Wednesday, February 29, 2012

Alhamdulillah - Dapat juga Double Master!!

Assalam all,

Alhamdulillah. Thank u Allah for all this.

Saya sangat syukur dan syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinNya, saya telah berjaya dalam temuduga untuk mendapatkan tempat di Meiji University, Jepun. Ya Allah, tiada bahasa yang dapat saya gambarkan hanyalah terima kasih ya Allah.

Banyak yang saya perolehi setelah keluar dari kerajaan - Alhamdulillah. Ini semua ada hikmah disebaliknya. Saya sangat2 bersyukur. So, dengan ini sahlah saya bergelar student Meiji University, Japan. Saya dijangka akan berangkat ke Jepun pada Jul 12 untuk menghadiri sessi kelas di sana. Wah, next week dah start kerja, nak plan betul2 agar tiada kecelaruan di mana2, InsyaAllah. 

Sebenarnya, Allah sedang memberi cahaya pelangi buat saya..aminn..:)

Thank u Allah. Dan juga ya Allah, jauhkan saya dari sifat riak yang akhirnya membawa kemungkaranMu ya Allah. Coretan ini hanyalah sebagai kenang-kenangan saya kelak.

So, persiapan sekarang adalah DUIT!!ye, itu paling penting kerana saya hanya dapat Grant dari UTM sebanyak RM1K dan dari Meiji University sebanyak 80,000 yen (lebih kurang RM4K). InsyaAllah, dengan pampasan yang saya terima, saya akan gunakan sebaik2nya..Aminn..

Alhamdulillah, jika diizinkan oleh Allah, saya akan dapat dua Master sekaligus tapi sure letih dan penatlah saya menyiapakan thesis dan menghadiri kelas (fuh, banyak kan sebab ada dua Master!!)..Chaiyok Fyad!!

And, last but not least, this is for myself - CONGRATULATION HONEY!!! 

Mode: Rasa nak belanja makan my BFF la..hehehe
Congratulations Dear Mudassir for 70008000 posts
Congrate!!!U can do it!!!
::F.Y.A.D:: forever and ever humble...

Harini ~ 29.02.2012

Assalam all,

Harini - 29.02.2012 sekali dalam empat tahun, so sesiapa yang birthday dia harini tentu best dan ada juga tak best - dapat sambut birthday sekali dalam empat tahun, yg bestnya jimat!!

Hehehe...

So, saya pun tak melepaskan peluang untuk menulis dan mencoret pada hari dan tarikh ini. Sebenarnya belum settle lagi pembayaran pampasan saya ni. Yang dah settle cuma bayaran ganjaran cuti rehat - Alhamdulillah. Setiap kali saya call tanya dan tanya JRP berkenaan bayaran pampasan jawapan yang sama diberikan - ada masalah dengan system. Ye, saya tau sekarang mereka menggunakan system online tapi tak bermakna itu boleh dijadikan alasan untuk melambatkan proses. Saya sudah call berkali2 sejak bulan Jan lagi tapi itu saja jawapan yang diberikan oleh mereka. Takkan tiada penyelesaian ke atas ssytem itu atau hanya dibiarkan saja sekiranya system itu 'hang' or 'rosak' ke??alahai...

Itulah masalahnya kalau kita berpegang pada prinsip - tak tahu sesat jalan dan hidup segan mati tak mahu..Pada hemah saya, semua masalah ada jalan penyelesaian lagi2la kalau menggunakan system computer sebab kita yang program kan dia bukan computer yang program kan manusia!!!Ini, kita bergantung semata2 pada system - justeru kalau system 'hang', semua benda tak bergerak la ye??semua benda pun kena hold la??wah, kalau macam tu, rugi banyaklah CEO2 company2 besar, line tak jalan kalau system 'hang'???Ada pulak manusia yang masih jumud macam ni..

Entahlah, tapi itulah hakikatnya...

BTW, saya memang berharap sangat pampasan saya dibayar pada bulan mac ni sebab saya dah ada plan nak settle kan dan kalau lewat, memanglah masalah!!Saya mohon pada Allah agar dipermudahkan urusan dan dipermudahkan pembayaran pampasan saya ni - InsyaAllah...

Ini sekadar simpanan saya di masa depan saja, bukan ada untuk menunjuk2 tapi untuk saya ingat bila dah tua2 sok..hehehe...:)

::F.Y.A.D:: forever and ever humble...

Tuesday, February 28, 2012

Kerja sudah...")

Assalam all,

Alhamdulillah.

Mungkin ini dinamakan rezeki. Syarikat yang menawarkan saya kerja ni bersungguh2 untuk memohon saya 'joint' kerja dalam masa terdekat. Mereka sering menalifon saya tidak kira waktu - maknanya mereka memang amat2 'suka' pada saya - rasanya la..hehehe..

So, setelah berbincang dengan husband, rasanya biarlah saya kerja dulu dengan syarikat ni - tengok macam mana nanti. Kalau okes, saya kerja sajalah sampai habis tempoh Master saya ni. Hopefully kerja tak stress macam yang digambarkan - InsyaAllah. Saya memikirkan begini, kalau dah samapai 'Boss' di tempat saya kerja ni sendiri yang menalifon saya, maknanya mereka memang nak saya bekerja dengan mereka kan? Itu my opinion la.

