Assalam semua,
Tajuk atas ada kena mengena dengan berita baik bagi warga Malaysia yang tidak berkesempatan ke luar negara untuk membeli barangan berjenama seperti di US, UK, Australia etc kerana di Malaysia (di Johor okes..) sudah didirikan satu rangkaian outlet pertama di Asia Tenggara dengan 80 jenama di kawasan seluas 19 hektar. Antara jenama yang berada di sini adalah - Adidas, Nike, Armani Exchange, Burberry, Coach, Canali, Espirit, Gap, Calvin Klein, DKNY, Salvatore Ferragamo, Lacoste, Charles & Keith Reductions, Guess, Michael Kors, Fossil, Levis, Tumi, Tommy Hilfiger, Oroton, Royal Selangor, Swiss Watch Gallery, Clarks, Poney, Carlo Rino, Timberland, Bonia, Roxy, La Senza Lingerie, Polo Ralph Lauren, Puma, Quiksilver, Rip Curl, G2000 Outlet, Vincci serta Skechers...Fuh, saya bagitau semua sebab sangat2 teruja ni...
Kalau kita lihat, tempat2 ini seperti di luar negara yang menawarkan harga2 yang boleh tahan murahnya - tapi still tak sama dengan harga yang kita beli di negara pengeluarnya la, of course ok!!Saya suka viewnya even saya belum pernah menjejakkan kaki ke sini sebab baru saja dirasmikan oleh PM kita dua hari yang lepas kan???
Saya Insya Allah akan ke sini minggu depan memandangkan anak saudara saya di Kota Tinggi akan melangsungkan perkahwinan - so, sambil menyelam minum air la kan??Niat dihati bukan nak membeli sangat pun, just nak cuci mata, nak tengok suasana.
Pada hemat saya, kalau dah digelar outlet, selalunya harga yang ditawarkan agak berpatutan dan murah berbanding apabila kita membeli di pasaraya. Premium Outlet juga bermaksud, kita akan memperolehi direct discount 25 - 65% setiap hari, setiap shop adalah berdekatan dan berhampiran antara satu sama lain,. Maybe gayanya seperti di Kota Bandung dimana disana terletaknya banyak Factory Outlet yang sangat saya kagumi harganya..wow...
Dulu masa saya ber'beg packers' di Bandung, saya hanya sempat melihat dan meninjau (ada juga membeli tapi tak banyakla..) di sekitar factory2 outlet termasuk butik Zara...saya tak berapa meminati Zara tapi hanya kagum dengan seni yang dihasilkan. Yelah, kan Zara hanya menghasilkan 'premium' brand saja kan??Zara hanya keluarkan 100-200 helai pakaian pada satu2 jenis/musim saja. So, tak semua orang boleh memiliki Zara okes...memang premium!!!
Okla, will continue next apabila saya berkesempatan ke sana, itupun kalau my hubby benarkan sebab dia memang tak suka saya ke tempat2 macam tu, bukan apa, takut duit habis macam air...hehehhe
No comments:
Post a Comment