Thursday, July 29, 2010

Rumah Lelong...

Salam semua...
Harini saya nak story pasal jualan hartanah rumah lelong...orang kata kalau nk jd hartanah yg berjaya, salah satu caranya adalah membeli tanah (rumah lelong)...yeala, selalunya rumah lelong akan dijual dengan harga yg jauh lbh rendah dari harga asal, bank/kerajaan yg ingin melelong rumah/tanah selalunya melelong hanya pada harga apa yg buyer tak habis bayar, let say harga rumah waktu beli RM100,000.00 tapi hutang dengan bank tggl RM50,000.00, so bank akan lelong pada harga RM50,000.00 tu la..itula kelebihan beli rumah lelong..yg payahnya beli rumah lelong ni sbb kena bid harga jek..kta kena fight dgn buyer2 lain utk dapatkan rumah tsbt...payah kan?tapi duit cash kena ada la sbb bila2 masa je harga bid akan naik...10% pada harga rumah kena sediakan bank draf....
Tapi kalau nak beli kena pandai tau sbb kena tgk jgkla rumah lelong tu sblm membeli..sbb apa?ada sesetengah rumah mmg tak boleh pakai pun, tingkap dah takde, pintu tercabut...so, kena tgk betui..ni 1 contoh rumah lelong...rumah dah la serabai habis...saper nak beli kan???

Sunday, July 25, 2010

preparation untuk anak masuk sekolah...

Salam ukhwah...

Kalau dgr tajuk kat atas tu rasa mcm la dah besor anak kan?padahal baru nk menjengah alam 4 tahun next year..tp aku rasa happy n semangat nak masukkan dia sekolah taska next year..ehmmm, biarlah dia dapat jumpa kawan2, bersosial dan mengenali erti sebuah kehidupan kanak2..yealas, dia dok kat umah jek seharian dgn bibik, kalau keluar rumah pun aku bwk dia p jln2 or shopping2 jek...selain dr tu, takdakla kecuali kalau ada buat mjlis2 utk dia or kami p majlis birthday dan sebagainya, masa u campur2la jgk dia dgn anak kwn2 yg hadir, selain dari tu, tkdakla...
So, inilah masanya utk dia berjumpa kwn2 dan bergaul, janji pergaulan tu ikut batas2 yg ditetapkanlah..tahun dpn byk plan utk anak kesayangan kami ni..1st, nk daftar dia kat jouyuskids sitiawan, p kelas mengaji n hntr p kelas piano...hahaha, byk betui impiannya,tak taula tercapai ke tidak kan??
apa2 pun, iya kena jgk dihantar ke sekolah n kelas2 spt yg dinyatakan diatas...

Saturday, July 24, 2010

I need to change....

Salam Muhibbah....
How to change?ehmmm,topik yg aku pilih ni taklah beban sgt tp pd aku ianya amat2 berguna utk aku...sbb apa?sbb aku mmg btl2 nk kurus spt dulu masa aku study..dulu mak berat pun dlm 58kg jek..skrg?takyahla aku describe how much kan?but, i really need to change...perhaps, malula dgn kwn2 sbb ada kwn2 yg dah berkahwin n anak pun mcm aku baru sorg,tp diaorg still blh jaga bdn, cantik lagi...aku???
Kalo nak diikutkan,aku ni blh la tahan tahap kedisiplinannya, tp???sejak dah malas nak jaga2 badan ni, ada je lebihan lemak yg sangkut disana sini..hahhahah...bkn apa, aku jeles tgk kwn2 yg still kurus...kenapa aku tak blh ek?
so, aku dah tekad dan berazam, sepanjang bln puasa ni,aku akan diet, yes, really2 diet yg hard but not too embarrassed..aku akan pastikan at least berat aku turun smpai 5kg, then maintain...tp kan, bab2 nak maintain ni yg payah sket tau..bkn apa, aku sblm ni dah berjaya trnkan berat hampai 10kg tp disebabkan aku dah tak maintain, it become the previous one..hahhaha,padan muka aku...sapa suruh jd mcm tu kan?bkn salah org lain, salahkan diri sendiri....
so, ini adalah tekad aku, dan aku takkan berganjak dari tekad dan iltizam aku ni, apa nk jadi, jadila...yg penting, aku berjaya turunkan berat badan ke berat idaman...tolongla, aku mmg betui2 nk dpt berat idaman aku dulu, boleh kan?tak susah kan?hey, sapa kata tak susah???susah tau, perut aku yg dah sentiasa tak pernah kosong ni akan terkejut berukla for the 1st time...hahhahaha...
ok2, come on fyad,kuatkan semangat, tabahkan hati, cekalkan diri...semoga aku berjaya turunkan berat badan dan dpt menyarung semula pakaian2 yg sekian lama tersimpan cantik dlm almari...semoga semua impian bakal menjadi kenyataan...amin ya robbal alamin...