Well, orang memberi, kita merasa. Tak sampai hati pula untuk menolak. Justeru, saya sedia menerima tawaran kerjanya dan saya mohon untuk memulakan kerja sebagai Estimator pada minggu depan (5 Mac 2012). Fuhh, seram juga nak memulakan kerja yang sememangnya sebuah syarikat korporat yang menjalankan perniagaan juta Dollar. Saya cuba dan cuba la kerana kalau kita tak pecahkan ruyung, mana nak dapat sagunya kan?

InsyaAllah.

Mungkin juga ini 'hadiah' Allah buat saya! Saya kena terima dengan hati yang terbuka sebab manalah tau dah memang rezeki saya di sana kan? Kebanyakkan syarikat2 swasta ni bonus nya besar2...hahahaha..kesitu pulak fikiran saya. Yelah, kalau dah kerja, mestilah menilai juga gajinya kan?takkan nak kerja yang gajinya tidak setimpal dengan kerja yang kita laksanakan?
 
 Alhamdulillah Ya Allah..

Baiklah, saya sudahpun mengumumkan bahawasanya saya akan memulakan kerja pada minggu depan - Isn, 5 mac 2012.. wah, no more suri rumah lagi, kena ke pejabat macam biasa. Anak kesayangan saya tu kenalah duduk dan tinggal di Tadika Little Caliph tu sampai ke petang - kesian dia, dah biasa dengan saya, sekarang kena pulak tinggal..takpelah sayang, demi mama mencari sesuap nasi yang halal, biarlah mama berkorban okes??I LOVE U....

My both soul..

My baby at Little Caliph..
Amin..Thank You Allah..

::F.Y.A.D:: forever and ever humble...

Monday, February 27, 2012

Resepi Ketam Nipah Masak Chili China

Assalam all,

Harini start saya berpuasa seminggu berturut2 kerana bernazar pada tahun 2005. Arghhh, lamanya saya terlupa kan? Sebab tu bila teringat terus saja saya laksanakan (sebenarnya dah lama tapi sering ditangguhkan!). So, saya kena kuat ni - ala, macam biasa saja, kan puasa di bulan ramadhan sebulan, okes saja?

So, kenalah rajin tukar2 menu makanan berbuka setiap hari. Kena ada perubahan baru happy. Cewah.

Semalam saya masak ketam nipah. Pernah dengar pasal ketam nipah tak?Ketam ni warnanya hitam sebelum masak tetapi akan bertukar kepada merah setelah dimasak. Saya masak ala2 cina style - crab with chili china sauces. 

Bahan2nya adalah:

5 ulas bawang putih ditumbuk kasar (boleh juga diketuk).
4 batang serai.
Ketam nipah (2 1/2 Kg).
2 biji telor.
2-3 tangkai daun ketumbar.
Minyak untuk menggoreng.
Secubit garam.
Thai Chili Sauces.
1/2 cawan air.

Hah, senang kan?cuba cari Thai Chili Sauces (jenama Maggie), senang!

Cara masak:

1. Panaskan minyak. Goreng bawang putih dan serai sehingga naik bau. 
2. Masukkan Thai Chili Sauces dan kacau sehingga naik bau. Masukkan sedikit air.
3. Masukkan ketam nipah dan kacau mesra. 
4. Balik2kan ketam nipah tadi sehingga warnanya ada keluar sedikit kemerah2an bolehlah masukkan telor yang dipecahkan serata dalam kuali. Jangan dadarkan ia okes.
5. Kacau2 dan masukkan secubit garam (jangan banyak sebab Thai Chili Sauces tu dah bergaram dan bergula). Kacau sehingga keseluruhan badan ketam menjadi merah. Kalau masih ada hitam means ia tak masak lagi. Tapi jangan terlalu lama sebab ketam tak sedap masak terlalu lama - rasa manis dan masin isinya akan hilang).
6. Tutup api, angkat dan hidangkan dengan daun ketumbar. Siap!

Senang kan??tapi carilah ketam nipah yang masih hidup ye?Kalau nak matikan ia senang saja - just jirus air panas sikit2 kat badan dia, jangan rendam dalam air panas pulak okes, kang jadi penganiayaan pulak!

Kat Klang ni mahal betul ketam nipah - suami saya beli RM35/Kg. Dulu masa saya di Perak, di Pantai Remis harganya hanya RM18/Kg. Ehmmm, tapi saya rasa kalau di NSK lagi murah kot - Wallahualam. Tapi, dah teringin sangat nak makan ketam nipah, beli sajalah, karang kempunan pulak kan?

So, layanlah ganbar2 ketam nipah yang comel2 ni okes.

Masih hidup ni

Dalam kuali

Seekor disusun rapi - macam ni lah rupanya!

Setelah disusun dalam plate!

Tara...
::F.Y.A.D:: forever and ever humble...

Mengapa manusia suka menganiaya?

Assalam all dearie,

Terkedu dan terkesima sekejap.

