Thursday, October 17, 2013

Proses nak sambung Ph.D a.k.a Doktor Falsafah

Assalam kalian,

Harini 17hb Oct 2013, hari Khamis.

My PhD...my journey..

Ada beberapa bulan lagi untuk saya menghabiskan sessi pembelajaran master MBA saya (master kedua). 27hb ni saya akan menghadapi exam TOEIC di Tokyo - doakan saya.

Tetapi, sebenarnya hati ini masih berkira lagi untuk meneruskan perjuangan ke peringkat Ph.D di Jepun. Banyak pula pandangan dan nasihat terutama dari kaum keluarga dan pensyarah-pensyarah saya di UTM. Masing-masing dengan hujah dan pandangan yang berbeza. Pada hemahnya, saya mengambil semua pandangan dan meletakkannya dalam satu 'column' yg saya gelar "Decision Modelling". Saya try masukkan semua perkara untuk diilhamkan dalam keputusan yang bakal saya buat kelak.

Hence, tajuk entry saya tu - proses nak sambung Ph.D. Yup, nak sambung ke peringkat paling tinggi dalam struktur pembelajaran, bukanlah satu perkara mudah dan enteng!. Ianya memerlukan ketelitian dan pemahaman yang sangat mendalam. Walaupun saya dah dapat tempat di Meiji University, itu tidak bermakna saya akan sambung Ph.D di sana!. Apa yang merunsingkan saya adalah faktor kewangan dimana: sessi spring semester akan bermula 1st Apr 2014 dan saya perlu membayar yuran yang hampir mencecah RM26,000!, sedangkan saya baru saja nak apply biasiswa dan kebiasaannya biasiswa hanya dibuka sekitar bulan March next year. Dusss, satu batu besar sedang menghempap kepala saya, mana nak cekau duit bayar fees kalau takde biasiswa?. If ada pun, saya kena juga keluarkan duit sendiri dulu.

Disebabkan itu, saya menyediakan beberapa rancangan/planning yang lain antaranya:

1. Plan A - saya perlu balik dulu ke Malaysia bulan Apr 2014, cari scholarship then dah dapat baru fly semula ke Jepun (maybe on fall semester). choice scholarship: MARA Eduloan, JPA, Mobusho (MEXT).
2. Plan B - bulan Nov, saya akan start apply Ph.D di beberapa buah University di UK, Australia dan New Zealand. Ini kerana, kebanyakkan university di UK contohnya, mereka mempunya flexibility for application dan kebanyakkannya pendaftaran adalah pada Oct/Jan. Nevertheless, Australia lagi dekat dengan Malaysia, senang nak balik kampung and pendaftarannya selalunya pada feb/mac. So, sempatlah saya mendapatkan biasiswa sebelum meneruskan pembelajaran. 
3. Plan C - buat Ph.D di Malaysia sebab sudah ada beberapa orang pensyarah yang menawarkan tempat di university mereka dan mereka bersedia menyediakan biasiswa dan research grant yang sangat 'best'!. Maknanya, saya masih berpeluang untuk 'attachment' di university luar negara terutamanya US!. Wow, menarik offer tu tapi...saya nak try luar negara dulu, if tak dapat, this is my last choice.
4. Plan D - teruskan juga di sini. Tapi, kena meminjam dulu dari mana-mana sebelum mendapat apa-apa biasiswa. Ini macam choice yang agak weird sebab saya malas nak meminjam. If susah sangat, jual saja tanah saya di Kluang tu.

Rata-rata mereka yang sambung Ph.D memang begini/begitu cabaran dan dugaannya. Bukan senang nak senang, macam itulah pepatah ada mengatakan. Walaupun saya sudah mendapat tempat di Meiji Univ, itu bukan bermakna saya senang mendapat biasiswa, kena apply macam biasa - doakan saya untuk itu!, otherwise, back to my previous planning.


Ok, actually nak sembang pasal proses nak apply Ph.D. Disini, saya coretkan sedikit bagaimana proses nak apply Ph.D (takdelah lengkap tapi at least membantu especially mereka2 yang baru nak mula):

