Tuesday, January 31, 2012

Apakah Estimator?

Assalam to all my friend,
Saya terkesima kerana diundang menghadiri temuduga jawatan sebagai Estimator. Gulp...

Saya diundang oleh sebuah syarikat yang sangat besar - Syarikat yang founder nya adalah Canadian. Syarikat ini sangat2 besar waima Director di Malaysia pun orang Canadian. Semua antenna2 telecommunication dalam dunia ini termasuk satellite dikeluarkan oleh syarikat ini. Warghhh..takutnya..Syarikat ini ada di 8 buah negara.
Ok ke?

Entah..

So, saya pun try la google mana2 yang patut - apa itu estimator?tengok video kat youtube..wow..banyak sebenarnya cerita mengenai estimator. 

Estimator kalau dalam Bahasa Melayu adalah Penganggar, bukan penganggur okes..!Kerjaya ini sangat popular di oversea. Gaji seorang Estimator di Australia mencecah Aud 7,000. Kat Malaysia, gaji paling rendah dibayar adalah RM 6,000. Gulp...

Yes, memang ada kaitan dengan Master saya tapi...

Oh ye, satu je yang saya suka mengenai Estimator ni, kerjanya bermain dengan angka..seorang estimator perlu membuat estimation ke atas semua projector untuk sesebuah syarikat - kena kira ROE, ROI, Overhead, etc. Bla..bla..bla..Is like Mathematician..

Yup, saya memang suka angka okes..sangat suka..tapi??

Wah, banyaklah tapi2nya..kena tau juga beberapa software berkenaan estimator ni. Kiranya estimator adalah tulang belakang syarikat..warghhh...

Dalam hati, boleh ke aku??

Takpe, dah orang invited - maybe dia berminat dengan saya kot??he..he..he..Belum cuba belum tau kan??

Layan sajalah..

Sebenarnya saya suka kerja yang mencabar dan ada dateline sebab saya akan kerja sungguh2..saya tak suka kerja yang lengah2...macam sebelum ni..opsss..

Ok sajala..layan saja apa2...kalau ada rezeki saya, dapatlah kalau tidak, perancangan Allah itu lebih baik untuk saya.

http://www.lisaknutsen.com/images/Estimator_colored.jpg
Gambaran seorang Estimator
::F.Y.A.D:: forever and ever humble...

Thursday, January 26, 2012

Mampu ke ambil double Master??

Assalam all dearie friend of mind,

Saya antara yang beruntung kerana diberi peluang untuk membuat double Master Programme anjuran UTM. Sekarang saya sedang berhempas pulas mengambil MSc. Engineering Business Management dan sekarang ditawarkan untuk mengambil Master in Business Administration di Meiji Universiti, Jepun. Yup, MBA adalah antara Master yang termahal pernah saya jumpa dalam mana2 institusi pendidikan sebab sangat berbaloi manusia yang ada MBA. So, bukan saya saja yang ditawarkan, tetapi semua classmate saya - hanya untuk Master saya, EBM saja okes..

Meiji University (明治大学 Meiji daigaku) is a private university in Tokyo and Kawasaki, founded in 1881 by three lawyers of the Meiji era, Kishimoto Tatsuo, Miyagi Kōzō, and Yashiro Misao.

So, kalau ambil MBA ni kena pergi ke Meiji University di Tokyo, Jepun lebih kurang 2 minggu, then ada 'lambakan' kelas dan thesis yang perlu dihadiri dan disiapkan. Bukan saja itu, yang paling penting sediakan duit tambahan sebanyak RM10K untuk MBA ini - itu belum lagi tambang dan penginapan untuk ke Jepun lagi...aduhai, memang UTM bagi grant tapi dapat RM1K saja, mana mencukupi?so, student kena top-up sendiri sekiranya ingin mendapatkan MBA dari Meiji University Jepun. Meiji University ini adalah antara top university di Jepun.

So, go back, instead of MSc. EBM, i also got MBA in different university, best kan??ha..ha...ha..

Beberapa 'input' tentang Meiji University, Jepun;

1. Eduniversal ranked Meiji as 4th in the rankings of "Excellent Business Schools nationally strong and/or with continental links" in Japan.

2. According to the Weekly Economist's 2010 rankings, graduates from Meiji University have the 35th best employment rate in 400 major companies.

3. The university is also ranked 6th in Japan for the number of alumni holding the position of executive in the listed companies of Japan, and this number per student (probability of becoming an executive) is 25th.

4.  The number of Members of Parliament who graduated Meiji is 6th in Japan.

5. Meiji is a popular university in Japan. The number of applicants per place was 24.9 (113,905/4,582) in the 2011 undergraduate admissions, this number of applicants (113,905) was largest in 2011.

6.  Its entrance difficulty is also very selective.

7. Nikkei BP has been publishing a ranking system called "Brand rankings of Japanese universities" every year, composed by the various indications related to the power of brand, and Meiji was 8th in 2010 (and 12th in 2009) in Greater Tokyo Area.

8. The university has been ranked 19th and 26th in 2009 and 2010 respectively in the ranking "Truly Strong Universities" (本当に強い大学) by Toyo Keizai.

Tapi, persoalannya, ada sessi interview dan again kena buat satu proposal tajuk tentang research kita. Wow..saya suka tapi tak berapa suka tang interview tu. Yang meng'interview' pulak tu Professor2 dari Meiji University (ada Japanese, ada American la..). Walawoi...

Lambang Meiji University, Jepun

So, fikir2, macam mana???

Next la, saya bgtau apa perkembangan saya..

::F.Y.A.D:: forever and ever humble...

Saturday, January 21, 2012

Resepi Puding Caramel yang tidak muak...

Assalam all,
Harini Malaysia cuti panjang sempena sambutan Chinese New Year (4 hari full off..). Seronoklah bagi yang sedang bekerja, tapi bagi saya sama saja..ha..ha..ha..

Okesla, harini saya try buat puding caramel yang kalau kita makan sure tak muak. Sebab saya tak letak telor, hanya gantikan dengan serbuk agar-agar dan susu cair saja. Tak perlu letak telor seperti yang kita selalu buat tu..

