Salam Hijrah semua,
Harini adalah permulaan kalendar Islam untuk tahun 1432H..harini juga dinamakan 'Maal Hijrah' dimana byk kisah2 perjuangan Baginda Rasulullah SAW dalam menegakkan Islam dan bagaimana penghijrahan Baginda dari Mekah ke Madinah..peristiwa bagaimana Baginda ketika hampir dibunuh oleh geng Abu Jahal yg laknatunallah...
Alhamdulillah, saya bersyukur sbb dilahirkan dalam Islam..bagaimana jika saya lahir sbg seorang kafir?nauzubillah..Allah dah tentukan nasib seseorang ketika kita berjanji dgn Allah sebelum dihantar ke dunia yg fana ini...
Arwah meninggal pada thn 2009 - Al-Fatihah
Malam td saya dan suami berkesempatan ke Masjid An-Nur Pangkalan TLDM Lumut utk solat berjamaah dan membaca doa awal dan akhir tahun...Ada sessi ceramah tentang Maal Hijrah..
Di Malaysia disediakan majlis sambutan tahun baru islam 1432H, dalam majlis tu juga ada diumumkan tokoh maal hijrah bagi tahun 1431H...Alhamdulillah, kemeriahan masih terasa..
Bersyukur pada Allah yg Esa sbb masih memberi saya nyawa dan hembusan nafas di dunia ini..sehingga saya mampu utk berdiri menghembus nafas dalam tahun 1432H ni bersama keluarga dan semua sanak saudara..Al-Fatihah bagi mereka yg tdk sempat menemui tahun baru ini..
Sempena tahun baru, saya ada masak beberapa makanan yg enak2 sbg juadah berbuka puasa..saya masak botok2 Johor, curry puff, kuih sago rendang dan lepat cendol..sedap betui..biasalah, kan tahun baru..azam pun mestilah yg ada umphhh, mcm makanan yg saya masak ni..hehehehhe...
Ok, sebagai menzahirkan impian dan harapan, saya ada beberapa azam yg ingin di laksanakan antaranya:
1. Nak jd Pegawai terbaik di KL.
2. Nak berbuat baik dan tdk berprasangka buruk terhadap org lain.
3. Nak score terbaik utk 1st n 2nd sem ni Master saya.
4. Nak kurus!!!huhuhuhu..target 60kg je..hahahaha..
5. Nak hantar Zharifah sekolah Q-Dees or Smart Reader.
6. Nak jadi isteri terbaik.
Rasanya itu saja impian dan azam utk tahun baru ni..kalau ada yg terlintas difikiran lagi, saya akan post lagi la..
Untuk setakat ini je la..sambung next entry..babai..
No comments:
Post a Comment