Saturday, July 13, 2013

Puisi syahdu buat my arwah ayah...

Assalam kawan2,

Harini sudah masuk hari ke-4 umat Islam berpuasa termasuklah saya di bumi Nihon ni.

Alhamdulillah, walaupun puasanya agak panjang - 16jam, tapi saya berjaya berpuasa. Dah la sekarang tengah summer, cuaca agak panas dan berlengas. Berpeluh saya dibuatnya, sebab itu setiap mlm saya akan on aircond sebab tak tahan, panas sangat..haha, alasan kan??sebelum ni kat Malaysia okey je!!!

Semalam saya berchatting dengan sepupu saya yang sama seusia dengan saya, fadly tapi saya panggil dia bujang je!

Kami bercerita mengenai keluarga masing2...sebenarnya dia adalag sepupu sebelah arwah ayah saya. Dipendekkan cerita, ini bukanlah nak memburukkan keluarga tapi inilah hakikatnya - keluarga sebelah arwah saya sudah lama tidak berbaik (some sibling- not all).

Sebenarnya, sejak saya berkahwin, saya belum pernah membawa suami saya berkenalan dengan semua makcik2, pakcik2 saya (tak semua) sebelah arwah ayah. Sebab conflictnya terlalu conflict untuk diperkatakan. So, sepupu saya ni sekarang mendapat tempiasnya sebab mak dia pula yang di'belasah' oleh adik-beradik mereka. 

Saya tak faham dengan kehendak manusia - tak cukup ke dengan harta peninggalan ibu dan ayah?..sesama adik-beradik bahagi2la sama rata, bukan orang lain pun, adik-beradik kan?. Sebab itu, dari sekarang saya bagitahu pada mak saya - mak habiskan semua duit yang mak ada, jangan tinggalkan utk anak2, mak pakai dan guna utk apa yang mak nak!...termasuk tanah, rumah, kereta etc. Saya dah siap2 upah lawyer utk jaga dan apa2 jadi pada mak, semua harta akan dibahagikan ikut hukum faraid!

Ini bukan cerita dongeng dan saya dah siapkan semua!. Sebab saya taknak jadi sekali lagi apa yang pernah terjadi dalam keluarga arwah ayah saya. Kerana harta, orang sanggup buang keluarga..its really happen, not only in drama's!. Dulu masa saya kerja, ada seorang anak buah saya ni, balik ke kampung semata-mata nak selesaikan urusan 'gaduh' adik-beradik (13 orang) pasal seekar tanah!!..Can we imagine that??

That's why i said - we should hired lawyer for siap2 pembahagian!..kadang2 kita fikir, mengapa mak masih hidup, kita cerita pasal harta semua, but we have to think what we gonna be after our mom past away??.. kesian kat mereka, nak tanggung seksaan dalam kubur oleh kerana anak2 berbalah di atas muka bumi - we should think that!..bila dah buat semua pembahagian, anak2 tak boleh nak gaduh sebab semua dapat pemabahagian (i mean tak boleh nak kata no..). Dan, takdelah mak bapak kita diseksa dikubur atas sebab tak berlaku adil atas pembahagian harta pada anak2..

Apart from that, memang tiba-tiba saya teringat kat arwah ayah..it's suddenly happen for me..saya menangis sendirian bila teringatkan arwah ayah lebih2 lagi di bulan puasa begini - selalunya arwah akan sibuk2 tanya anak2 nak makan apa masa raya nanti...tapi, mostly ayah akan follow orders from me!!...biasalah, saya kan anak kesayangan ayah..

Arwah akan cari buluh kalau saya teringin nak makan lemang, dia akan cari kaki lembu kalau saya teringin makan sup kaki lembu...semua itu hanya tinggal kenangan. Ya Allah, aku amat merindui arwah ayahku pada tika dan saat ini. Ku titipkan doa dan pengharapan agar Allah menerima segala amalan dan taubat arwah. Al fatihah buat my lovely ayah..

Ayah - you are my hero in my life forever and ever!..

Puisi untuk ayah (my karangan deeply in my heart!)

Ayah,
masih ku ingat kata-katamu..
segar dalam ingatanku..
kau sering bertanya apa aku akan jadi bila besar nanti..

Ayah,
kau bersusah payah mencari duit..
demi sesuap nasi kami anak beranak
walaupun gaji kau kecil pada waktu itu

Ayah,
masih aku ingat lemang yang kau bakar..
ketika hati ini terdetik ingin memakannya
kau katakan 'tak sedap' jika hanya dibeli
kau meredah hutan semata mencari buluh lemang

Ayah,
kau sanggup keluar pada lewat malam
untuk membeli 'botol air robot'
sedangkan kedai sudah mahu tutup ketika itu
demi kerana anakmu ini

Ayah,
sangat bangganya dirimu ketika aku berjaya mengikuti jejak langkahnya
sebagai menjadi perwira negara
kerana kau tahu, kau tidak mampu
membiayai kos pembelajaranku waktu itu

Ayah,
pemergianmu amat ku rasai kini
semua hilai tawamu sudah tidak dapat ku dengari
malah tiada lagi panggilan ayah yang ku sebutkan
dikala ini ketahuilah wahai AYAH ku...
AKU AMAT MERINDUIMU...

gambar ini di snap oleh anakku seminggu sebelum arwah pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya..

gambar ini di snap oleh anakku seminggu sebelum arwah pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya..
I LOVE YOU AYAH...!!!

Regards, Dr to be - Intan

No comments:

Post a Comment

Pengalaman menjadi Tutor di UK

Assalam semua readers, Alhamdulillah, praised to Allah Al-Mighty, saya diberi peluang untuk menimba ilmu dan pengalaman menjadi Tutor unt...