Assalam my dearie friend,
Apa kabar anda?
Saya?Alhamdulillah, sihat dalam lindungan Allah SWT. amin
Japan (Nagoya).. |
Banyak juga orang updated blog dgn menyatakan azam thn baru 2013 kan?So, saya rasa nak juga la meletakkan sesuatu harapan untuk direalisasikan dalam tahun 2013. Sesunggunya, tahun 2013 ada banyak perkara yang perlu diselesaikan samada secara sederhana mahupun sehabis baik.
My fren and my SV (wearing spec) |
This year (2013) nak bawa my dotter dtg sini lg... |
Me n my hubby.. |
Saya mengharapkan tahun 2013 akan memberikan sinar baru dalam kehidupan saya selepas ini. Saya menyimpan pelbagai kenangan pahit dan manis sepanjang tahun 2011 dan 2012. Semua kenangan pahit telah saya telan dengan perasaan redha dengan apa jua yang berlaku. Sesungguhnya apa jua yg berlaku ada hikmah disebaliknya. Saya percaya pada kuasa Allah SWT. Saya bersyukur dengan apa jua dugaan dan nikmat yang telah Allah SWT sediakan untuk saya.
Sebenarnya banyak perkara tertangguh kerana perjalanan 'master' saya ni. Banyak benda terpaksa di tangguhkan dek kerana faktor konsentrasi saya terhadap pelajaran yang sedang saya 'concentrate' ni. Kesian my hubby and my dotter yang selalu mengeluh nak p jln2 dan bercuti terpaksalah ditangguh kerana saya perlu menyiapakan thesis saya ni secara konsisten. InsyaAllah, jika diizinkan Allah SWT, saya bakal konvo di UTM, Skudai untuk MEBM pada bulan Sept tahun ini (2013). Dan bulan Mac 2014 untuk MBA di Meiji University, Japan.
Syukur atas dua master yang dikurniakan oleh Allah SWT..InsyaAllah..
Kita hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan segalanya.
InsyaAllah, saya akan berangkat ke Japan pada bulan Mac 2013 dengan membawa 1001 harapan luar biasa untuk menggalas tanggungkawab sebagai student research (research team_Meiji 2013) bersama supervisor saya dari negara China, Prof Dr Feihong dan final year student for MBA course. Semua ini adalah kurniaan Allah, saya percaya atas apa jua yang Allah berikan adalah 'dugaan' untuk saya samada saya bersyukur ataupun tidak. Dalam hati saya, Syukur Ya Allah - Terima Kasih Allah.
Niatlah yang baik2..InsyaAllah |
Ok, berikut azam saya untuk tahun 2013;
1. Haha..kuruskan badan la.
2. Siapkan thesis MEBM.
3. Main snow di Japan (azam ke ni?).
4. Kumpul duit untuk bayar hutang.
5. Kurangkan bercakap - bercakap bila perlu.
6. Banyakkan puasa sunat.
7. Taknak tinggal solat - malahan nak tambah!!
8. Bawa mak tengok saya konvo di UTM, Skudai.
9. Belikan my dotter small laptop.
10. Hantar my dotter ke music school (learn piano and violin).
11. Banyak bersedekah.
12. Jadi isteri solehah dan disentiasa disayangi suami..hehe
13. bla..bla..
Itu je kot??yang agak personal tu biarlah menjadi rahsia saya.
Last but not least, Alhamdulillah, kereta kami dah nak siap setelah hampir 5 bln di dalam 'rumah sakit'..hehe..
::F.Y.A.D:: forever and ever humble...
No comments:
Post a Comment