Saya sebenarnya tengah terkasima dengan google Ad sense saya ni...dulu memang saya ada akaun tu tapi sekarang dh tak boleh guna, saya resubmit pada Google Ad sense tapi diaorng balas email saya bgtau website saya tak guna language yang diaorg support..WTH???saya tak fahamla...rasanya dah banyak kali saya betulkan language tu tapi masih sama juga..ehmmm, entahla..

Ops, sorry, tadi nak bagi resepi kan??Ok, ni resepi yang saya cilok2 sikit dalam internet..

Check it out...

Bahan untuk Caramel
1. Gula dalam 2 senduk (3/4 cawan).
2. 3 sudu air masak

Cara Masak
1. Panaskan kuali, then masukkan gula tu dan kacau sehingga ia menjadi gula hangus.
2. Lepas tu bila ia sudah mencair, sila masukkan pula air tu (kena perlahan sebab ia akan percik2 - nanti kena muka pulak..hehehe..)
3. Lepas tu tuang dalam bekas yang kita nak buat la (pilihlah yang plastik dan ada corak2 bagi nampak cantekk sikit kan..hehehe)
4. Lepas tu biarkan sejuk sekejap. Buat pulak pudingnya.

Bahan untuk puding
Bahan-bahannya..
Bahan A
1. Serbuk agar-agar (spt dalam gambar tu..hehe) - cari yang ada tanda CLEAR okes?
2. Gula dalam 1 senduk la
3. Air dalam 4 cawan

Bahan B

1. Tepung Kastard dalam 2 sudu besar
2. Susu cair dalam 1 tin
3. Perasa vanilla dalam 1 sudu kecil

Cara Masak

1. Gaul rata semua Bahan B dulu dalam 1 bekas sebab tepung kastard tu akan berketul2 kalau kita kacau terus dalam periuk.
2. Panaskan pula periuk dan masak pula Bahan A. Dah agak2 mendidih tu kecilkan api then masukkan pula Bahan B yang kita dah kacau dalam bekas yang berasingan tadi. 
3. Kacau2 sehingga nampak pekat dan likat sedikit (dalam 3 minit saja..).
4. Dah siap, masukkan dalam bekas yang kita dah letak caramel tadi. Hati2 ye sebab panas..
5. Lepas tu sejukkan sekejap then barulah boleh dimasukkan dalam peti ais. Jangan masukkan panas2 tu, rosak pulak peti ais tu karang.
6. Tunggulah lebih kurang 4 - 5 jam, sampai dia sejuk sikit then, bolehlah dipotong2 untuk dimakan..hahahhaa..

Believe me, tak muak sebab takde telor, rasanya sangat yummy, macam cotton..hehehe..

Ni dia puding caramel saya..sila la menjamu mata...

Setelah keluar dari peti ais..yummy..
Sebelum dipotong..
Wah..macam cake..sedapnya...

::F.Y.A.D:: forever and ever humble...

Friday, January 20, 2012

Perlu hormat atau saja untuk jalankan kerja?

Assalam all,
Belum settle lagi proses pembayaran pampasan saya selama 12 tahun berkhidmat untuk kerajaan. Sudah dua bulan dilaksanakan tetapi masih 'on the way'..saya tak tahu dimana silapnya. Adakah selepas kita berhenti, kuasa hormat tu hilang?Mereka kata nak tunggu tangga gaji yang baru - baru boleh release. Yup, saya tahu pampasan perlu dibayar pada tangga gaji semasa tetapi mereka masih tak proses, itu yang masalahnya!

LHDN sudah keluarkan surat cukai dua minggu yang lalu tetapi sampai sekarang SPC tu tidak dihantar oleh bahagian gaji ke jabatan rekod dan pencen. Apa mereka buat di pejabat?tidak kerja kah?Sebab itu saya selalu mendengar rintihan dan rungutan dari pesara tentera akan lambatnya mereka membayar wang pampasan.

Untuk rekod, beberapa proses perlu dilaksanakan kalau kita nak cepat proses itu dilaksanakan - kebanyakkan pegawai akan menyuruh anak buahnya ke JRP, UGAT untuk membuat proses persaraan tetapi, saya menjalankan proses itu sendiri sebab kalau saya suruh anak buah, 1/2 tahun pun belum tentu siap! Proses yang perlu dititik beratkan adalah:

1. Bagi yang belum declare cukai melalui borang EC ke LHDN, segeralah memgisi borang2 dari tahun anda berkhidmat - macam saya saya hanya declare start tahun 2009, then tahun yang sebelumnya kena isi borang secara manual. Dapatkan surat dari UGAT untuk kita hantar ke LHDN bagi LHDN keluarkan surat SPC - Surat ini penting sebab selalu pesara akan stuck kat sini sebab LHDN tak keluarkan SPC (macam mana nak keluarkan kalau kita tak declare cukai??).

2. Segera ke Jabatan Insolvensi di Putrajaya untuk mendapatkan surat penyataan kebangkrapan - ini wajib just untuk declare yang kita tidak muflis. Sebab, kalau kita didapati muflis, kita tidak akan dibayar pampasan.

3. Perlu pula ke JPN untuk membuat IC awam. Buat saja dulu then, surat pengesahan hantar semula ke JRP.

4. Isi la semua borang2 yang JRP suruh isi - saya isi buku bersara, kad bersara dan semuanyalah.

5. Selalulah follow status SPC tu dari LHDN dan UGAT. Tetapi selalunya LHDN akan call kita yang surat SPC mereka dah keluarkan. Cuma UGAT saja yang kita kena betul2 pantau.

6. Memang memakan masa hingga 2-3 bulan lamanya pasal apa?Pasal mereka yang sepatutnya membuat kerja2 mereka, menunda dan menangguh2kan kerja.

7. Pada saya, prosesnya cepat kalau orang yang sepatutnya buat kerja tu, buat kerja dengan cepat dan pantas. Bukan tunggu kita call and tanya baru nak proses. Kalau kita tanya barulah mereka akan buat dan proses. Sama saja di tempat kerja saya yang lama - "pn, kita jeruk dulu la.." - itu ayat yang biasa saya dengar dari staff saya!Manalah Malaysia nak maju!!

