Assalam all,
Alhamdulillah, syukur pada Allah yang Maha Memberi dan Maha Mengasihani. Apa juga rezeki yang saya perolehi, semuanya dari Allah, tidak ada satu pun yang bukan datang dariNya.
Invitation letter! |
Saya sangat terkesima, speechless dan maybe ayat yang paling kena terkedu seribu bahasa. Saya dapat email dari bahagian School of Graduate Study UTM memberikan khabar dan berita gembira buat saya. Saya mendapat Anugerah Pelajar Terbaik Post-Graduate: Gold Medal! (gold medal tu saya tambah sendiri - selalunya bila masuk berlari mesti nak dapat gold medal kan?..haha...). Alhamdulillah Ya Allah, terima kasih atas pemberian ini.
So, apa lagi?..sebelum ni cakap taknak balik kan?, terus check Airasia online dan tempah return dengan kos yang fuhhh, mahal (tak perlulah saya mention berapa RM). Sebab tempah last minute, sure lah mahal kan?. Saya terpaksalah "burn"kan exam TOEIC tu, takpelah, boleh ambil lain kali. Yang ini penting sebab saya dapat award yang tak pernah saya impikan selama ini. Masa ambil degree dulu lagilah, dengan pointer yang berterabur sana sini, manalah saya ada impian nak jadi "best student".
Tetapi, masa saya mula-mula mendaftar sebagai student post graduate pada bulan Januari 2011, memang saya ada memasang impian untuk membuat yang terbaik untuk Master saya ini. Pointer yang saya aim mestilah melebihi 3.75 dan Alhamdulillah, saya peroleh lebih dari itu. Berkat kesabaran dan usaha yang tidak pernah berbelah bagi - saya memegang prinsip "takkan ada kejayaan tanpa usaha yang gigih".
Sepanjang tahun 2011 hingga 2013, dengan dihujani pelbagai masalah dan dugaan hidup yang sangat tinggi, akhirnya saya berjaya dengan kejayaan yang sangat cemerlang, itu "point" untuk diri sendiri. Bukanlah dengan niat untuk menunjuk dan meninggi diri, hanya sekadar meluahkan rasa "puas" dan "bahagia".
Saya tidak pernah berhenti berdoa pada Allah SWT supaya sentiasa dilimpahi rezeki dan ketenangan hidup walaupun pelbagai dugaan dan rintangan yang diberikan. Dalam hidup ni, kena sentiasa berpegang pada prinsip mahu terus berusaha dan berusaha - In Sha Allah, kejayaan akan mengiringi kita!. Hidup jika tidak ada dugaan dan cabaran, bukanlah satu kehidupan namanya. Apa juga dugaan, kita perlu tabah dan cekal menghadapinya walaupun ianya amat pahit untuk ditelan.
Ini adalah hadiah yang amat besar buat diri saya. Menjadi salah seorang pelajar terbaik disebuah university tempat saya menimba ilmu dari peringkat Ijazah pertama sehingga ke peringkat Ijazah Sarjana, memang tidak pernah terfikir!. Ini juga hadiah buat suami saya yang banyak berkorban masa, wang ringgit dan pengorbanannya menjaga anak kami yang tidak mungkin dapat saya balas dengan wang ringgit!, dialah suami mithali yang patut dicontohi oleh orang lain. Ya, saya memang berkata benar, suami saya adalah yang terbaik buat diri saya - sempurna untuk segalanya!. Juga, hadiah ini buat ibu dan arwah ayah saya yang tidak pernah saya lupakan selama-lamanya. Mereka insan yang paling istimewa dalam hidup saya.
Sekali lagi, terima kasih Allah atas anugerah ini. Saya ketegorikan, ini sebagai pencapaian sepanjang hayat "Anugerah pencapaian sepanjang hayat". Terima kasih buat semua pensyarah-pensyarah saya di UTM, Razak School of Engineering and Advance Technology.
Jazakumullah.
Regards,
Dr to be - Intan