Monday, September 06, 2010

Hari-hari terakhir bulan Ramadhan...

Salam Ramadhan Al-Mubarak..

Harini agak sedih sbb aku masih tdk mempunyai peluang utk bersolat terawih utk hari yg ke 27 Ramadhan..sedih sbb aku masih tdk blh menyempurnakan solat2 sunat dimalam lailatul qadar..InsyaAllah, mungkin harini hari yg terakhir aku bercuti dari keuzuran, esok dah boleh puasa..mengikut riwayat (tak ingat dari siapa), kalau 1 Ramadhan jatuh pada hari rabu/ahad, mungkin malam lailatul qadar akan jatuh pada malam ke 29 ramadhan (wallahualam bissawab)..ini hanya riwayat..

 Allahu Akbar!!!

Sesungguhnya malam lailatulqadar tu adalah rahsia Allah..kita sbg hamba kena la cari malam lailatul qadar tu..InsyaAllah, aku akan gunakan mlm2 ikhsan yg dapat aku titipkan ni (mungkin ini saja rezeki aku yg Allah bg...), tapi aku tetap bersyukur..aku masih mampu utk bersolat terawih..tahun ni 10 hari tak diizinkan berpuasa oleh Allah...(",)

Apa yg aku sedih sbb aku mmg benar2 nak bertaubat dan aku mmg benar2 nak jd insan Allah yg hakiki, aku try nk buang semua perangai2 buruk dulu (hanya Allah yg Maha Mengetahui)..Ini janji aku pada Allah, aku nk byr nazar aku pd Allah (puasa seminggu berturut2 sbb dah dapat ijazah - masih tak dibuat lagi)..Ya Allah, ampuni aku Ya Allah..lagi 1, mak aku ada pesan yg aku belum bg lg set alat tulis utk semua anak yatim kat Rumah Anak Yatim Kluang..itu aku akan usahakan..



Lagi 1, berkenaan rezeki Allah ni (durian runtuh), kalau dapat rezeki tu mggu dpn (aku dah nazar nak berpuasa seama 1 hari)..InsyaAllah...Ya Allah, tolongla hambaMu ini Ya Allah...aku memang sehina-hina umat..tapi Kau tolongla bukakan jalan dan pintu taubat utk ku Ya Allah..Aku mmg sedar apa yg telah aku lakukan sebelum ini dan aku cuba utk mengubah diri ini Ya Allah...

Sesungguhnya, syurga itu benar, nerakan itu benar Ya Allah...Tiada Tuhan lain yg wajib disembah melainkan Kau Ya Allah...Inilah yg aku terapkan dalam jiwa nurani aku skrg dan InsyaAllah, aku akan terapkan pada jiwa anak aku kelak...

Macam mana nak jadi seorg yg pemaaf dan jgn cepat marah2??itu adalah kunci syaitan..so, kena muhasabah diri la...itu yg amat penting sekali..so, skrg musuh utama aku adalah nafsu aku sendiri...kalau aku berjaya melawan nafsu, tak musahil aku blh melawan syaitan yg menyesatkan..InsyaAllah..

Kehidupan ni hanya sementara, yg abadi adalah di alam akhirat, dunia ni hanya satu persinggahan utk kita sbg umat menuju ke alam akhirat yg kekal abadi...apa2pun, benda ni kena selalu ingat, kalau ada rezeki lebih, kena ingat insan yg memerlukan, kerana setiap rezeki yg Allah bg ni bukan semuanya utk kita, mungkin ada sedikit utk org lain yg memerlukan, InsyaAllah, aku akan mula menerapkan unsur2 penjimatan yg sebelum ni aku lalai dan alpha dari memikirkannya...aku akan cuba utk tdk boros (lebih berjimat dan menyimpan)...

 


Mungkin ada hikmah disebalik semua dugaan Allah, bila kita dilanda kesusahan, ingatlah, Allah sedang berkomunikasi dgn kita berkenaan hal apa yg sedang kita lakukan sekarang mahupun yg telah berlalu..Ingatlah, Allah itu Maha Adil dan Bijaksana, Dia akan menentukan mana yg baik dan mana yg buruk utk kita...Alhamdulillah Ya Allah, sejujurnya, dugaanMu amat bernilai utk membangkitkan diriku drpd leka dan alpha dgn duniawi...

Bulan Ramadhan dah nak pergi, tp aku sedih sgt2, kenapa ye?aku rasa mcm tak cukup, dan aku akan rindu pada bulan Ramadhan kerana ini adalah bulan yg semua pintu taubat terbuka luas, hanya kita sbg umat yg ingat ke tidak....

Tapi, Ya Allah...Aku amat rindu pd bulan Ramadhan ini Ya Allah, semoga aku diberi kesihatan dan kekuatan utk berjumpa dgn bulan Ramadhan yg akan dtg...aku nak memberi  kebahagian kepada kedua ibu bapa...sebelum mereka menutup mata meninggalkan dunia ini utk selama-lamanya...amin yarobbal alamin...

No comments:

Post a Comment

Pengalaman menjadi Tutor di UK

Assalam semua readers, Alhamdulillah, praised to Allah Al-Mighty, saya diberi peluang untuk menimba ilmu dan pengalaman menjadi Tutor unt...