Last but not least, Malaysia kena berubah, Rakyat kena prihatin dan tahu tanggungjawabnya. Sebab itu saya selalu tekankan dengan anak saya - we have to love Malaysia.

::F.Y.A.D:: forever and ever humble...

Thursday, January 19, 2012

Suka sama Oki Setiana Dewi..

Assalam all,

Saya sangat meminati filem dan drama Ketika Cinta Bertasbih (KCB) I & II - dari Indonesia. Saya sangat2 suka sampaikan saya sanggup tengok 2-3 kali filem tu. Last year saya follow cerita tu di Astro saluran Pelangi - tetapi sekarang saya dah upgrated beyond, malas pulak nak ambil saluran dari seberang tu..
Ok, sebenarnya kekuatan sesuatu filem atau drama tu ada pada para pelakonnya juga, bukan saja jalan cerita dan background music/lighting semata. So, saya tengok kekuatan ceritanya adalah pada para pelakonnya yang sangat hebat menjiwai watak. Dan, dalam cerita itu saya sangat suka pada watak Ana yang dilakunkan oleh Oki Setiana Dewi. Dia ni sangatlah cute dan cantik - walaupun bertudung labuh tapi masih menawan. Kalau tengok muka dia, rasa tenang je jiwa ni - cewah..

Okes, try tengok siapa Oki Setiana Dewi ni..

Oki Setiana Dewi (lahir di Batam, Kepulauan Riau, 13 Januari 1989; umur 23 tahun) adalah seorang pelakon Indonesia yang memerankan tokoh Anna dalam film Ketika Cinta Bertasbih. Oki lahir dari pasangan berdarah Palembang, Suliyanto dan Yunifah Lismawati. Sejak usia 16 tahun, Oki telah merantau ke Jawa dan menetap di Depok. Alumni SMAN 1 DEPOK ini kemudian kuliah di Universitas Indonesia. Oki sempat bermain di beberapa FTV sebelum akhirnya memutuskan untuk berjilbab pada tahun 2005. Kariernya di dunia seni peran sempat terhenti, sebelum akhirnya memerankan karakter utama perempuan dalam cerita Ketika Cinta Bertasbih.
Okes, mai layan gambar2 menarik Oki yang sangat comey n cantekkk ni..

Oki Setiana Dewi tanpa jilbab
Sangat cantekkk...

foto Oki Setiana Dewi
Ala comeynyer..
Cantekk sangat...

::F.Y.A.D:: forever and ever humble...

Wednesday, January 18, 2012

My first cheese cake...

Assalam all,

Alhamdulillah, walaupun microwave saya rosak (dah lama dah..), tetapi tercapai juga hasrat hati nak membuat cake. So, saya nak buat cake ala2 secret recipe rasanya..So, cari2la kat google. Lepas tu saya baru teringat yang saya ada seorang kawan yang pandai buat kek, so saya buka la blog dia, sekalinya jumpa rahsia nak buat kek cheese tanpa membakarnya. Hanya chill je dalam fridge. So, saya nak bagi credit to Cik Dr Rai sebab bagi saya petua nak buat kek ni..best sangat..

So, sebab teruja dengan recipe nya yang simple and easy, saya dengan rasa tidak sabarnya terus ke kedai peralatan kek untuk membeli bahan2nya..tapi sayangnya di Jusco tiada pulak blueberry nak buat topping nya..frust jugak tapi takpe, dalam hati saya ini first percubaan takpe, next time saya akan dapatkan juga blueberry, kan sedap kalau letak kat atasnya..

Walau apapun, saya amat teruja..okla, ni recipe nya..

Bahan2 membuat Black Raspberry Jam...

1 mangkuk Black Raspberry

1/2 cawan air
1 cawan gula (kurangkan kalau tak nak manis sgt)

Cara2 membuat nya:

1. Masukkan raspberry dalam periuk bersama air...
2. Bila da mendidih.. masukkan gula...
3. Kacau hingga pekat...sejukkan dulu before sapu atas cake...

Bahan2 untuk membuat base cheese cake:

2 sudu besar butter(dicairkan)
biskut (hancurkan,tumbuk atau diblend)
1 sudu besar gula

Cara2 membuatnya:

1. Tumbuk/blend biskut hingga hancur...
2. Tuang butter/marjerin yang telah di cairkan ke dalam biskut yang dah dihancurkan tadi...
3. Masukkan gula. gaul rata...
4. Tekan kan ke dalam base loyang....
5. Masukkan ke dalam fridge sekejap hingga keras sedikit...
  
Bahan2 membuat cheese cake:

1/3 cawan lemon juice
230 gram sour cream
600 gram cream cheese (suhu bilik)
2 biji kuning telur
1 cawan icing sugar(atau blend kering gula pasir)-leh gantikan dengan 1 cawan condensed milk
1/2 cawan whipping cream
2 sudu besar gelatin halal (rendam dgn 40ml air dan cairkan secara double boil hingga larut)
  
 Cara2 membuatnya:

1. Pukul cream cheese. Bila dah lembut masukkan icing sugar... pukul hingga sebati...
2. Kemudian masukkan kuning telur. Pukul hingga kuning telur sebati dengan adunan...
3. Masukkan sour cream + whipping cream + lemon juice... Pukul rata.
4. Then masukkan gelatin.. Pukul hingga betul2 sebati...
5. Masukkan adunan ke dalam loyang yang dah letak biscuit sebagai base tadi....
6. Chill in freezer or refrigerate it. (semalaman)
7. Kuarkan cheese cake dr fridge then leh la sapukan black raspberry jam kat atasnya...
8. Makan!hehe

 And, again, thanks to Cik Rai for the recipe..
Ni la Cheese Cake yang dapat dihasilkan..hehehe
Yang base tu saya buat guna biscuit merry je..hehee
::F.Y.A.D:: forever and ever humble...

Tuesday, January 17, 2012

Teringin nak jadi Mama Homeschooling...

