Assalam all,
Today is my day when i was born back to 31 years ago.
Beautiful cake - saya tak dapat apa2 kek..feel: sedihnyer! |
Alhamdulillah, Allah masih memanjangkan umur dan diberikan kesihatan yang baik untuk terus bernafas di dunia ini..amin
Kadang-kadang saya gembira, sedih, putus asa, marah, geram etc. Tapi, apa yang saya buat, saya akan cuba dengar pelbagai ceramah terutama bila di dalam kereta (saya dengar radio ikim.fm), baca buku ilmiah dan yg paling penting, selalu muhasabh diri.
Kenangan
Saya lahir pada 21 feb 1982 di Hospital Kem Terendak, Melaka yang mana ayah saya adalah seorang askar pada ketika itu. Dalam 4 orang adik beradik, saya seorang saja yang lahir lain dari negeri Johor. Sebab itu kebanyakkan kaum keluarga memanggil saya anak Melaka. Nama saya langsung tidak digunakan dalam panggilan harian sebab nenek saya (belah ayah) telah menggelarkan saya Intan. Selepas itu, kekallah nama Intan sehingga sekarang. Orang panggil saya fyad ketika sekolah di tingkatan 3 (kalau tak silap), sebelum tu orang akan panggil saya Intan or fazilah (senang nak sebut).
Dulu masa saya kecil2, setiap kali menjelang hari kelahiran, mak akan sibuk mengadakan majlis sambuatn hari jadi walaupun secara sederhana. Paling best waktu sekolah rendah, kek selalunya mak buat sendiri (macam2- kek kelapa la etc.). Ramai kawan2 datang dan saya dapat banyak hadiah, tapi kawan2 yg datang tu just jiran2 saja. Sampaikan pernah at one time birthday saya pada jatuh pada bulan ramadhan - ibu saya tetap membuat majlis harijadi saya tetapi ditukar kepada kenduri kesyukuran. Saya masih ingat time tu saya darjah 6 dan mak saya buat 'nasi ulam' untuk juadah berbuka puasa kepada tetamu yang datang.
See, how well my mom?
Bukan saya saja yang disambut harijadinya, adik beradik saya yg lain pun ibu akan buat sama. Fair and square!. Saya bersyukur dikurniakan ibu yg sangat baik dan penyayang walaupun garang (masa saya kecik2..hehe).
Sekarang
Semua tu sudah berlalu. Masa sekolah menengah, saya jarang sambut harijadi sebab tinggal di asrama sehinggalah sekarang. Bila time birthday, ada kawan2 yang sudi beri hadiah. Di asrama pulak, ada kakak angkat and adik angkat yg penyayang - selalu beri hadiah bila time birthday. How was funny at that time kan?. Sehingga la ke peringkat university, saya jarang menyambut birthday. Kata orang, dah tua2 pun nak sambut birthday ke??hehe..
Bila dah berumahtangga, lain pula. Tapi masa bercinta lagi best. hehe..Saya tak heart feeling pun if husband tak sambut birthday saya. Just wish Happy Birthday pun dah cukup menggembirakan hati ini. Hadiah2 bagai ni tak perlu sebab selalu je dapat hadiah dari husband!
Di usia dah menginjak ke angka 31 ni, saya terkesima sebentar. Wah, rupa2nya banyak sudah kehidupan pahit dan manis yang saya lalui. Rasanya sekejap saja masa berlalu. Kalaulah dipanjangkan umur selepas umur Rasulullah, saya nak hidup dalam amal makhruf, nahi mungkar..InsyaAllah..amin
Prinsip Hidup
Tahun ini (2013) saya nak menetapkan sasaran kehidupan yang hakiki. Kata orang2 government KPI la. Dulu masa kerja, bila awal2 tahun je, sure big boss suruh hantar KPI untuk tahun semasa. Kadang2, penipu saja, target berapa % la untuk capai sesuatu pencapaian. Haha..yang paling tragis, siap copy and paste, just tukar % je. Lawak bila ingat balik. Tapi saya tak copy and paste la..hehe
Bak kata Prof Dr. Muhaya - selalulah audit diri. Tang mana yang selalu buat silap, perbetulkanlah. Tang mana yang ok, teruskan. So, saya punya prinsip hidup sekarang adalah 100% jalan menuju Allah. Apa saja yang saya lakukan di dunia ini adalah jalan menuju akhirat. Saya wajib bersyukur dengan rezeki yang banyak dan tidak mengeluh dengan rezeki yang sedikit. Semua dari Allah yang Maha Esa.
Hunting for PhD
Yup, sekarang saya dah nak habis Master MEBM and MBA, Jepun. So, sekarang adalah masa untuk mencari-cari University untuk pengajian PhD saya. InsyaAllah saya akan ke Jepun bulan April ini dan maybe di sana saya akan start untuk apply mana-mana university di UK. My passion year is - on 2015 i will fly to UK to continue my PhD. Sasaran target kena ada, baru boleh bergelar PhD student - kerja kena ada gantt chart and monthly commitment based on data targeting. InsyaAllah, Allah akan bersama orang yang selalu berusaha untuk maju ke depan - demi meningkatkan taraf sosio-ekonomi keluarga dan ilmu yang berpanjangan untuk anak bangsa. Amin.
Where?? |
Jepun 2013-2014
Risau dengan pemergian saya ke Jepun akan datang. Bukan risau apa, saya risau rindu yang teramat sangat pada my lovely dotter tu. Rindu husband boleh tahan lagi, tapi rindu kat Dian - hanya Allah yang tahu. Saya risau tak dapat menahan rindu. Aduh...maybe saya kena bawak sehelai baju Dian yang lepas dia pakai/guna untuk melepaskan rindu. Yang pastinya, bulan Dec my lovely dotter akan datang dan saya akan main snow dengan Dian..hehe..itu kan azam saya tahun 2013 ni?. Saya setahun saja berkelana di Jepun dan InsyaAllah, PhD saya di UK. Memang untuk belajar di UK dah menjadi azam saya sejak sekian lam lagi - dari dulu lagi. Tapi, yelah, masa buat first degree dah kat local univ, macam mana kan? Siapa suruh tak score SPM?If not, boleh belajar over the sea..hehe.
Coklat di Jepun..sedap..100yen je |
Org Jepun sangat particular on combustible stuff |
jalan raya di Ikuta Campus - Tokyo |
Last but not least, Doa saya pada Allah SWT sempena hari kelahiran saya;
Ya Allah, berikanlah aku kekuatan untuk menerima perkara yang aku tidak boleh ubah, berikanlah aku kekuatan untuk mengubah perkara yang aku boleh ubah dan berikanlah aku kebijaksanaan untuk menilai kedua-dua perkara ini..aminn
Regards,
Dr to be - Intan
No comments:
Post a Comment