Last week saya sudah pun menghadiri temuduga untuk mendapatkan Double Master di Meiji University Jepun. Alhamdulillah, temuduga berlangsung dengan tenang dan saya adalah peserta terakhir yang masuk ke dalam bilik temuduga - dan saya yang paling lama di temuduga. Syukran Jazillah.

Malas nak cerita pasal temuduga tu. Saya nak cerita bila dah dapat result nanti - second week of Mac saya akan mendapat jawapan samada diterima ataupun tidak. If ada rezeki, ada lah rezeki saya kalau tiada, takpe, boleh je cuba lain kali.

Itu berkenaan Double Master.

Sebenarnya saya nak story berkenaan manusia yang suka menganiaya. 

Penganiayaan dari segi apa?

Saya nak sembang berkenaan penganiayaan yang biasa manusia lakukan ke atas manusia2 lain antaranya:

1. Santau.
2. Sabotaj.
3. Hantar benda2 tak senonoh pada kita menggunakan kuasa jahat (kurafat).
4. Mengata belakang kita untuk menjatuhkan kerjaya/keluarga kita.
5. Dan banyak lagi.

Saya nak beri pengajaran kepada diri saya dan kawan2 yang membaca artikel ini untuk sama2 berfikir dan muhasabah diri sendiri. Kita adalah manusia yang Allah ciptakan untuk menjadi khalifah di muka bumiNya ini. Tetapi, sudah lumrah manusia untuk selalu tidak berpuas hati dan inilah yang terjadinya - aniaya orang lain. Ada sesetengah kes sehingga meninggal hamba Allah yang kena aniaya tu - nauzubillah.

Bagaimana dengan sabotaj untuk menjatuhkan kita dan menginginkan kita mati menggunakan kuasa2 sihir? Ada sesetengah mangsa diletakkan batu nisan diperut, buluh di kerongkong dan ari2 dan sebagainya. Jika tidak berjaya, diusahakan sehingga mangsa menemui kebuntuan dalam kehidupan. Apakah makna semua ini?

Ya Allah, marilah kita sama2 berdoa kepada Allah SWT supaya dijauhkan dan dihindari dari semua perkara2 ini. Sekiranya kita ada mengalami perkara2 yang bukan2, silalah berjumpa dengan orang yang pakar dan tahu akan hal2 mistik ini. Bukan apa, banyak side effect kalau kta ignore saya.

Sama2lah kita berdoa agar orang yang menganiaya orang lain segera bertaubat dan sedar akan perbuatannya itu. Semoga Allah memberi jalan kebaikan dan dimudahkan hatinya untuk bertaubat! Ingatlah, dunia ini hanyalah sementara dan akhirat jualah tujuan asal kita. justeru, saya juga mendoakan orang 'itu' juga segeralah BERTAUBAT!

http://theunutterablebeautyofphrases.files.wordpress.com/2010/09/neraka_600x450.jpg
Bertaubatlah dan ingatlah azab neraka!
::F.Y.A.D:: forever and ever humble...

Wednesday, February 22, 2012

Orang ajak meniaga...

Assalam all,

Ada sorang senior saya yang dah retired ajak saya meniaga sekali dengan dia. Apa business dia?Katanya tentang khasiat kelapa dara. Harini saya dipanggil untuk mendengar sessi taklimat tentang khasiat kelapa dara.

Ehmmm...

Tengok macam mana nanti - kalau saya rasa ok, sekadar part time apa salahnya?saya sebenarnya ada satu projek business yang saya nak bangunkan ni. Ianya berkenaan business keluarga - mak saya juga sudah bersetuju untuk sama2 'menyuntik' modal pusingan. Baik saya grab saja.

Business??

Ye, saya memang dibesarkan dengan keluarga business walaupun ayah seorang tentera. Mak saya sudah mula ber business semenjak kami kecil lagi - semenjak abang n kakak saya berusia baru 8&7 tahun - jual kuih muih dan ice cream malaysia di flat2 askar bujang. Sampailah mak saya berjaya mendapat tender mengusahakan kantin di tiga buah kilang di Kluang - mak saya sangat berjaya tetapi yela, mak takde asas ilmu yang tinggi - business nya hanya takat tu sajalah. Tetapi, semua jerih penatnya sangat berbaloi - anak2 semua bersekolah dan yang penting kami tak pernah kebuluran - nak makan apa, semua ada..

Dulu masa saya di sekolah - saya kata saya taknak meniaga, saya nak kerja di pejabat saja. hahaha...Allah itu Maha Adil - mulut celupar macam saya ni, sekarang amik kau..

Takdelah..entahla, sebenarnya saya memang minat berniaga sejak dari university lagi. Bukan sekarang saja cuma masa dan waktu yang agak terhad membuatkan saya memilih untuk menghentikan saja niat suci murni saya tu. 

Sekarang saya sedang dalam proses membangunkan module 'business plan' nya - InsyaAllah, kalau tiada aral melintang, business saya akan dilancarkan pada bulan Apr kelak. Itupun dengan keizinan dari Allah SWT.