Assalam all,
Sebenarnya saya banyak juga tidak puas hati dengan pentadbiran sekolah baru my dotter ni - ye, memang kami yang decide nak tukarkan dia dari Q-Dees ke Little Caliph tetapi...

1. Memang saya akui ianya islamic in any such as communication, class etc.

2. Tiada jadual waktu yang membolehkan saya mengikuti apa pelajaran yang sedang diajar di sekolah.

3. Tiada 2 way communication between parent and teacher - bila kita tanya teacher hanya jawab, "yeah, she fine.."?????

4. Saya tengok sekitar sekolah ada tempat2 permainan tetapi seperti tdk pernah digunakan since saya tgk daun2 kering yang jatuh pun tidak pernah di kutip, rumput masih panjang. So, tak mungkin student play around kat situ sedangkan rumput2 tu tak dipotong langsung!!

5. Baju sekolah still saya belum dapat sedangkan saya dah bayar sebelum sekolah dibuka lagi - early nov 11' lagi saya dah bayar. Alasan principle - tiada stock and definitely my dotter dah la size S, so dia kata memang tgh takde stock. Can u imagine that?? Dulu masa saya hantar anak ke Q-Dees, walaupun lewat seminggu they still ada stock sebab perkara tu saya penting kan??
6. Mereka ada pelbagai bahan bacaan dan silibus tapi saya rasa mereka jarang gunakan.

7. Saya belikan anak saya doughnut everyday tetapi still asyik tertinggal saja Tupperware tu - hish...
8. Sekolah tak mesra ibubapa la.

Ehmmm, saya ada sedikit menyesal hantar dia ke sekolah lain kan..tapi apakan daya, saya dah bayar semuanya. Nak hantar ke Q-Dees saya bukan apa, tiada silibus agama so, macam tak best je kan?Di Little Caliph saya yakin dia banyak belajar tentang huruf2 dalam Al-Quran. At least, dia cepat dapat membaca Al-Quran seawal yang boleh. Saya masa kecil dulu, umur 8 tahun dah khatam Al-Quran.

Itu yang timbulnya tajuk kat atas tu - homeschooling..Saya sekarang tgh jobless, rasa nak buat homeschooling je utk my dotter tu..boleh saya hias2 bilik atas tu buat satu kelas khas untuk my dotter. Segala silibus boleh download dari internet - saya fikir macam tu saja. Tapi, entahlah, karang kalau dah kerja susah pulak dan kalau tak kerja boring pulak di rumah ni..huhu

Home Schooling
Homeschooling jom!!!

nak buat gaya bilik macam ni boleh tak??
Ni pun okes..cantekkk!!
Also this..i loike...!!!
And of course this one...
This one pun quite good..
BTW, tengoklah macam mana nanti - hantar juga la my dotter ke Little Caliph but at the same time, saya still buat extra class untuk dia di rumah. What to do??

Mode: Kelas orang melayu macam tu lah..bukan nak menidakkan bangsa sendiri tapi inilah hakikatnya. Same as my neighbor ni - sebelah kanan suka tekan horn kereta tak kira masa, yg sebelah kiri pulak sukan bela kucing (banyak!!!) and bau kencing dan beraknya masuk sampai ke dalam rumah kami, in fact kucing2 tu siap nerak dan kencing di halaman belakang rumah kami..erkhhh, takde self esteem betuila..Sabar je lah..my husband ckp - its typical malay!!!

::F.Y.A.D:: forever and ever humble...

Monday, January 16, 2012

Rahsia nak jadi pengingat yang baik..

Assalam all,
Best tak tajuk kat atas?hah, ni saya dapat idea dari kelas master saya weekend tadi. Lecturer saya ada tanya, ingat tak dengan mimpi kita malam tadi? semua classmate pakat diam dan rasanya takde yang ingat apa mimpi malam tadi. Saya pun sama..mana nak ingat kan??

So, lecturer saya kata dalam mimpi, kita akan bermimpi sekurang2nya 8 episod cerita (macam drama bersiri la..)..Adakalnya mimpi tu akan berulang2 dan bersiri2 which is dalam setiap tiduran, kita akan mendapat mimpi yang sama tapi berlainan episod tapi dalam 1 malam saja kita mampu untuk bermimpi 8 episod cerita tau!!Ini adalah kajian lecturer saya sendiri...kaget sebentar..

Dia kata mimpi perlu disimpin untuk membolehkan kita menguasai daya ingatan..macam mana??

Okes, mulai malam ini, dia suruh kami semua mencatatkan mimpi yang dialami malam sudah ke dalam buku/diary apabila bangun dari tidur. Kena terus buat selepas bangun bukan sesudah mandi pagi ke, selepas solat subuh ke..terus buat bila celik saja mata. Maknanya, buku/diary kena ada sebelah bantal kita la kan??

Mula2 memang kita akan rasa tak mampu nak ingat dan mungkin kita hanya akan ingat cerita2 terakhir saja (episod akhir dlm mimpi kita tu la..), tapi percayalah kalau kita amalkan menulis mimpi2 kita, lama2 kita akan berjaya mengingati keseluruhan jalan cerita mimpi kita tu. So, apa lagi??boleh try la kan??

Huh, so kesimpulannya, saya rasa itu adalah salah satu cara nak menguji daya ingatan kita. Kalau kita nak jadi seorang pengingat yang baik, cuba buat exercise yang saya list kan kat atas...huhuhu..

nights-into-dreams
Mimpi kadang2 memberi suatu petanda...
Mode: saya pun sedang cuba kaedah ni - mungkin boleh berjaya sebab saya ni selalu saja hilang ingatan sejak akhir2 ni..hehehe...

Waalahualam...

::F.Y.A.D:: forever and ever humble...

Creative and Innovation in Business strategy

Assalam to all dear friend of mind,
Tajuk di atas tu ada kena mengena dengan module master saya masa weekend kelmarin, Lecturernya juga bernama pelik (biarlah rahsia - takut terbaca entry..hehehe). So, ini adalah subjek pilihan sebelum berakhirnya sem II ni. Apa yang menarik tentang module ni adalah:

1. Kalau kita tengok tajuk module, rasa ideanya macam mana nak make money doing business and at the same time we have a creative and innovative ideas..macam tu lah masa saya mula2 nak masuk kelas.