Monday, July 05, 2010

Mimpi ku...mimpi minum arak...

Salam maulana,

Nak bgtau nie, saya mimpi terukla malam td..bgn pg td mcm2 fikir..betui ke apa yg aku alami dalam mimpi tu?adakah itu hanya mainan tidur ataupun ada satu petanda samada baik/buruk??bgn pg2 da rasa serba tak kena jek..
Ok, mimpinya lebih kurang mcm ni la...
aku p kat satu kedai ni lebih kurang mcm kat pusat peranginan la...lepak2 dengan member2 aku (lelaki) la..past dia order minum, aku pun bangun terus p beli air arak tin (tak silap aku tiger), aku amik air tin arak tu dari dalam peti ais, aku beli 3 tin..satu tin aku bukak, terus minum tanpa rasa bersalah padahal aku tak pernah minum arak sebelum ni (dlm mimpi tu la..), member aku pun buat selamba jek mcm takda apa2 berlaku..aku minum hampir separuh tin la..tp takda pulak rasa mabuk ka apa ka...tak taula kalo mimpi ni sbb aku dok baca artikel tulisan org mengenai amsterdan yg terkenal dgn kegiatan teruk2 kat bandarayanya..(ehmmmm, Wallahualam...)
lepas minum, aku terus masuk kelas (tak taula kelas apa...).ada sorg member perempuan aku tanya, dia nampak aku minum arak, tp aku tak ngaku...dipendekkan story, aku mmg menyesalla dgn perbuatan aku minum arak tu, then aku bgtau kat hsbn aku berkenaan hal ni..dia marahkan aku tp apakan daya???aku da buat kesilapan kan??
Bangun je dari tidur, aku terus try cari kat internet, kot2 ada cete pasal mimpi minum arak ni...adala org post pasal tafsiran mimpi ni, ada bgtau mimpi minum arak ni maksudnya akan memperolei harta, ada pulak yg bgtau dgn tiba2 akan berlaku sesuatu tetapi benda yg menyenangkanla, dan ada pulak menafsir akan memperolehi harta yg tidak diketahui halal/haramnya...ehmmm, tak tau la nk kata apa kan?sume tu adalah kuasa Allah..kalo betul mimpi tu maksudnya, Alhamdulillah...kalo tdk, aku akan anggap hanya mainan tidur jela...
Tp mmg kadang2 mimpi ni ada maksud tesirat jgk..yela, maybe ada benda yg kta tak perasan...kadang2 Allah beri melalui mimpi...tp jgnla taksub pada mimpi tu pulak...semuanya adalah kuasa Allah yg Maha Esa..kita sbg hamba kena la ikhtiar kalau nak kan sesuatu samada kekayaan mahupun kesenangan...bukan apa, kalau kita senang, nak beribadat, membantu org2 susuah pun takda masalah..janji niat kerana Allah..InsyaAllah, Allah permudahkan segalanya...
Itulah serba sedikit mimpi aku yg aku rasa paling jijik la..yela, bayangkan minum arak?benda yg haram disisi Allah..dlm mimpi aku minum, takut oiiii....risau jgk, yelah, kta tak pernah buat benda2 haram tu, tup2 mimpi mcm tu pulak, aduhai...alamat tak selamatla...okla, itu aje yg nak diborakkan kat sini..saja nk share pengalaman...Wallahualam Bissawab...

Pengalaman menjadi Tutor di UK

Assalam semua readers, Alhamdulillah, praised to Allah Al-Mighty, saya diberi peluang untuk menimba ilmu dan pengalaman menjadi Tutor unt...