Assalam semua,
Alhamdulillah, kami dah pun dapat Visa UK Tier 4 kami. Submitted online 22hb (me and my dotter), 23hb (husband). The reason tarikh online lain-lain kebab debit card boleh guna hanya RM5000/day. Appointment pulak 26hb, Isnin depannya (ketiga-tiga kami). Then, hari jumaat 30hb dah dapat email dari VFS Manila, yg mengatakan "Decision will be despatched shortly". Mulanya rasa risau kenapa VFS Manila bagi statement "decision" sebab sebelum ni student2 yg ke UK dalam bulan sept 2014, VFS Manila beri statement "your visa will be despatched shortly", diaorang ckp direct perkataan visa tu.
See?. Punyalah takut kalau-kalau visa tak lulus. Saya bukan apa, risaukan harga yg perlu dibayar untuk sekali urusan visa, dekat RM2000. Phewww...
So, Isn dan Sel KL cuti (sempena hari wilayah dan Thaipusam), so memang close la Wisma MCA tu. Hari rabu kami ke KL untuk collect Visa tapi diberitahu Visa kami belum sampai. Hahaha, lawak sebab kami ni excited. Kalau tak cuti panjang mcm ni, mesti rabu dah boleh collect sebab VFS Manila ckp lepas 3 hari bekerja dah boleh collect. Sekalinya VFS Malaysia bagitau kena tunggu email dari diaorang baru boleh collect. Kami pun baliklah dengan perasaan hampa.
So, esoknya hari khamis, kami dah bergegas nak balik kampung sebab mak nak buat kenduri tahlil arwah ayah dan doa selamat untuk kami sebelum berangkat ke UK. Sebenarnya saya nak sangat cepat dapat visa sebab nak submit ke pihak rumah sewa kami di UK. Mereka perlukan visa kami untuk buat final decision. So, kenalah cepat sebab risau rumah diambil orang lain. Nasiblah kami dapat rumah sewa yang tidak perlu bayar sewa sehingga 6 bulan dan perlukan penjamin. Kami hanya isi form, bg surat penaja, surat offer dari university dan visa. Bayaran hanya 160GBP utk processing fees, dan 425GBP first month and 525GBP deposit. Syukur Alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya. Terima kasih buat kawan saya yang sudi membantu.
Berbalik cerita visa tadi - sebelum balik kampung tu saya dah dapat email dari VFS Malaysia bgatau visa dah boleh collect. So, kami ubah plan la, pergi KL dulu amik visa then terus balik kampung. Alhamdulillah, buka je anvelope dari VFS Manila tu, tengok visa dah siap tampal pada passport. Syukur pada Allah yang Maha Memberi.
So, settle dah semua urusan sebelum berangkat ke UK ni. Tinggal nak susun barang2 dalam beg je la ni. Haritu masa nak tinggalkan mak, sedihnya yang amat. Saya nak tinggalkan mak untuk jangka masa yang lama, entah bila saya dapat balik ke Malaysia - bergantung pada masa dan kedudukan kewangan la. Mak memang tak boleh menghantar saya ke airport atas urusan peribadi. So, yang akan hnatar kami ke airport nanti hanyalah MIL, FIL dan adik ipar. Takpelah, semua orang ada urusan masing-masing, kami taknak menyusahkan semua orang.
Okaylah. Now sedang mumbling hari untuk ke UK. Kadang tu rasa happy, kadang rasa berdebar dan kadang rasa tak yakin. Semua perasaan datang silih berganti. Saya berharap sangat tidak ada masalah semasa saya di UK untuk meneruskan pengajian PhD nanti. Semoga Allah memelihara saya dan keluarga dari sebarang perkara yang tidak baik.
will updated soon - UK, mu tunggu aku datang!
Regards, Dr to be - Intan
How early Kena buat appointment kt VFS Wisma MCA?
ReplyDelete