2. Module ni mesti ada kena mengena dengan macam mana Airasia boleh berjaya, macam mana company ni boleh success, macam mana company tu boleh lingkup??

Sekalinya, masuk saja kelas, lecturer cerita how to make creative thinking. So, dalam 2 hari tu hanya cerita berkenaan creative thinking and from that we will make an innovation. Fuh, how its done??saya pun pening tapi lecturer tu pun memang macam pelik. Ada 3 assignment group dalam kelas - semua pelik2. Tapi saya amat berminat, why?

1. Ada assignment suruh kita buat tentang 7 Hats method. Sebenarnya ada 6 Hats thinking je yang dikenalkan oleh De Bono tapi lecturer saya kata telah di tambah oleh Prof Engku Aziz (Wallahualam) so, jadi 7 Hats (Red, Blue, Yellow, Green, Black, White and gray) yang gray tu adalah dari Prof Engku. So, kenalah pecah2kan dalam idea yang kita dah select.

inilah gambaran De Bono..belum tmbh Prof Engku lagi (gray)

2. Ada pulak assignment kena buat tentang choice and make provocation. Its like odds for me!!tapi, we all kena buat jugak!!hahhaa...pelik..apa yang pelik sebab kita kena fikirkan satu benda yang memang dah sedia ada (logik akal la..) tapi cuba kita ubah if benda penting dalam benda tu kita buang. Sbg cth, kalau jam tangan, cuba kita buang perkara utama yang ada pada jam like muka jam yang ada nombor untuk kita paparkan waktu. hanya tinggal tali dan badan jam, pelik kan?Lepas lecturer bagi penerangan, baru saya faham, instead of buang muka jam tu, cuba gantikan dengan benda2 visible yang membolehkan kita still boleh tengok masa - cthnya, kita click button pada badan jam tu, ada voice bgtau jam berapa sekarang..huh, pening jugak nak fikir. And, last we all decide to do "Roofless House" - bayangkan rumah tanpa bumbung macam mana?so, kami guna method macam di supermarket, dimana di depan pintu depan kan ada air curtain??so, fikir2kanlah..sungguh pelik!!!

3. And, ini assignment paling mencabar - akan dibentangkan dalam kelas a week after CNY. Perkara yang mustahil akan berlaku, kita perlu buat experiment on that!!!ha ha ha...Sbg contoh, kita wish untuk jadi Spiderman, boleh lompat sana sini, bantu orang - tak logik kan??hah, macam tu la nak gain creative thinking and later will be innovation.

And, ada juga maklumat tentang penggunaan otak sebelah kanan dan kiri etc la..Seronok juga tapi tak taulah nanti macam mana rupa PMA yang bakal lecturer ni suruh buat. Wait and see sajalah...

Mode: Happy sebab week ni cuti panjang (4 hari..), boleh duduk rumah kemas dan cuci2 mana yang patut!!

::F.Y.A.D:: forever and ever humble...

Friday, January 13, 2012

Nak ke sana tak dapat..simpan je la impian..SNOW

Assalam all,
Harini rasanya US dah start heavy snow..UK of course la..so, my dotter memang tersangat minat pada snow..tak tahu dah macam mana nak explain kat dia yang di Malaysia ni tiada snow..last2 bawa dia ke ICT Shah Alam, tapi mak aii, sejuk benar sebab hanya ice saja bukan real snow okes. My fren yang ke US ada upload gambar2 di US..saya pun tumpang seronok saja sebab memang sangat suka tengok snow..lagi2 kalau dapat candid pictre time snow, mesti cantik kan??bila nak merasa ni?selagi hayat dikandung badan, saya akan usaha untuk anak saya bertemu dengan snow ini..InsyaAllah..kalau saya tak dapat bawa dia biarlah dia berjaya sampai menjejakkan kaki ke negara 4 musim - InsyaAllah..

Okes, sebelum tengok gmbr, mari kita semak apa itu snow??(salji)..
Salji ialah dalam bentuk kristal ais cair, mengandungi multitud kepingan salji. Walaupun ia dibuat daripada partikel yang kasar dan kecil, ia merupakan bahan berbutir. Ia ada tempat pembukaan yang berstruktur lembut, kecuali diletakkan di bawah tekanan yang luaran. Salji dibentuk biasanya apabila wap air melalui aras atmosfera yang tinggi di bawah suhu yang kurang daripada 0 °C dan kemudian jatuh semula ke bumi. Ia juga boleh dibuat dengan embun beku yang jatuh dari permukaan yang ia dibentuk, atau parikel kabus beku yang jatuh dibentuk apabila kelembapan pada permukaan udara mula membeku pada suhu-suhu yang sangat rendah. Salji kurang padat berbanding dengan air hujan yang bermaksud jumlah lembapan yang sekata akan menghasilkan salji dengan isipadu yang lebih banyak, kemudian barulah hujan. Satu peraturan adalah bahawa air dalam lapan unit salji bersamaan dengan satu unit hujan.

Bentley Snowflake4.jpg
Zarah salji
SnowflakesWilsonBentley.jpg
Molekul Salji
Salji di Stesen Keretapi Luxembourg

SNOW..   

cantik kan snow in evening...

This pic is for me..hehehe

fuhh..view menarik..
Soalan2 dia yang kadang2 malas nak jawab dan kadang2 papa nya jawab sambil lawak2 macam ni:

Dian: Papa, jom kita pergi US nak?Iya nak tengok snow la..pls papa..pls..(memang itu ayat memakan sukma kami..huhu)

Papa: Ok, boleh, mama naik flight, papa naik cloud and iya naik butterfly okes..then, kita sampai US, iya main snow k?

Dian: Oh my!!!i want...i want...thank you papa..

Papa: Welcome...(sambil muka gelak2 besar)..

Tau lah anak tu tak berapa faham dunia ini, boleh dia main2 kan iya...lepas tu, apa lagi??mama dia ni lah yang kena explain panjang lebar..

