Thursday, March 03, 2011

Tahun kesedihan..pemergian Allahyarham Mohd Taha bin Natak

Salam Ukhwah kawan2,

Saya masih dalam mood sedih yg teramat dahsyat..tanpa disangka-sangka, dalam sekelip mata, Allah telah menarik balik insan yg amat saya sayangi - ayahanda saya MOHD TAHA BIN NATAK..sesungguhnya, amat perit ujian Allah ini buat saya..tak tertanggung rasanya, tapi saya kuatkan juga semangat saya, segala jasa dan pengorbanan Allahyarham memang tiada tolok bandingnya dgn apa2 yg telah saya lalui..banyak kenangan suka dan duka bersama Arwah..

Semasa saya ditauliahkan

bersama Allahyarham

sebelum mengadap SPBY Agong

Semasa saya konvo

Ayah saya telah kembali ke Rahmatullah pada tanggal 24 Rabiulawal 1432H bersamaan 27 Feb 2011, hanya 6 hari selepas hari kelahiran saya - 21 Feb. Saya sangat2 buntu dan tidak dapat berkata apa2 melainkan hanya berserah segalanya pada Allah SWT..Apa yg perlu saya lakukan adalah sentiasa mengingati Arwah, sedekahkan segalanya...

Semasa hariraya 2006

 Bersama Allahyarham

Allahyarham bersama cucu2nya..

 Allahyarham ketika melawat saya di Lumut

Arwah telah membesarkan saya sehingga saya menjangkau 29thn sekarang..apa yg saya nak, arwah tak pernah hampakan, dia akan cuba sedaya upaya utk mendapatkannya walau sedikit..Pengorbanan Arwah memang tiada tandingannya..

Arwah memang bangga saya menjadi seorang Pegawai Tentera..saya mengikut jejak langkahnya..Arwah telah menabur hikmat bakti kepada negara dari tahun 1972, di zaman komunis di tanah melayu..Ya Allah, limpahilah rahmat ke atas Roh Arwah..

Ayah saya seorang perwira negara..ayah saya seorang yg amat penyayang..dia amat mengasihani ibu saya yg memang sedang sakit lantaran kaki sebelah kanannya telah dipotong..Ya Allah, begitu besar pengorbanan ayah..

Saya tidak akan sama sekali melupakan jasa dan pengorbanan ayah..kenangan ayah akan tetap tersemat dan terukir indah dalam lipatan memori saya..ayahlah segalanya buat saya..saya tak akan dapat melupakan ayah walau apa pun yg terjadi..

Ayah...sekalung dan setinggi penghargaan buatmu..semoga Allah memelihara Ayah...semoga kita dapat bertemu kembali di dalam syurga yg abadi...

Al-Fatihah buat seorang insan yg amat saya sanjungi..AYAH..

No comments:

Post a Comment

Dugaan PhD di bumi UK

Assalam reader, Sudah 2 tahun 2 bulan saya di bumi UK. Alhamdulillah, banyak dugaan pahit dan manis yang saya tempuhi sepanjang menjala...