Okla, sampai sini saja. Love, Fyad...2012.

http://www.runningasmallbusinessinc.com/wp-content/uploads/2011/05/A-small-business-sales-must-keep-on-inreasing-for-it-to-grow.bmp
Small Business???
::F.Y.A.D:: forever and ever humble...

Tuesday, February 21, 2012

Hadiah harijadi ke-30 tahun...

Assalam all dearie,

Tahniah kepada diri sendiri sebab sudah menjejakkan kaki ke alam 30-an. sekarang no more 20-an..hehehe. Bila usia dah menjejak ke tangga angka 3 rasa mcam dah tua la pulak. Tapi, saya masih macam budak2, berfikir macam orang baru nak belajar.

Alhamdulillah, di hari ulang tahun kelahiran saya ke-30 ni saya dapat dua hadiah serentak:

1. Panggilan kerja as Estimator - dan saya perlu menolaknya dengan baik kerana saya sedang 'membangunkan' satu projek urusniaga besar - cewah, saya teringin nak jadi BOSS!!. Saya nak jadi CEO - wow, itu cita2 yang bakal saya realisasikan. Buat apa saya ambil Master tentang Business jika tidak menggunakan ilmu sepenuhnya kan?gulpp...

2. Saya dipanggil untuk ke temuduga sebagai salah seorang student Meiji University, Jepun. Wahhh, walaupun belum tentu saya akan dapat tetapi dapat ke temuduga pun dah cukup satu penghargaan yang cukup bermakna buat diri saya!. Hari sabtu ni (25/2/12), saya akan ke UTM untuk ditemuduga oleh Professor2 dari Meiji University, Japan. Ya Allah, kuatkan semangatku Ya Allah..

Ehmm, itulah antara 2 hadiah yang cukup bermakna buat saya pada waktu dan ketika ini. Walaupun ianya tak berapa mendalam tetapi memberi seribu satu makna buat diri saya. Yang perlu sekarang adalah semangat kental dan jatidiri yang kuat untuk mengharungi semua dugaan dan cabaran. 

Masalah di kampung juga sudah semakin susut dan saya InsyaAllah akan menemui pengakhiran jalan ke atas semua kemelut selama 2-3 tahun ni. InsyaAllah, mohon Allah permudahkan jalannya. Aminn..

Syukur Ya Allah.

Terima kasih Ya Allah, kerana Engkaulah yang memberi semuanya. Ada hikmah disebalik semua dugaan dan cabaran yang sedang saya alami. Kadang2 mungkin kita terima kilat dan guruh tetapi tak sangka rupanya Allah nak beri cahaya pelangi yang sangat indah!!Subahanallah..

Hidup kena diteruskan walau apa jua cabaran dan dugaan yang melanda. Saya harus kuat dan bersemangat dalam mengharungi badai hidup ini kerana dunia ini hanyalah persinggahan sementara menunggu syurga/neraka yang kekal abadi. 

Last but not least: 

birthday thumb Happy Birthday to ME! :D :D
Happy Buffday to myself..

"Happy Birthday to myself ~ Happy never ending. Semoga Allah terus memberi hidayahNya yang berkekalan..aminn"

::F.Y.A.D:: forever and ever humble...

Monday, February 20, 2012

Saya telah ditawarkan...

Assalam all,

Terkesima sekejap. Tadi Syarikat yang panggil saya temuduga tu telah memberitahu yang saya telah diterima sebagai salah seorang Estimator syarikat mereka. Aduhhh..

Next week dah kena start kerja. Alamak??

Sekarang saya sedang memikirkan samada nak menerima kerja tersebut ataupun tidak. Bukan aapa, saya ada projek lain sebenarnya tapi dah dapat tawaranla pulak. Saya bukan tak suka tapi saya sedang memikirkan bakal boss saya tu - seorang wanita bangsa lain dari melayu dan dia kata kerja ada sedikit 'rushing'..hehehe..

What to do?

Esok pagi saya kena bg jawapan samada menerima kerja ini ataupun tidak. Bila difikirkan balik, saya dah malas nak pergi kerja, senang saja duduk di rumah, jadi housewife sepenuhmasa. Pagi hantar anak then amik dia, petang masak2 buat kuih or saya tidur saja.

Kalau dah mula bekerja, rutin saya akan penuh setiap hari - kena ke pejabat!

OMG!!!

Malam ni bincang lagi dgn husband, tengok macam mana - gaji yang ditawarkan pun not bad!Lebih kurang gaji semasa saya di government saja!

Will updated very soon, boleh ke saya ni??

::F.Y.A.D:: forever and ever humble...

Happy ke saya?

Assalam all,

Happy ke saya?

Kalau orang tengok saya, seperti tiada masalah sebab saya ni memang happy go lucky orangnya. Pendek kata, sebenarnya saya tak suka tunjuk rasa sedih saya pada orang. Dan, saya akan cuba2 buat happy2 saja - tapi pada hakikatnya hanya Allah yang Maha Mengetahui semuanya.

Sedih?