Mama: Iya, snow is too far from us..it's in US..if we want to go there, we have to go by airplane..

Dian: So, when we want to go to US..i want..i want..i want to snow (ayat english terabur iya..mcm biasa)..

Mama: Cannot because its too far...now, papa working here in Malaysia..

Dian: (termenung sekejap then jawab)..so, how to get snow here in Malaysia?

Mama: pening nak jawab sebab balik2 soalan tu yang ditanya..

*ayat yang diubahsuai bagi cantek sikit sebab iya ckp english terabur tapi still saya faham la..

Macam tu lah karenah anak saya..so, saya amik kesempatan kat friend yang ada di oversea utk snap picture snow (walaupun ada makcik di UK tapi dia sangatlah sibuk dgn PhDnya..tak nyempat) so, ini baru real...

BTW, wish to have a life here in 4 season country after this..hopefully on that..

Last but not least, enjoy the picture..and credit to kak Gie for all pic..

And..this is kak Gie..

::F.Y.A.D:: forever and ever humble...

Thursday, January 12, 2012

Nak tukar Broadband..tak kire!!

Assalam all,
Bencinya dengan bb celcom ni - sangat lembab sejak akhir2 ini. Saya adalah pelanggan tegar Celcom tau, ni tak jaga hati customer, saya nak merajuk dan beralih arah lah..Tak kire!!!saya dah pakai celcom (dengan talian telefon, broadband, siap pakai pelan 1+5 for family lagi..) sejak tahun 2005 lagi tau!!!saya bukan nak mengungkit tapi sejak akhir2 ni, nak buka google pun alahai..memakan masa 1/2 jam nak loading page..apa ke halnya??

Saya nak pakai broadband lain la - rasanya nak try digi..ok tak?maxis saya dah pernah cuba tapi biasalah ada saja kekurangan di sana sini kan?so, saya nak tukar ke talian lain la..nyampah dengan celcom broadband..

Sekian, sahaja dari saya..bye2 broadband celcom..!!!

::F.Y.A.D:: forever and ever humble...

Sunday, January 08, 2012

Sibuk dengan persiapan Research Paper...

Assalam all,
Yup, tajuk atas ada kaitan dengan Master saya ni. Sekarang saya dah nak masuk ke semester terakhir sebelum saya menjejakkan kaki ke alam - Viva, Dissertation, Journal, and of course my research paper. Semua tu akan saya lalui mulai bulan Jun 12' ni. Persiapan?ehmmm, kalau ditanya pada saya, memang truly - saya belum bersedia apa2, kalau bersedia dari segi mental dan rohani tu InsyaAllah la..huhu..

Apa yang nak ditakutkan, bukan ke itu yang saya suka??ye, memang saya suka cuma ada perasaan gementar sedikit, yelah bukan apa, saya memanglah minat untuk belajar tapi bukan bermaksud saya ni bukan extraordinary person okes.

 Inilah meja research aku tentang quality - PMA okes..

Yang saya gusarkan adalah tajuk research yang bakal saya bentangkan. How?Dalam otak saya ada macam2 saya nak buat tapi la ni saya rasa nak buat tentang Quality Management based on Engineering Frequency database?Best ke idea tu??belum cuba belum tau hah..Tajuk ni ada kaitan dengan pelaksanaan TQM ke atas syarikat yang mengamalkan quality as a teras dalam management nya. So, ia berkait rapat dengan how to maintain the spar part etc. Yes, kat sini kita akan kaji kesesuaian quality ke atas sesuatu kerja. Tapi best juga kalau dikaji ke atas SME's..Boleh juga membantu golongan2 bumiputera untuk terus maju ke hadapan?tak gitu?

Okla, tengoklah macam mana nanti - will updated soon la..

Mood: tengah tension sebab masih tertangguh lagi satu masalah saya ni..aduhai..

::F.Y.A.D:: forever and ever humble...

Dapat jugak memiliki...

 Assalam all,

Harini Alhamdulillah, saya berjaya memperolehi dua buah novel terbitan Alaf 21 karya Anis Ayuni dan Fauziah Ashari - keduanya kini berada dalam Filem dan Drama. Filem Ombak Rindu telah diterbitkan di layar perak - filemnya for me, not bad, mayber dari 5 star, saya bagi 4 star. Untuk Gemersik Kalbu - of course sesiapa yang tengah tengok pengganti drama Tentang Dhia, drama bersiri Gemersik Kalbu - Ye, cerita itu adalah adaptasi dari novel Gemersik Kalbu yang muka diterbitkan pada tahun 2005.

Kenapa saya beli sampai dua sekali?Kenapa saya nak baca sekali lagi novel Ombak Rindu ni?Jawapan saya..Saya tak pernah jemu membaca dan terus membaca. Semua karya2 yang dihasilkan sangat2 kreatif dan terbaik. Semestinya novel2 terbitan Kumpulan karangkraf sangat2 terbaik dan teruja! Penerbit amat mementingkan kualiti. kualiti setanding dengan jalan cerita, paparan slot drama tentang masyarakat dan diolah dengan gaya bahasa yang indah dan puitis.
Dua novel yang terbaik!!

Izinkan saya untuk menghabiskan dulu karya Anis Ayuni ni kemudian baru saya komen kemudian. Apa2pun, selamat berjuang kawan2 yang masih di 'medan peperangan'..semoga terus berdiri di atas paksi 'Sedia Berkorban'

Illa Soraya - 12'

::F.Y.A.D:: forever and ever humble...

Saturday, January 07, 2012

Saya tak kisah takde ramai Follower la...

Assalam all,
Tujuan saya wujudkan blog ni adalah sebagai rujukan untuk masa depan. Yelah, bukan nak menunjuk2 atau pun apa2 jua tafsiran orang kan? Saya wujudkan blog ini semata untuk simpanan dan penulisan saya semasa bosan dan boring2 kan..yelah, mana lagi nak luah kalau tidak di sini?At least, kalau saya sudah tiada dibumi Allah ini, anak2 saya still masih boleh baca untuk kenangan2 kan? So, saya tak perlu pun kalau ada ramai follower ke or ramai yang nak baca ke?Its up to u kalau nak baca, takde rahsia2nya..Hanya luahan perasaan dan pendapat saja.

ehmm, saya tak kisah la..

