Wednesday, December 05, 2012

Aku dan Cik Eton...

Assalam all,

Apa khabar??

Saya tidak sihat selama seminggu berikutan terkena keracunan makanan yang agak kronik (pada saya kronik sebab saya terlantar sakit selama seminggu). Saya mengalami sakit perut (cirit-birit) yang kronik, sehari saya boleh membuang lebih dari 20 kali, sampaikan berat badan saya susut sehingga hampir 7kg. Saya tak lalu makan, dah ler pulak tu saya sedang mengalami 'period' yang sangat panjang dan maybe mengalami 'keguguran'??. Entahla, banyak pulak dugaan di saat-saat akhir saya ingin membentangkan hasil kajian saya terhadap Quality System in Food Processing. Hampir seminggu saya meninggalkan 'jurnal2' saya tu.

Tapi itu tidak menjadi masalah yang besar pada saya. Alah bisa tegal biasa - semua perlu diatasi dengan semangat yang kental dan kuat.

Saya takkan patah semangat!

Itu cerita tentang 'sakit' saya. Sebenarnya saya nak cerita berkenaan apa yang saya buat di hujung minggu kelmarin. Saya dan my family outing dengan menonton wayang. Pada mulanya nak tengok Twilight (saya kan minat cerita ni dari dulu lagi), tetapi setelah dikaji, maybe cerita ni boleh bertahan di panggung selama lebih sebln (setelah melihat keadaan cerita James Bond - dah lebih sebulan di pawagam), so kitaorang decide nak tengok cerita melayu - Sepah The Movie, Bukan Biasa-Biasa!! Biasalah, kami nak sokong industri orang Malaysia. Boleh tahan la tahap lawak yang dipersembahkan, tak rugi duit tiket yang kami beli tu. Suami saya memang minat dengan sepah, maybe sebab diaorang orang Kulai, Johor dan yang paling penting, lawak diaorang menjadi selalu.

Ok, saya bukan nak komen pasal cerita sepah. Saya nak story pasal cerita Zaiton, Ceritaku. Saya melanggan cerita ni di Astro First. Pada mulanya saya melanggan cerita Istanbul, Aku Datang (best jugak! Nama Lisa Surihani adalah Dian, sama panggilan anak saya dan dalam cerita tu Dian takut kucing, sama macam anak saya!) dan tiba-tiba hati meruntun nak tengok cerita cik eton!

Pada hemah saya, cerita Zaiton tu memang menyentuh jiwa.

Apa yang saya nak bagitahu, saya merasakan apa yang berlaku ke atas Cik Eton tu ada persamaan dengan kehidupan saya sekarang. Yang bezanya, dia ditimpa kemalangan (as dugaan) sedangkan saya ditimpa dugaan yang berbeza. Cik Eton kehilangan 'dunia kerjaya' nya selepas itu, sama seperti saya. Segalanya hilang selepas tragedi hitam itu!, sama juga seperti saya. Dunia seperti tiada hala tuju, tiada apa yang ingin dijalankan, segalanya hilang sekelip mata. Kawan-kawan yang dulu sama-sama dikala senang, semuanya 'hilang' entah kemana. Yang ada hanyalah suami sebagai tempat bergantung sepenuhnya!. Lama juga untuk cik Eton kembali bangkit semula untuk meneruskan hidup, tetapi dia sangat cekal dan kuat semangat. Dia seperti 'dihidupkan' semula oleh Allah untuk terus berjuang dalam kehidupan! Cuma, kesian cerita tu, hanya mampu meraih kutipan sebanyak RM150,000 sahaja. Itulah cerita melayu, kesian juga kan??

Saya ada terbaca artikel dalam internet yang mengatakan cik eton semasa zaman kegemilangannya, dia amat seksi, kaya dan sangat glamour. Yelah, masa dia galmour tu saya masih kecil, mana saya tahu pasal artis walaupun ketika itu saya sudah berusia 6 hingga 8 tahun macam tu. Dan lagi, cik eton ada pernah membeli sebuah banglo di area rumah Datuk Yusuf Haslam pada ketika itu. Tetapi, segalanya hilang setelah dia mengalami kemalangan tersebut. Apa yang paling sedih, dia terus kehilangan anaknya buat selama-lamanya.

Zaiton Sameon di zaman 1980-an
Zaiton Sameon now..

Satu ketika dulu...

Saya??

Yup, saya juga akan terus berjuang sehingga ke hembusan nafas yang terakhirnya. Allah telah memberi 'kehidupan' yang baru untuk saya!. Tiada lagi dunia disiplin, berpakaian seragam, 'duty' diwaktu malam, kursus ke sana ke mari etc. Saya bersyukur atas apa jua yang Allah dah beri sekarang. Apa jua yang Allah beri, semuanya cukup pada saya. Pelbagai 'koleksi' dugaan yang perlu saya hadapi - satu persatu saya hadapi dengan tenang dan tabah. Saya tidak menganggap ianya meyusahkan malahan saya bersyukur kerana Allah mengurniakan nikmat lain atas apa jua dugaan yang diberikan.

Oh yea, ada lagi persamaan saya dan cik eton, tarikh berlaku kemalangan dia adalah pada 21 feb 1990 (tarikh lahir saya 21 feb 1982) - tarikh sama kan??. Juga tarikh saya accident dua kali (21 Ogos 2011 dan 21 Ogos 2012) dan ada lagi tarikh 21 Jul (biarlah rahsia) yang semuanya kebetulan. Ye semuanya kebetulan saya tidak mengambil apa-apa makna, just kebetulan pada tarikh yang sama kan??

Jadikan pengajaran apa yang berlaku, berhati-hati dalam menjalani kehidupan supaya tidak mendapat murka Allah, murka sultan takpe lagi tapi kalau dah sampai dapat murka Allah, faham-fahamlah kan??So, saya akan cuba baiki apa jua yang telah saya lakukan di masa lalu dengan yang lebih baik masa kini. 

Hanya satu tujuan saya, jalan menuju Allah SWT.

InsyaAllah, 

Hasil nukilan rasa,
Fyad San.

::F.Y.A.D:: forever and ever humble...

No comments:

Post a Comment

Pengalaman menjadi Tutor di UK

Assalam semua readers, Alhamdulillah, praised to Allah Al-Mighty, saya diberi peluang untuk menimba ilmu dan pengalaman menjadi Tutor unt...