Taklah, itu dulu, 6 bulan yang lalu. Saya memang dalam mood kesedihan yang amat. Tetapi saya teringat satu kisah yang saya dengar pagi tadi di radio Ikim.fm yang berbunyi begini:

"Satu hari seorang hamba Allah bangkit dari tidur pagi lalu mengerjakan solat subuh dan selepas itu dia terjumpa sekeping duit syiling lama. Lalu dalam hatinya ingin menukarkan ke bank dengan harapan mendapat sedikit wang untuk membantu keluarganya yang susah. Sampai di bank, dia memberitahu pihak bank akan duit syiling lama tersebut dan dapat menukarkan wang syiling lama itu kepada $30.00. Lalu dia pun berjalan pulang ke rumah. Semasa dalam perjalan pulang ke rumah, dia ternampak sebuah kilang papan sedang melelong papan2 yang agak elok dan cantik dengan harga $30.00. Justeru, dia teringat akan isterinya yang menginginkan sebuah almari pakaian di rumah memandangkan mereka tidak mempunyai almari untuk menyimpan pakaian. Lalu, hamba Allah itu pun membeli papan2 kayu itu dengan harga $30.00. Walaubagaimanapun, semasa dalam perjalanan pulang seterusnya, dia ternampak sebuah kedai perabot menjual almari2 pakaian yang sangat cantik dan indah. Taukey kedai perabot itu melihat akan papan2 kayu yang sedang dipikul oleh hamba Allah itu lalu terpikat untuk membelinya dengan harga $100.00 dan memberi sebuah almari secara percuma sebagai tambahan. Lalu hamba Allah itu bersetuju dan diambilnya almari pakaian dan duitnya dikatakan nanti baru diambilnya. Alangkah girangnya hatinya membawa pulang almari yang telah siap. Ketika dalam perjalanan yang seterusnya untuk ke rumahnya, dia melalui satu taman perumahan yang baru didiami oleh penduduk. Dia kemudian melalui sebuah rumah yang sedang diubahsuai oleh seorang wanita. Wanita itu terlihat akan almari yang dipikul oleh hamba Allah itu tadi lalu terpikat dan menawarkan harga $200.00. Akan tetapi, hamba Allah itu seperti ragu2 untuk memberikan almari itu kepada wanita tersebut kerana dia memikirkan ianya adalah untuk isterinya. Lalu, wanita itu menambah $50.00 menjadikan tawarannya sebanyak $250.00. Lalu, hamba Allah itu bersetuju dan dengan senang hati, dia menerima $250.00 itu dari wanita tersebut. Dalam perjalanannya yang terakhir sebelum sampai di rumah, dia telah di rompak oleh sekumpulan perompak yang mengacukan pisau dilehernya dan meminta apa saja yang dia ada. Lalu, hamba Allah itu memberi semua $250.00 kepada perompak2 itu. Kemudian, pulanglah hamba Allah itu dengan keadaan yang sangat sedih. Setibanya di rumah, isteri hamba Allah itu bertanya kepadanya apa yang telah terjadi kepadanya sepanjang perjalanan tadi sehinggakan dia seperti tidak terurus. Lalu, hamba Allah itu hanya menjawab"Hanya kerana duit syiling lama"."

Justeru, saya mengambarkan kisah ini sebagai: Semua apa yang ada di dunia ini adalah milik Allah SWT. Kita hanya manusia yang Allah pinjamkan segala hartaNya. Daripada Allah ia wujud dan kepada Allah ia dikembalikan. Justeru, janganlah kita merasa sedih dan gunda gulana jika kita kehilangan apa yang kita ada kerana ianya hanyalah pinjaman semata2.

Ini adalah peringatan untuk diri saya dan sesiapa yang membacanya..

Mari didik anak jadi anak soleh n solehah..aminnn!!!

Wallahuaalam bissawab..

::F.Y.A.D:: forever and ever humble...

Thursday, February 16, 2012

Harap saya dilindungi oleh Allah SWT..

Assalam all friend of mind,

Semasa bersolat, salah satu doa yang saya tidak henti2 mohon dari Allah adalah agar dilindungi dari diaibkan oleh mana2 pihak yang suka menjaja cerita. Yelah, kita kan manusia yang tidak lari dari melakukan kesalahan. Bila saya berada di sini, saya rasakan dunia ini sangatlah kecil.

Sebab?

Tak sangka pula salah seorang dari cikgu sekolah anak saya adalah jiran tetangga (jauh sikit dari rumah saya) saya saja. Dan, dia pula ada berkunjung ke rumah jiran sebelah rumah saya ni. Ehmm, dirumah saya ni pula ada seorang yang sama 'jawatan' dengan saya. Dan, faham kan??(hanya sesiapa yang fahamla..).

Saya hanya berharap tidaklah dijaja kisah dan peribadi saya - semua orang melakukan kesalahan tetapi adakah kita mesti dihukum hanya kerana pertama kali melakukan kesalahan? Sedangkan Nabi Muhammad juga memaafkan umatnya - inikan kita yang hina dina ini?

Saya minta dijauhkan dari sifat buruk sangka.

