Assalam all,
Belum settle lagi proses pembayaran pampasan saya selama 12 tahun berkhidmat untuk kerajaan. Sudah dua bulan dilaksanakan tetapi masih 'on the way'..saya tak tahu dimana silapnya. Adakah selepas kita berhenti, kuasa hormat tu hilang?Mereka kata nak tunggu tangga gaji yang baru - baru boleh release. Yup, saya tahu pampasan perlu dibayar pada tangga gaji semasa tetapi mereka masih tak proses, itu yang masalahnya!
LHDN sudah keluarkan surat cukai dua minggu yang lalu tetapi sampai sekarang SPC tu tidak dihantar oleh bahagian gaji ke jabatan rekod dan pencen. Apa mereka buat di pejabat?tidak kerja kah?Sebab itu saya selalu mendengar rintihan dan rungutan dari pesara tentera akan lambatnya mereka membayar wang pampasan.
Untuk rekod, beberapa proses perlu dilaksanakan kalau kita nak cepat proses itu dilaksanakan - kebanyakkan pegawai akan menyuruh anak buahnya ke JRP, UGAT untuk membuat proses persaraan tetapi, saya menjalankan proses itu sendiri sebab kalau saya suruh anak buah, 1/2 tahun pun belum tentu siap! Proses yang perlu dititik beratkan adalah:
1. Bagi yang belum declare cukai melalui borang EC ke LHDN, segeralah memgisi borang2 dari tahun anda berkhidmat - macam saya saya hanya declare start tahun 2009, then tahun yang sebelumnya kena isi borang secara manual. Dapatkan surat dari UGAT untuk kita hantar ke LHDN bagi LHDN keluarkan surat SPC - Surat ini penting sebab selalu pesara akan stuck kat sini sebab LHDN tak keluarkan SPC (macam mana nak keluarkan kalau kita tak declare cukai??).
2. Segera ke Jabatan Insolvensi di Putrajaya untuk mendapatkan surat penyataan kebangkrapan - ini wajib just untuk declare yang kita tidak muflis. Sebab, kalau kita didapati muflis, kita tidak akan dibayar pampasan.
3. Perlu pula ke JPN untuk membuat IC awam. Buat saja dulu then, surat pengesahan hantar semula ke JRP.
4. Isi la semua borang2 yang JRP suruh isi - saya isi buku bersara, kad bersara dan semuanyalah.
5. Selalulah follow status SPC tu dari LHDN dan UGAT. Tetapi selalunya LHDN akan call kita yang surat SPC mereka dah keluarkan. Cuma UGAT saja yang kita kena betul2 pantau.
6. Memang memakan masa hingga 2-3 bulan lamanya pasal apa?Pasal mereka yang sepatutnya membuat kerja2 mereka, menunda dan menangguh2kan kerja.
7. Pada saya, prosesnya cepat kalau orang yang sepatutnya buat kerja tu, buat kerja dengan cepat dan pantas. Bukan tunggu kita call and tanya baru nak proses. Kalau kita tanya barulah mereka akan buat dan proses. Sama saja di tempat kerja saya yang lama - "pn, kita jeruk dulu la.." - itu ayat yang biasa saya dengar dari staff saya!Manalah Malaysia nak maju!!
Last but not least, Malaysia kena berubah, Rakyat kena prihatin dan tahu tanggungjawabnya. Sebab itu saya selalu tekankan dengan anak saya - we have to love Malaysia.
::F.Y.A.D:: forever and ever humble...
No comments:
Post a Comment