So, janganlah anggap blog saya ni macam hampeh saja, statement nya "ada ke orang nak baca blog ko tu?", so jawapan saya "ada aku kisah?", hehe...

Kesimpulannya, terimalah diri saya seadanya. Kawanlah dengan saya seadanya saya. Saya tak mengharapkan lebih dari kawan2, hanya mohon kawan2 tidak menganggap diri ini yang bukan2. Believe me, saya masih macam dulu dan sekarang saya ingin berubah jadi lebih baik dan seorang yang penuh dengan passion okes.

::F.Y.A.D:: forever and ever humble...

Berjalanlah di bumi Allah ini..

Assalam all,
Orang kata...kita hanya mampu merancang, tetapi perancangan Allah lebih baik dan teliti. Allah itu Maha Penyayang dan Maha Pengasih. Justeru, janganlah kita berasa sedih dengan apa jua perancangan yang telah Allah laksanakan untuk kita sekarang mahupun akan datang. Kata orang juga, kalau kita redha itu namanya ikhlas dan jika sebaliknya adalah pasrah (wah, macam lirik dalam cerita Ombak Rindu - dialog antara Mila dan Izzah ketika di pondok usang di tepi sawah padi..)..So, what its mean??

As for me, memang banyak perancangan yang kita atur dan rancangkan tetapi jika tidak mendapat persetujuan dari Allah SWT, belum tentu lagi akan bernilai untuk kita. Saya dah melalui pelbagai insiden yang mana saya dan hubby merancang sesuatu tetapi tidak terjadi, tetapi sebaliknya dan kadang2 kami realize memang perancangan Allah SWT itu amat2 teliti. Memang benar dan sebenar2nya..Ia seolah seperti kata-kata berikut:

Jika kita sedang berada dalam cuaca yang baik, tiba2 datang guruh dan kilat serta hujan yang lebat, janganlah kita berasa sedih dan pilu. Bila habis semua guruh dan kilat serta hujan, percayalah akan datangnya pelangi yang akan menyinari petang kita. Ini bukan saja kata2 tetapi memang benar2 berlaku. jika kita saksikan sendiri penciptaan Allah SWT, lihatlah apa akan terjadi selepas guruh dan kilat serta hujan, waktu petang tu mesti ada pelangi kan??So, jangan risau, tempuhilah semua itu kerana Allah tidak akan memberi cubaan dan dugaan melampaui dari kemampuan hambaNya sendiri..
Pelangi..datanglah menghiasi hari2 kami...

Nah., sekarang benar kan??Allah adalah Perancang yang Teramat Baik. Setiap yang dijadikan olehNya ada makna tersirat dan tersurat. Sebab tu kita kena percaya Rukun Iman. 
Saya dan suami merancang pelbagai rancangan untuk 2-3 tahun ini tetapi jika Allah SWT tidak mengizinkan, tiada usaha atau daya kami untuk melawan takdir Allah. Kami terima seadanya apa jua yang telah ditentukan olehNya. Semoga ada pelangi petang yang akan menyinari hari2 kami..Insya Allah..

Nukilan abadi, 

Fyad Yasir 12'

::F.Y.A.D:: forever and ever humble...

Friday, January 06, 2012

Terimalah seadanya...

Assalam to all,
Saya sangat suka lirik lagu Cinta Dongeng, tema lagu untuk drama bersiri Cinta Elysa ni. Walaupun ceritanya agak suram (dah la ending tak best..), tetapi lagu temanya membuatkan cerita itu sangat menarik. Sampaikan anak saya pun jadi minat pada lagu ni. Tapi kalau diubah sedikit bibit2 cinta dalam lagu ni, mungkin akan jadi lebih romantik kan? Apapun, syabas pada Edry KRU sebab selalu buat lagu2 yang romantis dan membuai perasaan.

Slot Cinta Elysa..


Cinta buku..
Oh yea, saya dah tengok filem Ombak Rindu..Aduh, saya pun macam peminat setia novel tersebut, terkedu dengan ceritanya - sangat romantis dan saya sangat emo okes bila setiap kali Izzah kena...hehehe..malu dengan mr hubby yang sering menggelakkan saya kerana titisan airmata yang jatuh membasahi pipi..hehehe..Apapun, banyak juga kekurangan cerita ni, ada plot2 yang tdk logik kalau kita tengok..antaranya:

1. Bila bapa saudara Izzah, Taha membawanya ke KL, tetapi sampai di Cameron Highland, aper citer?kata bawa p KL, awat kat Cameron pulak gambarannya?

2. Hospital yang paling hampir dengan Cameron, Columbia Asia Hospital ke?setahu saya di sana tiada Hospital tu. Tapi tak tau la kan, ada yang nak betulkan statement saya ni.

Dan banyak lagilah. Tapi itu tak penting, yg penting, ceritanya memang menyayat hati..sedih dan pilu saja..hehehe

Oklah, saya nak coretkan sedikit bait2 lagu Cinta Dongeng buat tatapan saya dan mr hubby..layan..

Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini

Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi

Chorus

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini

Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati

Ulang Chorus
Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

::F.Y.A.D:: forever and ever humble...

Thursday, January 05, 2012

No rice at this month..

 Assalam all,

Actually this is my previous wishlist when it goes turn to new year..gosh..same as usual..but, this time i would like to say that..yeah..i want to be a diet person - seriously babe..

help me diet
This is my diet month..hopefully..

So, here, starting from today onward and go for coming day (currently at this month only..hehe), i would like to say no ti 'RICE'..huhu..LoL..Hopefully, it will be my discipline to have some kind of good looking body (opss, its only for my hubby purposely..)..
The reason why i want to be a diet person is:

1. I frustrated when buy some kind of jeans, long shirt, then the size actually not match and really damn when this is my most favourite one..hush..so.??
2. Just look at my tummy, it really full of flabby..hahaha..what my hubby was always say..