Saya taknak buruk sangka pada orang. Tetapi sekiranya benar, saya hanya mampu memaafkan. Hanya Allah yang Maha Mengetahui hati dan perasaan saya sekarang. Apa saja yang saya lakukan ada saja yang saya rasa tidak kena. Ya Allah, jauhkan dari sifat2 ini ya Allah.

Yang penting sekarang, saya kena berdiri atas kaki saya sendiri. Mengusung diri dan berjalan atas nama 'diri sendiri'. Saya sedar, Allah sedang menguji saya sekarang dan saya perlu kuat serta sentiasa bersyukur dengan apa jua nikmat yang telah Allah kurniakan. Saya bersyukur atas segala dugaan ini - sesungguhnya ianya membuatkan saya lebih dekat dengan Allah SWT.

Syukur pada Allah SWT...

Ya Allah, mohon dijauhkan dari mulut2 manusia yang menjaja cerita.

Andai ku tahu….
Kapan tiba ajalku…
Ku akan memohon tuhan tolong panjangkan umurku…
Andai ku tahu…
Kapan tiba masaku…
Ku akan memohon tuhan jangan kau ambil nyawaku…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…
Andai ku tahu…
Malaikatmu kan menjemputku…
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…
Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu…
Aku manusia yang takut neraka…
Namun aku juga tak pantas disurga…
Andai ku tahu….
Kapan tiba ajalku…
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…
Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu…

Amin Yarobbalalamin.


::F.Y.A.D:: forever and ever humble...

Wednesday, February 15, 2012

Musuh Utama Saya (M.U.S)

Assalam all dearie,

Apa musuh utama anda?

Pada saya musuh utama saya adalah diri saya sendiri dan kawan baik saya juga adalah diri saya juga. Berapa banyak juga daaa..

Berikut saya senaraikan beberapa musuh utama saya:

1. Nafsu Jahat.
2. Pemalas.
3. Tangguh Kerja.
4. Online Facebook saja.
5. Pengotor.
6. Mungkir Janji.
7. Tinggal solat.
8. Etc.

Boleh....tapi malas kan??
 Banyak kan??itu baru sikit yang saya senaraikan. Sebenarnya banyak lagi yang saya rasa nak senaraikan tetapi nanti penuh pulak karangan ni kan? Saya nak kurangkan sedikit demi sedikit tabiat yang buruk dan beralih ke tabiat yang baik - InsyaAllah. Segalanya boleh berlaku dengan syarat kita sentiasa ingat Allah SWT dan mentaati Sunnah Rasulullah.

Saya dah tak ramai kawan sekarang. Yang ada hanyalah suami dan anak saya. Mereka la tempat saya berbual dan meluahkan perasaan. Dan, kadang2 mak saya - call saja. Selain dari itu, internet la. Saya sudah menjadi sebahagian dari diri saya sendiri. Jika sebelum ni, tidak ke??

Lantak la..Asal saya bahagia.

Jangan menyusahkan orang lain dan jangan suka mengata orang lain dan yang paling penting jangan suka membawa dan menjaja cerita orang lain kerana menurut satu hadis At-Tirmizi:

"Barang siapa yang mengutuk dan mengeji perbuatan jahat orang lain, nescaya dia tidak akan mati sehingga melakukan perbuatan orang yang telah dikeji dan dikutuknya itu.."

Wallahualam..


::F.Y.A.D:: forever and ever humble...

Monday, February 13, 2012

Projek baik yang tercetus!!! Business Plan...

Assalam all,
Lama benar rasanya saya tak jenguk blog kan? bukan apa, line internet begitu slow dan saya sangat tension tatkala nak loading page blog saya ni. Blog saya ni kan sarat dengan muatan?..So, malaslah nak online menulis. Tapi, dalam fikiran ni, macam2 saya fikirkan, ada saja ilham nak saya luahkan dalam blog.

Permohonan mendapatkan double master dengan Meiji University Jepun telah pun saya hantar, tengah tunggu result n hadiri temuduga. Entahla, kalau dah memang rezeki saya, rasanya tak kemana kan? Tunggu dan lihat sajalah..

Wah, bulan Feb ni sangat2 menguji keimanan kami sekeluarga - tapi biarlah rahsia.

Saya ada planning macam2 - rasanya nak run business traditional,, guess what? ituler tajuk Thesis saya untuk MBA Meiji Jepun ni. "Industry strength on Traditional Business in Malaysia"..wah, terkesima sekejap - betul ke saya yang nak buat kajian ni??ha..ha..alang2 dah hantar proposal, jalan sajalah - alang2 menyeluk perkasam, biar sampai ke pangkal lengan kan? So, alang2 buat kajian, saya sendiri yang akan run business ni. Business apa? Check it out..

Sekarang taknakla bagitau pulak, nanti tak surprise kan?

Saya sekarang sedang bangunkan 'business plan' nya..banyak juga nak buat - terutama market trend di sini. Banyak juga survey yang perlu saya jalankan. Insya Allah, kalau nak berjaya, kena ada business plan yang mantap - baru dapat tengok keserasian business tu.

