Tuesday, May 06, 2014

Usai sudah Double Master saya!

Assalam kawan-kawan yang saya sayangi,

Alhamdulillah. Rasa syukur yang tidak terhingga saya panjatkan ke hadrat Allah SWT yang Maha Memberi. Usai sudah perjalanan usaha saya untuk bergelar pelajar 'Double Master' - syabas untuk diri sendiri!.

wow - 2 certificate and 2 robe!

Saya berjaya menamatkan sessi pengajian saya di Jepun pada 26 March 2014. Satu usaha yang tidak sia-sia!. semenjak saya menuntut dari Ijazah Pertama lagi, memang misi dan visi saya untuk menamatkan setiap sessi pembelajaran secara on time basis. Saya memang tak suka kerja bertangguh dan extend!. Itu memang matlamat saya dan alhamdulillah, saya berjaya sekali lagi ketika menyambung pelajaran di peringkat Master.

Saya sudah pulang ke tanah air pada 31 march 2014 yang lalu menggunakan pesawat JAL (tiket yang dibeli oleh JAL dari MAS) - masa booking haritu saya tempah MAS, last-last masa nak check in, naik JAL. Takpelah, masuk ni dah dua kali saya menggunakan pesawat JAL - MAS belum pernah naik OK!.

Untuk itu, saya dengan bangganya menyatakan bahawa saya memiliki dua Ijazah Sarjana! - dua bidang yang berbeza sama sekali. Bukanlah nak meninggi diri, hanya ingin menarik rakan-rakan pembaca setia blog saya untuk turut sama menyimpan hasrat untuk belajar lebih tinggi - bukan Edward Collins (Twilight) saja yang mampu ambil beratus Ijazah, kita pun mampu sebenarnya jika betul caranya!. Man Jadda Wa Jadda - sesiapa yang berusaha pasti boleh berjaya!. Yang penting, kena ada kesungguhan yang tinggi untuk berjaya.

Ok, settle je Double Master.

Now, tengah fikirkan jalan untuk ke PhD pula. Research Proposal dah siap dan saya sedang memikirkan apa yang terbaik untuk masa depan saya jika diizinkan oleh Allah SWT untuk berumur panjang. Semua proses sudah saya siapkan, tinggal saja untuk mendaftar sebagai seorang pelajar PhD sepenuh masa - samada di tanah air sendiri ataupun luar negara?. Bergantung pada rezeki yang Allah nak bagi, redha saja tapi masih gagah berdoa dan berusaha.

PhD tidak sesenang Master!. Komitmen yang sangat tinggi diperlukan untuk meneruskan perjalanan sebagai seorang pelajar PhD. Tiada masa untuk bersenang-lenang kerana kita perlu bersiap-sedia dengan segala macam cabaran dan dugaan!. Phewww, berdebar rasanya - sebab itu saya perlukan masa yang cukup untuk memikirkan yang terbaik untuk next journey saya ni!.

to myself!

BTW, thanks to all my lecturers, staffs and friends in Meiji University. They remain as part of my though memories of life!.

Again, thanks Allah Al-Mighty.

Regards, Dr to be - Intan

No comments:

Post a Comment

Pengalaman menjadi Tutor di UK

Assalam semua readers, Alhamdulillah, praised to Allah Al-Mighty, saya diberi peluang untuk menimba ilmu dan pengalaman menjadi Tutor unt...