3. I'm so jealous with some of my friend that really concern and still maintain slim even they are same like me, have a time to pregnant..gosh, why huh??

4. Finally, i want be a healthy person.. Seriously, now i'm very easy to get tired, its simple like when i walk in 30 minutes, then my legs a fully of muscle coming out..that was funny when my hubby said to me, "why u look so tired??no exercise la you.."..damn!!

So, what the meaning???

diet and nutrition tips
Like this??Oh my!!!

From today onward, this is my wish..loss another 10kg..please..Please say "I love u my body.."hahaha....

::F.Y.A.D:: forever and ever humble...

Tuesday, January 03, 2012

Betul ke kejutan budaya?

Assalam all,
Benar ke apa yang saya lihat dan saksikan ni?Nur Amalina Che Bakri yang pernah menjadi pelajar cemerlang Malaysia dengan mendapat 17A1 telah terkena kejutan budaya, betul ke??Ya Allah, kalau betulla mengapa sampai jadi macam tu?

Jom kita discuss sikit...

Pada hemah dan pendapat saya pelajar cemerlang yang dikategorikan 'genius' ni kebanyakkannya selalu mempunyai masalah - saya rasa mereka mempunyai masalah dalaman dimana mereka 'berperang' dengan emosi dan spiritual mereka. Yelah, mereka kan bijak, pintar dan pandai sudah tentu kadang2 'bodoh' dalam membuat keputusan hidup. Rasanya itulah yang dialami oleh kebanyakkan dari mereka. Sebelum ini kita dikejutkan dengan saudari Sufiah Yusof yang mana pernah menjadi pelacur untuk menyara hidup. Dan ada lagi beberapa pelajar genius yang menjadi mangsa dadah dan sbgnya. Di kampung saya juga ada seorang mamat ni, dia pun tergolong dalam golongan cerdik dan pintar sebab menjadi salah seorang dari pelajar cemerlang negeri Johor. Tapi apabila dia dihantar ke UK untuk mengambil degree, tak sampai setahun p, kena patah balik sebab jadi GILA!!!Ye dia jadi GILE...Dan, sekarang dia masih ada di kampung saya. Persoalannya, susah ke nak jadi budak cemerlang?

Sekarang ini, kita dikejutkan dengan perubahan drastik Nur Amalina Che Bakri pulak. Aduhai, sudahlah p oversea kerajaan tanggung, janganlah buat macam ni dik - kesian kat mak awak tu, dah la cikgu pulak tu..Tapi kenyataannya, betul ke gambar2 tu semua or itu hanyalah kesan teknik komputer?hanya Allah Yang Maha Mengetahuinya..Wallahualam..
Walau apa pun, saya harap kalau benarlah apa yang telah dilakukan oleh adik Nur Amalina kita ni, segeralah berubah kerana semua itu hanya sementara saja, kembalilah ke jalan Allah..

Fear of cultural revolution...ehmmm

::F.Y.A.D:: forever and ever humble...

Sunday, January 01, 2012

i want to delete some friend on my list FB..

Assalam all,
Actually, sudah beberapa lama nak keluar idea untuk men'delete' some friend dalam FB yang saya kira hanya menyemakkan mata saja sebab saya rasa mereka ini mata2 untuk melihat dan menyaksikan kesengsaraan saya - my personal point of view la..

I want to delete this friend pls..
Sebab apa?saya rasa ada antaranya masih berkawan dengan orang yang telah menghancurkan hidup saya - so, better saya delete dia saja kan??

Saya masih berbincang dengan husband tapi saya still dengan keputusan saya walaupun orang tersebut saya kenal benar sebab sama2 dalam bidang ketenteraan - tapi, kawan can makan kawan kan??

So, kesimpulannya, saya akan start men'delete' beberapa kawan pada hari ini - 01.01.12. Saya rasa ini azam tahun barulah untuk menyucikan FB saya dari dicerobohi - hehehehe..

Alhamdulillah, saya baru selesai pindah rumah dari rumah di line 105 ke line 69 (nombor bertuah - nombor jutawan ni mengikut formula yang dihasilkan oleh seorang jutawan di Malaysia - actually nombor jutawan adalah angka 3, 6 dan 9, so rumah saya bernombor 69..)

Bengang dengan landlord rumah 105 ni, bangsa minority dalam Malaysia - sesuka hati dia je suruh kami keluar setelah kami menyewa dalam 2 1/2 bulan, hampeh, tapi kami tetap bersabar - akhirnya kami dapat rumah yang comel ini - alhadulillah..thanks Allah to give us this beautiful house dan tentunya landlord nya orang kita - melayu dan muslim okes..

Pindah rumah memang sesangat tak best sebab banyak perkara kena difikirkan termasuklah kewangan. Sebab apa saya kata kewangan sebab - kena bayar downpayment 3 bulan advance pada landlord baru, pastu nak bayar makanan orang2 yang menolong pindah kan??kat situ je dah ribuan RM kan??so, tak patutlah landlord bangsa bkn melayu tu kata tiba2.."sorry aaa, saya nak pindah dok kat rumah ni semula la.."kenapa tak fikir perkara itu sebelum dia bagi sewa rumah ni??

Huh, mengeluh panjang tapi kami tetap bersabar saja - semua itu dugaan. Barang2 dalam rumah pun saya dah banyak simpan dalam kotak supaya senang tahun 2014 karang nak angkut letak kat apartment kami di Mantin tu - simpan saja di situ sehingga kami balik semula ke Malaysia..Hopefully on that..

So, untuk 2-3 hari ini, saya akan mengurung diri saya depan komputer kerana ingin menyiapkan PMA yang dateline nya lagi 2 hari ni - alhamdulillah, rumah dah siap kemas sampai sakit semua badan2 kami. 

Okla, see u again di lain entry..bubye..

::F.Y.A.D:: forever and ever humble...

Pengalaman menjadi Tutor di UK

Assalam semua readers, Alhamdulillah, praised to Allah Al-Mighty, saya diberi peluang untuk menimba ilmu dan pengalaman menjadi Tutor unt...