Okes, pada saya kalau nak buka business, tak kira apa pun jenis businessnya, kena ada business plan. Dalam business plan tu kena ada elemen2 ini:

1. Executive Plan iaitu Ringkasan Executive - kena cerita mengenai business yang bakal kita bangunkan dan keadaan market tu sekarang. Kena juga cerita 4 P's tu - People, Place, Price and Product.

2. Company Summary iaitu Ringkasan Syarikat - Ini kena cerita mengenai syarikat yang akan kita bangunkan.Siapa ownership dan cerita juga ringkasan sejarah syarikat ditubuhkan. Kalau yang dah memang ada perniagaan sebelum buat business plan, bolehlah masukkan past sales performance.

3. Kemudian ceritalah mengenai product yang bakal di keluarkan di pasaran tu ye?

4. Market Analysis Summary iaitu ringkasan analisis pasaran. Ini kena buat sedikit surveyla, kena buat market segmentation, market segmentation strategy and industry analysis (hah, inilah thesis (kajian) saya untuk MBA Meiji Jepun ni).
5. Web Plan Summary iaitu Ringkasan perancangan laman sesawang. Hah, ini ada kena mengena dengan website marketing strategy dan development requirement.

6. Strategy and Development Summary iaitu ringkasan strategy dan pembangunan. Ini more on SWOT analysis - kajian ke atas baik buruk produk, peluang dan ancaman (pesaing) yang bakal kita hadapi.

7. Management Summary iaitu ringkasan pengurusan - ini more on personnel plan kita.

8. Last but not least ialah Financial Plan (paling penting sebab melibatkan duit) iaitu Perancangan kewangan. Pada pendapat saya, kalau kita dah lama berniaga mungkin kita faham bab ni tapi kebanyakkan syarikat2 besar, diaorang ada accountant yang menguruskan hal kewangan syarikat tapi yang baru nak buka perniagaan lepas tu hanya berkelulusan SPM je, kenalah cari member yang pandai ataupun upah saja orang perseorangan yang boleh siapkan Financial Plan ni. 

Ok, sebenarnya, banyak bahan rujukan yang boleh kita dapatkan kalau nak bangunkan business plan ni - kena pandai dan rajin cari. Saya sendiri membeli sebuah buku khas tentang ' Business Plan' (dapat dari Voucher buku) terbitan Alpha Books (cari buku yang ada tanda ' The complete Idiot's Guide'). Buku ni penuh dengan ilmu dan kita sendiri boleh bangunkan business plan tanpa bantuan orang lain.

Yang lain, kat internet banyak juga orang perseorangan yang menawarkan khidmat menyediakan business plan - bayar je la..huhu..

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/423850_3279332740567_1184978472_33334586_1375172939_n.jpg
Tu la buku yang saya bagitau tu..

Okla, sampai sini saja. Sambung next okes??


::F.Y.A.D:: forever and ever humble...

Friday, February 03, 2012

Mood nak balik kampung...

Assalam all,
Incoming weekend ni agak panjang dan saya n husband bercadang nak balik kampung tengok abah husband saya yang sedang sakit (tetapi tidaklah nazak..), adik-beradik lain semua sudah menziarah, kami je belum - alasan: jauh..

Abah sakit sebab jatuh dari katil and plus demam, batuk n selsema. Beliau pun dah menjangkau 86 tahun. So, orang tua ni sangat sensitif kepada persekitaran, tak boleh sakit sikit, semua anak2 risau. So, rancangnya harini kami nak bertolak ke Pekan Nenas, InsyaAllah.
Saya tak tahu nak sembang apa dalam blog harini sebab saya langsung takde mood, rasanya macam malas nak teruskan kehidupan - saya nak jadi Barbie boleh tak??

Gile...!!!

Peduli apa saya?

Saya pun ada keinginan dan hati serta perasaan macam orang lain kan??

::F.Y.A.D:: forever and ever humble...

Wednesday, February 01, 2012

Teringin nak buat kerja2 sukarelawan...

Assalam all friend,

Anda pernah buat kerja sukarelawan??
Dulu saya adalah setiausaha Persatuan Badminton TLDM dan ATM, dari tahun 2006 hingga 2012. Lama kan?Pada mulanya saya diarahkan..tapi lama2 jadi kerja wajib pulak..

Tau tak kerja saya sebagai setiausaha ni hanya sebagai kerja2 sukarelawan saja?Yelah, gaji saya tidak dibayar atas tiket sebagai seorang setiausaha sebaliknya sebagai seorang Jurutera tetapi saya dengan rela menguruskan hal2 berkaitan badminton - samada melibatkan pengurusan, penglibatan dan perlawanan.

Kadang2 saya joint games pada hujung minggu sehingga ke kedah, kuantan, terengganu etc. Saya pergi bawa atlet2 saya dengan peruntukan yang cukup2 makan saja dan adakalanya saya keluarkan duit untuk pemain2 saya. Yelah, mereka terdiri dari anggota2 bawahan yang mempunyai gaji pun cukup2 makan - so, kenalah saya belanja mereka. 

Actually, saya tak kisah pasal benda tu, yang saya kisahkan, ada tak orang ambil peduli?