1.  Buat Research Proposal dulu - sediakan dalam 3000~5000 words. Pastikan ada pensyarah kita yang check dan kalau boleh, berbincang dengan previous lecturer yang menjadi supervisor kita masa master dulu. Please buat area yang kita minat. Macam saya, area saya adalah pada Supply Chain Management (SCM). Sebagai contoh, di Edinburgh University, ada school untuk Management dan disitu ada SCM research. Tips: try google pasal current student Ph.D (dalam bidang interest u all). Maybe boleh get some idea from that?.
2. Dapatkan Recommendation letter - ini kena buat awal-awal. Pastikan ada pensyarah yang sudi jadi referee utk kita. Referee ni penting sebab selalunya, university akan contact referee untuk apa saja urusan sepanjang mereka memproses permohonan kita. Saya sediakan 3 referee (dua dari UTM dan seorang dari Meiji University). Saya saja standby 3 referee sbb ada sesetengah university, nak 2, sometimes 3. For example, Cambridge University, mereka nak 3 referee (wah, ada Cambridge dalam list nampak??).
3. Siapkan personal statement, CV - ini sangat penting okies!. Tips: jangan letak gambar masa nak email 'future supervisor' tetapi bila dah conform, baru letak sebab bahaya dik non, takut mereka menilai dari segi paras rupa cuma jangan lupa letak sex dalam CV kita tu, karang dia tak tahu kita ni male ke female?. 
4. Scan siap-siap transcript dan sijil master, 1st degree kita tu - semua list 1-4, letak dalam satu folder. Nak scan apa-apa sijil lain pun okey, sbg contoh saya adalah ahli IEM, BEM, so bolehlah attach sekali mengatakan kita ni ahli mana-mana badan sokongan, ahli IEEE pun okey.
5. Okey, now start google, surfing, babylon ke apa2 la - university yang dalam bidang interest kita tadi. Ingat, kena google bidang bukan university. sbg cth: bidang interest saya SCM so saya akan click "Phd in Supply Chain Management", "Phd in Operation Management", "Phd in Green Supply Chain". So, tambah sikit "in UK" or "in Australia" or "in New Zealand". Tapi, kena juga lihat top 100 university through that in a way to get a scholarship. If tak, susah rasanya scholarship nak approve!. Tips: cari at least 20-30 university, all over the world.
6. Siapkan setiap university satu folder - setiap university ada "future supervisor" kita, email, no phone, interest area, publication etc. So, senang sikit untuk kita "mendeley"kan semua source nanti.
7. Start karang ayat "power" dalam email dan beri pada sesiapa yang terror untuk checkkan untuk kita. Maksudnya, proper ke ayat kita. Semua tu penting sebab itu first impression orang pada kita.
8. Dah siap semua, trylah email bakal supervisor dengan mengattachkan document2 yg saya nyatakan tadi. 
9. Follow up dalam 1-2 bulan.
10. Sekarang, masa utk cari biasiswa.
11. Amik exam IELTS, TOFEL, GRE/GMAT etc.

yeah...itulah gambarannya!

Itu saja yang saya rasa buat masa ni. Dah takde idea, nnti if ada idea, saya sambung lagi next entry.

P/S: Jangan putus asa, kita tidak akan tahu keupayaan kita selagi kita tidak berusaha!. Manjadda Wajadda!

Regards, Dr to be - Intan

5 comments:

  1. sangat clear. thank u dr.intan. sgt membantu :)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum intan..boleh tanya intan sikit, intan mmg ada asas kemahiran berbahasa jepun? Kalau ada yang nak buat phd di jepun tapi tak tahu atau tiada asas bahasa jepun, intan rasa ok ke buat kat disana? probably barriers nnt nak communicate dgn sv, bahasa dlm buku2 rujukan, bahasa yg digunakan kalo ada seminar yg nak kena attend..mohon pendapat dan pandangan intan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam Zikir Fikir,

      Maaf sebab lewat reply. Lama tak jengok blog.

      Saya tiada asas bahasa Jepun pun. Tapi jangan risau, kebanyakkan (especially PhD), desertation dlm english, so Nihongo tanya diperlukan utk communicate dgn local people. Kebanyakkan sensei tahu berbahasa Inggeris, dont worry. Reference diaorg memang byk dlm Nihongo tapi now dah banyak ditranslatekan ke english, sy rasa takde masalah. Dan yang paling best, boleh belajar nihongo nanti kat university (Dai).

      Hope it helps.

      Regards.

      Delete
  3. Assalamualaikum Dr Intan, nak tanya pendapat, sekarang saya sedang tunggu tarikh viva master. saya buat master chemical eng kt UTM. saya bercadang nak buat second master dalam chemical jugak, tapi field lain. adakah double master ni berbaloi dan senang tak diterima untuk kerja? saya tak bercadang untuk sambung phd dan tidak cadang menjadi pensyarah. saya mohon nasihat Dr. thank you

    ReplyDelete
  4. Menarik artikel dikongsi..bestnya dapat cont PHD ni kan..btw saya tumpang sikit, saya merupakan RA atau pembantu kajian.Jika ada perlukan bantuan utk penulisan jurnal/mencari jurnal,thesis writing SPSS dan sebagainya juga menulis untuk buku dan novel bolehla hubungi saya 0166371460.Mana tahu nak upah kan..boleh berbincang nt.

    ReplyDelete

Pengalaman menjadi Tutor di UK

Assalam semua readers, Alhamdulillah, praised to Allah Al-Mighty, saya diberi peluang untuk menimba ilmu dan pengalaman menjadi Tutor unt...