuk bersiap ke sekolah.
5. Di sini iftar jam 9:40am then sahur jam 2am. Boleh makan sempurna pun dalam jam 9:40 till 10:40. Time sahur, memang dah tak berapa nak selera sebab baru je makan tak sampai 2 jam.
To be honest, saya rasa okay walaupun berpuasa selama 19jam. Kalau di Malaysia, even puasanya hanyalah 12jam, saya selalu rasa haus, maybe kebab factor cuaca. Di Malaysia musim sanitise tropika a.k.a panas so memang rasa haus tu tak boleh nak dinafikan. Dan, saya rasa saya lebih menghargai masa di sini. Saya tak rasa letih atau penat yang melampau macam saya puasa di Malaysia. Masa yang terluang, ada saja saya isi dengan membaca Al-Quran (wishlist nak Qatam sebelum raya) dan membaca beberapa journal.
Alhamdulillah, Allah beri kami peluang dan kesemapatan melalui waktu berpuasa di musim summer. Tahun 2013 saya dah merasa berpuasa di musim summer di Japan, memang panas tapi saya boleh juga bertahan. Saya hanya berfikir, Allah dah letakkan diri ini di keadaan begini, pasti ada hikmahnya.
saya dalam proses nak buat video puasa dian, nanti dah siap, saya akan upload ya!.
Stay tune.
Selamat berpuasa semua.
Salam Ramadhan 1436H dari kami di Hull, UK.
Regards,
Dr to be - Intan