Dulu, masa saya jadi setiausaha, bayak pengalaman saya dapat. Saya berpeluang melihat secara live macam mana Dato' Lee Chong Wei berlatih, tengok sana, tengok sini sampai anak saya menjadi 'terkenal' di kalangan mereka sebab saya bawa dia sejak dari dalam perut. Saya jadi setiausaha sejak dari kandungan saya baru 3 minggu.

Pada saya memang itu kerja amal. Dan saya bersyukur kerana diberi kesempatan untuk menjadi seorang setiausaha. Alhamdulillah.

Tapi, harini saya teringin nak jadi salah seorang sukarelawan seperti membantu mangsa gempa bumi ke, banjir ke..bersihkan rumah anak2 yatim ke, rumah orang2 tua ke..saya teringin nak joint.

Tapi, nanti saya tengok schedule macam mana - kalau berseuaian dan kelas Master saya pun dah habis, why not saya joint dihujung minggu kan??

Tak salah beramal..

Tak baik buat macam ni...

Saya tak mampu nak sediakan duit, penginapan etc. untuk mereka yang tidak berkemampuan tetapi saya masih mampu mengeluarkan tenaga untuk membantu dan menyediakan apa2 keperluan sosial yang terdaya. Sebenarnya ini juga merupakan salah satu cara untuk menghilangkan stress juga.

BTW, tengok macam mana nanti.

::F.Y.A.D:: forever and ever humble...

Bulan My Birthday..Februari In Love..

Assalam all,
Saya samgat suka bulan Feb..

Februari in Love...
My Beauty of mind...

Why?

Sebab bulan Februari adalah bulan kelahiran saya - tanggal 21 Feb 1982 saya dilahirkan ke dunia oleh ibu saya, Saniah bte Hassan di Hospital Kem Terendak, Melaka.
Yup, saya orang Melaka tetapi saya dibesarkan di Johor. Dalam IC dan surat beranak memang saya orang Melaka tetapi hakikatnya saya selalunya mengaku saya orang Johor.

Why again?

Sebab saya banyak duduk dan tinggal di Johor saja. Mana pernah menetap di Melaka. Saya dilahirkan disana pun sebab ayah saya seorang tentera yang selalu ber posting ke sana dan ke mari.

Tapi...

Sekarang antara suka dan duka sebab dibulan februari lah ayah saya menghembuskan nafasnya yang terakhir - pada tanggal 27 Feb 2011. Sebab itu saya namakan bulan februari adalah bulan In Love. In Love with my late father. Saya mendoakan arwah ayah saya dalam golongan sufi. Aminnn..

Dan..

Dalam tahun ini, 2012, bulan februari saya di panggil untuk temuduga satu jawatan yang cukup besar dan unik buat saya. Yelah, sebelum ni kerja dalam kerajaan yang menekan saya melaksanakan kerja yang 'bukan2', sekarang saya perlu mempunyai hala tuju dan impian hidup sebagai seorang bekerjaya. Tapi, sejujurnya, saya tidak mengharapkan kerjaya ini menjadi milik saya - biar Allah SWT yang menentukan..BTW, saya bersyukur kerana diberi oleh Allah SWT kesempatan untuk berdiri dan bernafas di bumiNya ini. Alhamdulillah. Apa yang saya sering doa dan mohon pada Allah SWT adalah sentiasa diberi hidayah yang berpanjangan. Kalau sesat, mohon Allah bimbing kembali ke jalan yang benar. Amin..

Pengalaman sungguh mendewasakan saya. Sungguh memberi impak yang sangat luar biasa dalam diri saya. Di usia yang menjangkau 30-an, saya sudah tidak bergelar 'jajahan' orang2 atasan yang kadang2 hanya memikirkan kepentingan peribadi dalam melaksanakan tuntutan tugas sebagai khalifah Allah.

Kawan ketawa memang sangat senang utk dicari dan diperolehi tetapi kawan menangis ??

My both dear in love..

My both soul of mind..
Ye, saya sudah menemui siapa kawan mengangis saya yang sebenarnya - SUAMI saya..dialah kawan saya di kala saya susah dan di kala saya senang. Ketika saya dihimpit sebuah perasaan yang sangat pilu dan sedih, dialah yang memberi semangat dan nasihat. Kesabarannya tidak berbelah bagi pada saya. Walaupun saya ni kadang2 menyakitkan hatinya. Hanya Allah yang Mengetahui hati saya. Walaupun saya berkata dan marah2 padanya, tapi dalam hati saya - saya sangat sayangkannya..Sebab itu saya rela jika suami saya ingin berkahwin lain, saya redha..

Sebab?

Sebab saya sayangkan dia..Biarlah blog ini menjadi saksi akan kata-kata saya bahawa saya sangat sayangkan suami saya walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Yang saya harapkan adalah dia akan terus dan terus menjadi sahabat sejati saya di dunia dan juga akhirat. Aminnn..


::F.Y.A.D:: forever and ever humble...

Pengalaman menjadi Tutor di UK

Assalam semua readers, Alhamdulillah, praised to Allah Al-Mighty, saya diberi peluang untuk menimba ilmu dan pengalaman menjadi Tutor unt...