Thursday, January 24, 2013

Tak berniat untuk menyakiti...

Assalam semua,

Firstly, salam maulidurasul SAW..tahun ni banyak pengisian program2 berbentuk keciantaan kita kepada Nabi junjungan kita, Nabi Muhammad SAW. Selawat dan salam ke atas baginda, kaum keluarga dan sahabat2 baginda.

Sesunggunya, saya menerapkan rasa sayang dan cinta kepada Nabi Muhammad kepada anak saya, Dian. Tapi, entahlah, saya hanya berusaha, selebihnya biarlah Allah yang menentukan.

Sabda Rasulullah SAW tentang hutang..

Sebenarnya, saya nak bercakap mengenai perasaan kecil hati saya yang teramat sangat. Dulu2 memang saya dah tulis cerita mengenai seorang sahabat saya yang susah sangat nak bayar hutang. Dan, cerita tu berlanjutan sehingga ke tika dan saat ini. Sehingga hari ini, beliau masih belum melunaskan baki hutang. Bayangkan dari tahun 2010 (Dec) sehingga 2013 (akhir Jan)??Boleh dibayangkan kan, apa perasaan saya?..Selalunya orang yang meminjam memang macam tu ke? Dah pinjam tapi tak pandai nak bayar?Dalam erti kata lain, payahnya nak langsaikan hutang. Apa perasaan dia kan??Buat bodoh je. Dia tahu tak yang duit yang saya bagi dia pinjam dulu adalah duit yang kami pinjam dari pihak bank?Bayangkan interest untuk 2 thn sebulan ni?kira saja if intereset 7% (paling rendah)..berapa??

Saya dah berkali2 email beliau untuk segera melunaskan hutang - tapi beliau tetap buat bodoh sehingga berkali2 email, beru reply itu pun setelah saya 'meninggikan' bahasa. Dalam erti kata lain, emosi saya ketika menulis tu ada sedikit kecewa dan amrah dengan sikap dan tindakan dia. Saya tidak bermaksud untuk menyakiti hati kawan saya tu apatah lagi beliau sedang sarat mengandung tapi, kita manusia, kadang2 memang tak lari dari perasaan 'puas bersabar'.

Ye, memang saya sangat puas bersabar.

Saya memang tidak redha dengan apa yang dia buat terhadap saya. Membiarkan hutang sebegitu lama dan yang paling sadis bila dia buat bodoh dan tidak pernah ada usaha untuk membayar. 

Pada hemah saya, beliau suami isteri bekerja di bidang pertahanan - gaji besar (D44 dan D41), ada bonus dari pihak kerajaan (1 1/2 bln gaji) lagi. Dulu alasan, tengah usaha meminjam dari pihak perbankan, lepas tu bg pulak alasan rumah mak terbakar, lepas tu alasan suami nak pergi 'misi' dan yang terakhir, nak bersalin (tak boleh bergerak la..itu la..ini la..). Cuba bayangkan, manusia mana yang boleh bersabar?Lainlah mereka kerja 'biasa2' saja - maybe saya boleh fikirkan 'belas kasihan'. Mana perginya gaji bulanan sehinggan salah satu alasan dia, duit takde??

Entahla, dah habis bersabar sebenarnya...

Maybe ini jalan terakhir tetapi saya letakkan matlamat sehingga akhir bulan ini. Sekiranya beliau enggan juga bayar, suami akan usulkan surat tidak puas hati beserta bukti kepada 'pegawai atasan' tempat beliau bekerja. Itu saja jalan terbaik setelah kami mendapatkan khidmat pihak ketiga dalam usaha mendapatkan semula duit kami yang telah dipinjamnya.

Pihak ketiga juga mencadangkan kami untuk mendapatkan khidmat lawyer, disamping untuk mendapatkan duit kami kembali, kami juga boleh menuntut pelbagai ganti rugi sepanjang beliau enggan membayar hutang saya. Tapi, saya masih berhati perut dan ada rasa belas ikhsan sebab dia tu akwan saya. Dan, pernah menjadi kawan baik saya - makan sepinggan, tidur sebelah etc..Tak mungkin saya lakukan tindakan sedemikian.

Yang penting disini, saya tak berniat nak menyakiti hati kawan saya tu. 

Apa yang saya mohon pada Allah, berilah kekuatan pada saya untuk menerima dugaan ini. Saya dulu bagi pinjam duit padanya hanya dengan tujuan untuk membantunya 'mendaftar' di peringkat master. Tetapi, ini balasan dia pada saya atas apa yang telah saya 'korbankan' (yelah, duit tu untuk bayaran benda lain, tapi saya terpaksa pujuk suami untuk beri pinjam pada kawan saya walaupun suami banyak kali beritahu, jgn beri pinjam pada orang). Maybe ini juga akibat tidak mendengar kata nasihat suami.

Macam ni la masa kawan saya tu nak pinjam..2010..huhu

Doa saya moga dibukakan hat kawan saya tu untuk membayar hutangnya..aminn..


::F.Y.A.D:: forever and ever humble...

No comments:

Post a Comment

Pengalaman menjadi Tutor di UK

Assalam semua readers, Alhamdulillah, praised to Allah Al-Mighty, saya diberi peluang untuk menimba ilmu dan pengalaman menjadi Tutor unt...