Assalam all,
Kadang-kadang Allah turunkan hujan lebat,kita mengeluh kerana basah kuyup dek air hujan, berusaha kita untuk mencari payung ataupun tempat berlindung dari basah tadi. Kita tak henti-henti mengeluh kenapalah hujan masa kita sedang enak menikmati perjalanan yang hebat. Pelbagai kita temui ketika sedang menempuh perjalanan tadi, pokok-pokok bunga yang harum mekar, haiwan-haiwan yang comel dan awan yang berarak melindungi perjalanan kita. Tiba-tiba hujan turun membasahi kita dengan tidak semena-mena. Habis basah seluruh pakaian kita sehinggakan ada juga tercalit air takungan hujan di lopak air tepi-tepi jalan sepanjang perjalanan kita tadi. Puas kita berdoa semoga hujan ini dihentikan supaya kita boleh terus berjalan dan berjalan untuk menikmati keindahan alam ciptaan Allah SWT ini. Kita mengeluh dan berasa geram serta marah akan apa yang berlaku tanpa sedikit pun rasa bersalah.
Ya, memang itulah gambaran kehidupan yang kadangkala tidak terjangkau akan akal kita untuk memikir hatta merangka apa yang akan berlaku. Tetapi, percayalah dan bersangka baiklah pada Allah. Kerana, hidup ini umpama putaran roda, adakalanya kita berada di atas, dibawah mahupun ditengah-tengah. Apabila ditimpa musibah iaitu umpama ditimpa hujan, tanpa kita sedari kadang-kadang kita terlepas kata pada Allah, terlepas bersyukur dengan nikmat Allah.
Percayalah pada Allah.
Sebenarnya Allah sedang menguji kita iaitu dengan diturunkanNya hujan. Dan sebenarnya, tanpa kita sedari selepas hujan yang lebat itu, Allah beri kita sinar pelangi yang indah dan cantik untuk kita pandang, lihat dan nikmati.
Justeru, bersangka baiklah pada Allah. Apa jua yang telah disediakan oleh Allah, terimalah dengan hati yang terbuka tanpa rasa sangsi. Allah akan beri pelbagai dugaan untuk hambaNya tempuhi sebelum didatangkanNya 'pelangi nan indah'.
Untuk itu, bersyukurlah kerana kita masih diberi oleh Allah kekuatan dan daya usaha untuk meneruskan kehidupan. Dan sesungguhnya kehidupan didunia penuh dengan pancaroba sebelum kita berjaya di akhirat kelak. Dan, hemahnya, Allah sangat sayang pada hamba-hambanya dengan menurunkan pelbagai 'koleksi dugaan' untuk menguji keimanan seseorang itu. Jika berjaya, nescaya 'pelangi nan indah' menjadi habuan. Dan ingatlah, kita patut bersedih sekiranya kita tidak diberi dugaan oleh Allah kerana sekiranya Allah tidak sayang kepada kita, nescaya dibiarkanNya sahaja kita terus alpha dan leka dengan urusan dunia yang penuh tipu muslihat ini.
Wallahualam bissawab.
Nukilan,
Fyad-san.
10 oct 12
No comments:
Post a Comment