Friday, March 04, 2011

Mulianya hati seorang insan bergelar AYAH...

As-Salam sahabat,

Sudah ditakdirkan oleh Allah SWT, setiap yang bernyawa pasti akan menemui kematian..hanya kita tidak tahu, bila kematian akan menjemput kita mengadap Ilahi..Kematian itu akan pasti datang, tidak akan berganjak walau sedetik pun..yang nyata, saya telah mengalami saat2 tragis apabila saya telah kehilangan seorang insan bergelar AYAH..tiada lagi perkataan AYAH utk saya panggil apabila balik ke kampung, perasaan ini hanya Allah SWT yg maha mengetahui segala2nya...Yg nyata, saya masih belum bersedia utk menerima kenyataan bahawa ayah saya sudah tiada lagi di dunia fana ini..dia telah pergi meninggalkan saya buat selama-lamanya..Saya pasti, Allah SWT amat menyayanginya, dan inilah keputusan yg perlu saya terima, inilah kenyataannya..

 Ayah bersama Zharifah

 Ayah dan Mak

Pasangan romantis - Ayah dan Mak

Sedari kecil, ayah telah membesarkan saya dari 21 Feb 1982 sehingga sekarang, ayah selalu belikan apa2 yg saya mahukan..ayah akan sediakan apa yg saya mahukan walaupun ianya kadang2 tidak memenuhi tuntutan, at least, dia akan cuba adakan..

Ayah yg bersungguh2 suruh saya memasuki tentera, dia yg bertanya sana sini, bagaiman saya nak memohon utk memasuki ATMA..Apabila terpilih, dia yg berusaha menghantar saya ke KL, sedangkan pada ketika itu, ayah sedang dalam kesusahan, keluarga kami sedang kegawatan ekonomi, duit yg ada pun cukup2 makan saja..Nasib menyebelahi saya, permohonan saya ke ATMA telah berjaya..Semasa saya ditemuduga di Kem Majidee JB, saya ada masalah medical sedikit dimana seorang Sjn tu memberitahu telingan saya ada mengalami sedikit pecah gegendang, saya pantas menelefon ayah..dalam masa yg sama juga, ayah segera mendapatkan bantuan..tetapi, alhamdulillah, saya sendiri berjumpa Dokto bagi mengesahkan telinga saya tidak akan mengganggu sessi latihan saya di ATMA...setelah berjaya ditemuduga, saya berjaya menjejakkan kaki ke ATMA di Kem Sg Besi, KL..

Semasa pendaftaran, ayahlah yg telah mengangkat beg saya yg sgt berat itu sehingga ke bilik saya di wing kiri..ada kira2 100 anak tangga yg perlu ayah daki sebelum sampai ke atas..saya kasihan melihat ayah..dapat dilihat pada ketika itu, wajah ayah amat gembira kerana saya telah mengikut jejak langkahnya dgn menjadi seorang tentera...Alhamdulillah..

Semasa di ATMA, ayah ada pernah datang utk melawat saya, atas faktor jauh, ayah datang sekali sekala saja..sehingga saya di tukarkan ke UTM skudai, ayah selalu datang ke UTM utk melawat saya..saya juga kerap balik ke rumah dan semasa saya praktikal di Telekom pun, saya tinggal di rumah Kluang..saya ditauliahkan pada 17 Dec 2005, dan masa itu, ayah dan mak sangat2 gembira, ayah telah membeli dan menempah baju baru kerana saya antara insan terpilih utk mengadap sembah SPBYP Agong..bangganya ayah dan mak pada ketika itu, hanya Allah yg dapat menggambarkannya..

Sehinggalah saya bekerja dan berkahwin, hubungan saya dgn ayah tak pernah renggang..cuma ayah jarang berborak dgn saya di dlm talian telefon, kalau saya call pun dia akan pass kat mak saya..saya hanya berborak dan berbincang dgn ayah ketika saya pulang ke kampung halaman saja..saya tahu, jauh disudut hati ayah, dia amat berbangga sebab saya menjadi seorang Pegawai Tentera..

Hari terakhir saya bersua muka dgn ayah adalah pada 182030H Feb 11 hingga 201030H Feb 11(lbh kurang) ketika ayah datang ke KL melawat saya..dan, tanpa saya duga, 6 hari kemudian, ayah telah pergi meninggalkan saya buat selama2nya..ayah telah pergi dengan sekelip mata tanpa saya dapat menatapnya..ayah telah pergi meninggalkan segala kenangannya..

Ayah saya seorang insan yg sangat tabah dan sabar..ayah saya yg menjaga mak saya yg sakit kencing manis dan darah tinggi sehingga mak dipotong kaki akibat diabetis, mak sering masuk keluar wad, ayahlah yg menziarahi mak pagi dan petang..sabarnya ayah ketika itu..Dia tak pernah mengeluh, malah amat sabar dengan karenah mak yg sedang sakit..kadang2 saya sedih melihat pengorbanan ayah...ayah saya seorang suami yg amat sejati..dia setia menjaga mak saya walaupun mak saya begitu keadaannya...ayah yg menaikkan semula semangat mak, hari2 membawa mak berjalan2, diheretnya kerusi roda mak dengan keringatnya..sesungguhnya, pengorbanan ayah tiada tolok bandingnya..

Ayah saya ada sakit gaout, kesian melihatnya kalau kakinya sakit..perasaan sayang saya pada ayah, hanya Allah yg Maha Mengetahui..Allah yg Maha mendengar..Saya berharap dapat ditemukan kembali dgn Arwah Ayah saya yg tersayang walau dimana saja berada..Ayah akan tetap menjadi idola saya buat selama2nya..ayahlah yg boleh membakar semangat saya...

Doa saya untuk insan yg bergelar ayah..Ya Allah, Kau ampunkanlah segala dosa dan kesalahan ayahku semasa di dunia ini, Kau terimalah taubatnya Ya Allah, Kau luaskanlah kuburnya seperti taman2 di dalam syurgaMu, Kau peliharalah dia Ya Allah, tempatkanlah ayahku dikalangan orang2 soleh dan solehah, masukkanlah ayahku ke dalam syurga, temukan kami sekeluarga kembali di syurgaMu yg kekal dan abadi..Amin ya robbalalamin...Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Mohd Taha bin Natak..

No comments:

Post a Comment

Pengalaman menjadi Tutor di UK

Assalam semua readers, Alhamdulillah, praised to Allah Al-Mighty, saya diberi peluang untuk menimba ilmu dan pengalaman menjadi Tutor unt...