Assalam all dearie,
Terkedu dan terkesima sekejap.
Last week saya sudah pun menghadiri temuduga untuk mendapatkan Double Master di Meiji University Jepun. Alhamdulillah, temuduga berlangsung dengan tenang dan saya adalah peserta terakhir yang masuk ke dalam bilik temuduga - dan saya yang paling lama di temuduga. Syukran Jazillah.
Malas nak cerita pasal temuduga tu. Saya nak cerita bila dah dapat result nanti - second week of Mac saya akan mendapat jawapan samada diterima ataupun tidak. If ada rezeki, ada lah rezeki saya kalau tiada, takpe, boleh je cuba lain kali.
Itu berkenaan Double Master.
Sebenarnya saya nak story berkenaan manusia yang suka menganiaya.
Penganiayaan dari segi apa?
Saya nak sembang berkenaan penganiayaan yang biasa manusia lakukan ke atas manusia2 lain antaranya:
1. Santau.
2. Sabotaj.
3. Hantar benda2 tak senonoh pada kita menggunakan kuasa jahat (kurafat).
4. Mengata belakang kita untuk menjatuhkan kerjaya/keluarga kita.
5. Dan banyak lagi.
Saya nak beri pengajaran kepada diri saya dan kawan2 yang membaca artikel ini untuk sama2 berfikir dan muhasabah diri sendiri. Kita adalah manusia yang Allah ciptakan untuk menjadi khalifah di muka bumiNya ini. Tetapi, sudah lumrah manusia untuk selalu tidak berpuas hati dan inilah yang terjadinya - aniaya orang lain. Ada sesetengah kes sehingga meninggal hamba Allah yang kena aniaya tu - nauzubillah.
Bagaimana dengan sabotaj untuk menjatuhkan kita dan menginginkan kita mati menggunakan kuasa2 sihir? Ada sesetengah mangsa diletakkan batu nisan diperut, buluh di kerongkong dan ari2 dan sebagainya. Jika tidak berjaya, diusahakan sehingga mangsa menemui kebuntuan dalam kehidupan. Apakah makna semua ini?
Ya Allah, marilah kita sama2 berdoa kepada Allah SWT supaya dijauhkan dan dihindari dari semua perkara2 ini. Sekiranya kita ada mengalami perkara2 yang bukan2, silalah berjumpa dengan orang yang pakar dan tahu akan hal2 mistik ini. Bukan apa, banyak side effect kalau kta ignore saya.
Sama2lah kita berdoa agar orang yang menganiaya orang lain segera bertaubat dan sedar akan perbuatannya itu. Semoga Allah memberi jalan kebaikan dan dimudahkan hatinya untuk bertaubat! Ingatlah, dunia ini hanyalah sementara dan akhirat jualah tujuan asal kita. justeru, saya juga mendoakan orang 'itu' juga segeralah BERTAUBAT!
Bertaubatlah dan ingatlah azab neraka! |
::F.Y.A.D:: forever and ever humble...
No comments:
Post a Comment